Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, November 29, 2014

BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST DENGAN RELA

BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST DENGAN RELA HATI JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR , terus menggunakan harta negara sewenang wenangnya, Membazir tanpa membawa sebarang untung.....
 
Pemimpin bermewah mewah.... rakyat menggelepar ! Rata rata rakyat miskin.. padahal harta negara banyak melimpah ruah ! 
 
Tapi ada setengah rakyat cukup puas hati pilihan mereka ! Apa sudah jadi dengan hati mereka ? Mana perasaan mereka ? Mereka menganggap pemimpin pilihan mereka adalah terbaik... !?  Malah kata mereka , mereka sanggup apa saja.. walau dikatakan mereka menjadi bodoh... mereka sanggup berlapar... asalkan pemimpin kesayangan mereka duduk di atas ! Ya mereka sanggup jadi pelacur untuk menyara pemimpin mereka !? Mereka sanggup sengsara bahkan mereka sanggup mati kerana pemimpin.
 
Ya... mereka senggsara ! tetapi masih belum mati ! mereka cuma sengsara !  Cukup pelik dan ajaib kerana nak menyara  dua ekor panda bernilai berjuta juta ! Sedikit masa lalu ... rakyat luar nak diberi biasiswa pengajian... tapi rakyat sendiri kena berhutang !.....  ada juga kita terbaca berita yg pehak kerajaan nak ambil tenaga pengajar bahasa Inggeris dari luar padahal ramai rakyat sendiri jadi penganggur !
 
Laporan audit negara membuktikan segala korupsi, segala penyelewengan, segala tipu daya... namum ada segelintir rakyat AMAT BERBANGGA DENGAN PEMIMPIN MEREKA !
Racun apa yang telah disuntik pehak tertentu ke dalam minda rakyat sehingga begini serius pun mereka masih tidak menyedarinya !
 
Ada setengah mereka menyedarinya... tapi racun racun dari media utama mereka memainkan isu remeh temeh.. isu yang tidak akan menjahannamkan negara seperti isu kenaikan air di negeri pembangkang.... kenaikan sewa tapak letak kereta... isu kedai haram diruntuhkan...... isu titik bengek ini disajikan untuk menutup dosa dosa besar mereka !
Sepatutnya setelah lebih 50 tahun .. rakyat sudah cerdik dan celik politik... tetapi tahap pemikiran rakyat masih di takok lama... kalau berubahpun sangat lambat dan lembab. Nak disalahkan sistem pembelajaran, kenapa org org Cina cukup matang berpolitik ?!  Penduduk di bandar bandar besar telah menunjukkan tahap celik politik yang cukup tinggi.  Rata rata rakyat yang jauh dan terkebelakang dari teknologi internet dan maklumat menunjukkan perubahan yang sangat lembab !
 
Tidak keterlaluan kata saya mengatakan kerajaan sengaja menundakan atau melambat lambat capaian internet di luar luar bandar ialah kerana pehak kerajaan tidak ingin rakyat mendapat maklumat sebenar dan tidak ingin rakyat menjadi celik dan cerdik.....

Di masa yang sama, media utama mereka memonopoli media utama. Sebarang berita dari pehak pembangkang disekat atau sekurang kurangnya ditapis !   

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej