Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, February 4, 2018

MENZIARAHI "KUBUR" PENGKHIANAT PAS


MENZIARAHI "KUBUR" PENGKHIANAT PAS
Sering saya membaca komen pentaksub PAN yang mengatakan bahawa Ahli-ahli PAS lah yang menghalau mereka keluar parti selepas menolak pemimpin mereka dalam Muktamar 2015.
Kemunculan semula poster calon Harapan Baru masa muktamar dulu dalam beberapa komen penulisan saya menghimbau kembali kisah sedih parti yang sukar dilupakan. Poster ini suatu ketika dulu saya anggap sebagai lubang kubur kepada pengkhianat PAS. Kemunculan poster ini membongkar segala rahsia perancangan pengkhianatan mereka. Semua yang ada dalam poster ini berjaya dikafankan dan ditalkinkan oleh sidang muktamar 2015.
Ketika poster ini tersebar, senarai calon pro ulama' juga turut tersebar. Kononnya kedua-duanya adalah kerja golongan pro Ulama' yang cuba burukkan mereka. Yang pro ulama' menafikan Dan kata merekalah yang buat sendiri sebagai taktik menarik simpati. Ntahlah sapa yang buat sebenarnya.
Sudah lama saya memerhati perlakuan beberapa pemimpin dalam senarai ini. Senarai kepimpinan bayangan ini bukan perkara baru.
Dahulu ketika mereka menaikkan Ust. Nasharuddin Mat Isa ganti Almarhum Ust Hasan Sukri sebagai Timbalan pun mereka kempen burukkan Ust Hasan. Kemudian mereka buang Ust Nasha yang pro Presiden dan ganti dengan Mat Sabu pula dengan tuduhan UG. Dalam masa yang sama mereka setting beberapa nama baru sebagai AJK dengan cara menaikkan populariti mereka dimedia.
Cuma ketika itu tiada poster macam ni. Hanya ada senarai nama. Golongan pro Ulama' ramai tak tahu. Sebelum muktamar mereka akan bermesyuarat beberapa kali untuk kemas kini calon-calon yang bersama mereka. Pada ketika itu Mat Sabu menang mudah, dan mereka kuasai senarai Jawatan kuasa PAS pusat. Mereka jadi suara majoriti yang mengelilingi Presiden.
Mereka mainkan politik persepsi di media sosial dan media massa untuk burukkan imej TGHA. Mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR serang Presiden dari luar dan dalam kerana TGHA bertegas dalam isu hudud, halang pemecatan Khalid Ibrahim dan lain-lain.
Namun TGHA bukanlah orang biasa-biasa, walaupun hanya beberapa orang kumpulan yang dilabel pro Ulama' menyokong beliau dalam senarai AJK PAS Pusat tetapi beliau mempunyai pendirian yang teguh dalam berhadapan pengkhianatan ini. Beliau turut disokong oleh Majlis Syura yang diketuai ATGNA, Dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat.
Ketika krisis MB Selangor, Pemuda PAS terpaksa masuk campur adakan himpunan depan pejabat Agung untuk sokong Presiden yang diserang secara tidak beradap dalam mesyuarat AJK pusat. Pemuda PAS masuk campur selepas rakaman ahli kumpulan pengkhianat ini menghina Presiden tersebar.
Hari ini saya ucapkan terima kasih kepada Mahfuz kerana akui bahawa beliau dan pemimpin PAN lah yang mula-mula asaskan Pakatan Harapan.
Tengok tak dibawah poster tu tulis apa? "Harapan Baru"....perkataan "Harapan" menjadi slogan mereka hingga akhirnya mengantikan "Rakyat" untuk membentuk Pakatan Harapan.
Mereka mula dengan membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum tubuh PAN dan Pakatan Harapan. Mulut mereka menafikan kerja-kerja jahat mereka tapi tindak tanduk mereka mengesahkan apa yang ditulis dalam poster tu benar.
Bila lihat senarai yang keluar PAS tubuh PAN memang majoriti ada dalam senarai poster nie....cuma ada beberapa orang yang "lewat dikuburkan" jer macam Presiden kata.
Sehingga ke hari ini saya tertanya-tanya, kenapa mereka lantik Mat Sabu jadi Calon Timbalan Presiden masa dalam PAS sedangkan ramai calon dari golongan profesional yang lebih tersohor kalangan mereka. Bukan sahaja mempunyai kelayakkan akademik yang rendah, tapi Mat Sabu juga bukan orang berpendidikan agama seperti sebahagian dari mereka.
Lebih pelik, ketika dalam PAS Mat Sabu ni calon Timbalan sahaja, dan mereka letak Ahmad Awang sebagai Calon Presiden. Tapi bila tubuh PAN mereka letak Ahmad Awang sebagai penasihat Umum sahaja. Penasihat yang tiada kuasa apa-apa. Mat Sabu yang paling rendah kelayakkannya dari kalangan mereka dilantik sebagai Presiden pula. Nampak sangat Ahmad Awang dan Mat Sabu ini boneka sahaja.
Saya fikir, kedudukkan Mat Sabu ini tidak lama. Selepas PRU-14 pasti mereka akan nilai semula sama ada untuk mengekalkannya atau tukar dengan Salahuddin atau Husam.
Yang pasti, team master mind: Khalid, Hatta, Dzulkefly, Mujahid, Mariah dan Saari akan terus mencatur dibelakang.
Mereka memang taknak pegang jawatan tertinggi sebab pemegang jawatan tertinggi sangat mudah menjadi sasaran dan punching bag. Mereka memilih jalan selamat duduk bawah menjadi pencatur dan mengunakan media untuk bersuara bagi mengekalkan populariti mereka. Kira mereka tiru cara Freemason dan Illuminati berorganisasi la.
Saya sebenar bukan suka sangat ziarah balek "kubur" pengkhianat nie. Tapi sesekali kita perlu pandang ke belakang sambil beri peringatan kepada generasi muda dalam PAS bahawa pengkhianat tidak mampu menyembunyikan kejahatan mereka selamanya. Allah akan tunjuk juga siapa golongan yang benar dan siapa yang khianat.
Kita boleh lihat sekarang bagaimana mereka dalam PAN. Mereka dibuli dalam PH, bila bersuara mereka ditegur oleh DAP dan PKR. Malah PPBM yang lebih junior dari mereka mendapat kedudukkan lebih istimewa dalam PH.
Dulu mereka sibuk tunjuk pergaduhan dalam parti kepada media, kini mereka bergaduh dengan PKR pun mereka guna media...Azmin mereka gelarkan badut gara-gara pendedahan sikap tak Amanah mereka. Mat Sabu pening kepala nak tenangkan anak-anak buahnya yang berbalas-balas makian dengan ahli Dan pemimpin PKR Selangor.
Sekarang apa yang Presiden PAS lalui dulu terpaksa dilalui oleh Mat Sabu. Tidak cukup dengan itu Penasihat Umum mereka, Ahmad Awang diperlekeh dan dimaki hamun oleh penyokong DAP bila menyuarakan pandangan mengenai kes Indira Gandhi dan anak-anaknya yang dipaksa Murtad. Tiada seorang pun pemimpin dan ahli tampil membela beliau.
Perjuangan Islam "Rahmatan Lil Alamin" yang dilaung-laungkan oleh PAN hanya tinggal slogan. Mereka lebih pentingkan isu pembahagian kerusi dari hala tuju perjuangan mereka yang sudah kelaut.
Harapan mereka nak memegang kerusi majoriti dalam PH hanya tinggal angan-angan, jauh lagi kalau nak berharap untuk pegang jawatan Menteri Besar.
Allah memilih hamba-hambanya dengan memberikannya ujian pangkat dan kuasa. Baru menang jadi ahli parlimen dan Adun dalam PRU 12 dan 13 mereka sudah lupa asal usul perjuangan.
PAS bukan berjuang untuk kerusi semata-mata. PAS berjuang untuk kembalikan Islam dalam jiwa pentadbiran negara dan Istiqamah dengan dasar Islam. PAS amal perinsip Wala bukan nak ajar ahli jadi pak turut, jauh sekali nak bagi ruang Presiden jadi diktator macam Mahathir dalam PPBM. Wala wujud atas dasar hormat dan sayang pimpinan. Kita bekerja sebagai satu jamaah, perbezaan pendapat itu lumrah. Tapi itu bukan alasan untuk ahli khianat pimpinan.
Jadi ahli PAS bukan jaminan untuk masuk syurga, tapi disini kita temui penunjuk jalan yang ramai kalangan Ulama'. InsyaAllah kita tidak sesat, asalkan kita dengar nasihat mereka. Matlamat dunia kita adalah akhirat.
Duduk diluar PAS juga ada peluang masuk syurga....tak kisahlah jadi ahli PAN, PKR, PPBM, Umno atau DAP sekalipun, semua layak jadi ahli syurga asal niat dan cara kerja perjuangan semuanya untuk Islam. Tapi kita tahu, bersama parti-parti itu bukan mudah kerana misi mereka bukan untuk Islam. Malah dalam sesetengah isu, mereka juga dipaksa ketepikan Islam untuk jaga hati bukan Islam.
Maafkan saya jika membebel panjang malam ni...saya bukan siapa-siapa, tiada jawatan pun, sekadar ahli biasa parti..... saya lebih suka memerhati dari jauh. Tapi lately terpanggil hulur tangan untuk "tampor" pengkhianat nie dengan keyboard. Tak Kira lah bekas pimpinan atau ahli biasa, kalau biadap saya akan 'tampor" dengan cara saya.
Tiadalah yang lebih baik dalam hidup ini melainkan kita bersikap tenang dan tidak gelojoh dalam membuat apa-apa tindakan bila menghadapi perbezaan pandangan.
Semoga Allah bukakan pintu hati sahabat-sahabat kita yang tersilap memilih haluan untuk kembali ke pangkal jalan. Salam Takziah PAN...Innalillah wa ilaihi rojiun...
#Allahuakhbar #Allahuakhbar #Allahuakhbar
#up #up #up #up #up #up #up #up
Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
4 Februari 2018
LikeShow more reactions
Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej