Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, November 17, 2014

Kalau Anwar masih dalam UMNO BN hingga hari ini, pasti dia akan memusuhi PAS dan ulamak


Kalau Anwar masih dalam UMNO BN hingga hari ini, pasti dia akan memusuhi PAS dan ulamak.

Setelah Anwar kena tendang keluar dari UMNO 1998, PAS di bawah pimpinan almarhum ustaz Fadzil Noor ketika itu cadang pada Anwar supaya tubuh parti baru kerana ramai pengikut Anwar tidak mahu masuk UMNO, MCA atau MIC. Pengikut beliau yang Muslim ada yang tidak mahu masuk PAS sebab tidak mahu meninggalkan perangai lama dan DNA UMNO yang bau busuk dan bernajis. Anwar anggap UMNO macam tong taik sejak tahun 1982 lagi

Jika Anwar masuk PAS 1998, penyokong Anwar tidak akan bersama PAS yang dianggap sebagai Taliban, ortodok, dan ketinggalan zaman ketika itu.Akhirnya tertubuhlah PKN, kemudian PKN bertukar nama kepada PKR.

Bekas ahli UMNO dalam PKR merayu kerusi dari PAS, bantuan tenaga kerja dan material dari PAS dalam PRU kerana mereka anggap PAS macam abang mereka, Tapi kini setelah stabil sedikit, setengah orang PKR ini macam kacang lupakan kulit. Mereka kini mulai memusuhi PAS dan mahu PAS keluar dari Pakatan.

Setengah pihak kata PAS seperti melepaskan anjing tersepit 2 kali. Insiden pertama, PAS melepaskan UMNO yang tersepit dalam krisis 1969. Kemudian bila UMNO stabil, UMNO keluarkan PAS dari Barisan pada tahun 1978. Insiden kedua, PAS melepaskan Anwar dan penyokongnya dari tersepit pada tahun 1998 selepas Anwar ditendang keluar dari UMNO dan kerajaan. Kini apabila PKR sudah stabil, PKR mahu keluarkan PAS dari Pakatan. Memang DNA UMNO masih kuat dalam diri sesetengah orang PKR. Anwar gagal mencucinya. Mereka akan terus memusuhi PAS sepertimana UMNO terus memusuhi PAS kerana miliki DNA yang sama


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej