Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, November 23, 2014

Melayu Mundur Kerana Melayu

Bangsa Cina gemilang dimana - mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

Cuba kita renung kembali siapa yang mula - mula merampas kuasa hak raja - raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak - anak Melayu? Siapa yang terus - meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus - menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas - kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus - meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja - raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus - menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.
*************************************************

Melayu Mundur Kerana Melayu (Dr Shukri Abdullah)

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke  Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di stadium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua!
Angkara Cina dan India kah semua tu?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India!!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga!
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan!
Lihat dalam Islam...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India.
KIta tambah dengan Kadazan dan Iban
KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.
Bukan emosi tak tentu hala !


Woi Melayu! (Anonymous)

Woi melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi JaGa,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Woi melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Woi melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar

Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....lu pikir la sendiri

*************

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betuk ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur?

Melayu alpa
Melayu rempit
Melayu ambil dadah
Melayu gila hiburan
Melayu asyik berkonsert
Di dewan – konsert, di padang – konsert
Di stadium – konsert, di TV – konsert
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua!

Angkara Cina dan Indiakah semua itu?

Memang banyak cerita Cina
Diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan
Dalam sektor swasta mereka kuasai
Sukar anak Melayu nak naik pangkat
Dunia perniagaan mereka control
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama
Kita tidak kata Cina dan India 100%  tidak bersalah
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak dikawal

Kenapa Melayu tak kawal hiburan
Hingga melekakan remaja Melayu
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga!
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi
Pun bergencok; Pun berlenggang
Pun lupa diri
Jadi kalau ramai pelajar Melayu  tak tau solat
Kalau ramai lagi yang tau solat tapi tak bersolat
Terlalu ramai tak pernah jemaah di masjid

Salah Cina dan India lagi???

Siapa perintah Negara ini…..Cina dan India?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini…. Cina dan India?
Siapa majoriti ketua-ketua jabatan setakat ini…. Cina dan India?
Siapa ketua Polis dan Tentera setakat ini…. Cina dan India?

SEKARANG ini mari kita pakat

Perbaiki diri kita
Perbaiki bangsa kita
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita

Hanya Melayu yang Islam boleh maju ke depan
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam…
Kita diajak berjaya 15 kali sehari,
450 kali sebulan, 5400 kali setahun
Kan berkumandang “Haiyya Alal Falah”

Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah… 5 kali sehari…
Mari berjaya : Come to success…
Tetapi “Haiyya Alal Falah” didahului dengan “Haiyya Alal Solah”
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam
Mari bersolat, mari berjaya
Come to solat, come to success

Rumusan:

Renung bangsa sendiri
Tengok amalan bangsa sendiri
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri
Muhasahabah bangsa sendiri

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India
Kita tambah dengan Kadazan dan Iban
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita
Itu salah kita selama ini
Usah beralasan lagi
Mari kita sama-sama cari jalan keluar
Ayuh Melayu…sama-sama fikir, sama-sama renung
Sama-sama bertindak dengan bijaksana

Bukan emosi tak tentu hala !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej