Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, February 10, 2018

SURAT TERBUKA BUAT PIMPINAN AMANAH BERKENAAN PENGHINAAN TERHADAP AL FADHIL USTAZ AHMAD


Lebai Habib Al Intani
February 3 at 2:30pm ·

SURAT TERBUKA BUAT PIMPINAN AMANAH BERKENAAN PENGHINAAN TERHADAP AL FADHIL USTAZ AHMAD AWANG.
Saya mewakili akar umbi parti di Sungai Buloh melahirkan rasa kesal dengan sikap berdiam diri pimpinan tertinggi parti sehingga kini ketika mana Penasihat Umum parti Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang dimaki hamun dan dihina oleh rakan-rakan bukan islam lantaran pendirian dan kenyataan al fadhil ustaz berkenaan isu pembatalan status agama islam 3 orang anak kepada Puan Indhira Gandi. Sehingga ke saat surat ini ditulis tidak ada sebarang kenyataan rasmi pun dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan parti bagi membela al fadhil penasihat umum parti.

Kami selaku ahli akar umbi memohon agar pimpinan tertinggi parti mengambil langkah tegas terhadap isu menghina penasihat umum parti kita. Ini kerana apa yang diutarakan oleh al fadhil ustaz itu tidak bercanggah dengan islam. Ya mungkin ianya bercanggah sedikit dengan strategi politik dan juga pendirian pihak yang menaungi dan mendanai parti kita selama ini. Namun apakah pimpinan tertinggi lebih mementingkan strategi politik berbanding akidah umat islam? Terlalu kemarukkah kita mengharapkan undi dari bukan islam sehinggakan kita sanggup menjual akidah anak cucu saudara semuslim kita? Kita pernah melaungkan yang parti kita akan menggantikan PAS sebagai parti islam yang utama dan membela umat islam di negara ini. Namun setelah PAS dilumpuhkan di seluruh negara mengapa kita seolah-olah melupakan apa yang kita laungkan hinggakan ada pula pimpinan parti yg seakan-akan bersetuju dengan keputusan mahkamah itu. Kini penasihat umum kita pula dihina dan dimaki semata-mata mempertahankan akidah saudara sesama muslim. Seharusnya kita iaitu parti yang lebih baik dari PAS bersatu mempertahankan beliau dan bukannya berdiam diri.

Jika sekiranya pimpinan tertinggi parti terus jugs berdiam diri tanpa memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada al fadhil penasihat umum maka kami ahli akar umbi dari sungai buloh yang berjumlah 327,227 orang tidak teragak-agak memboikot apa jua aktiviti parti ditempat kami dan juga akan menjalankan kempen #undirosak bagi parlimen subang dan DUN dibawahnya.
Justeru, kami berharap pimpinan tertinggi mengambil maklum saranan kami ini. Sekian, terima kasih.
Dr. Ustaz Mohd Habib Al Intani

Yang Dipertua
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta
Sungai Buloh
3/2/2018 | 2.30 petang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej