Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020
koleksi kitab
Friday, February 2, 2018
SYEIKH HABANNAKAH MENDEDAHKAN PERANCANGAN MUSUH ISLAM
Abdul Mu'izz Muhammad
February 17, 2016 ·
SYEIKH HABANNAKAH MENDEDAHKAN PERANCANGAN MUSUH ISLAM.
Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah al-Maidani telah mewariskan kepada kita siri-siri penerangan lengkap untuk mengenali musuh-musuh Islam. Terdapat 7 siri kesemuanya:
1- Ajnihah al-Makar al-Thalathah. Tiga cabang perancangan musuh. Kristianisasi, orientalis dan penjajahan baru yang melibatkan politik, ekonomi, budaya.
2- Al-Ghazwu Fi al-Samim. Serangan halus yang dilancarkan ke atas Islam. Melibatkan pendidikan yang merebak terus kepada budaya masyarakat.
3- Kawasyif al-Zuyuf. Membongkar penyelinapan ideologi-ideologi sesat yang mengancam Islam.
4- Al-Kaid al-Ahmar. Kajian berkenaan pemikiran sosialisme.
5- Makayid Yahudiyah. Mendedahkan gerakan zionis freemason yang menjadi dalang kepada segenap serangan ke atas Islam.
6- Zahirah al-Nifaq. 2 jilid. Membedah strategi gerakan munafiq sejak zaman Nabi serta dikaitkan dengan zaman mutakhir. Disimpulkan dengan penerangan tentang gerakan penyusupan agen-agen inteligen freemason.
7- Sira' al-Malahadah. Pertempuran atheis. Tiada dalam simpanan.
Satu lagi buku kecil bertajuk al-Tasykik Bi al-Islam, tulisan yang menjelaskan kepincangan liberalism dalam memahami konsep kebebasan dan kesamarataan.
Tulisan-tulisan Syeikh Habannakah al-Maidani amat relevan untuk ditelaah pada hari ini. Sebagai bekalan berhadapan dengan perang pemikiran, menguatkan benteng iman kita.
Kita tidak mengenali Islam jika tidak mengenali jahiliah. Kita tidak dapat mengenal pasti kebenaran sekiranya kita tidak memahami kebatilan.
Masalahnya, kita menganggap musuh Islam naif seperti kita.
Abdul Mu'izz Muhammad
17 Febuari 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej