Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, November 29, 2014

UMNO totok tak pernah bertolak ansur dengan PAS

UMNO totok... tak pernah bertolak ansur dengan PAS... sejak dulu & kini.... . Ke depan nanti Wallahu A'lam.....

Apa yg saya tahu... kebanyakan org UMNO ... pendapat mereka hampir sama dlm hal tudung, dlm hal hudud... dalm hal hukum hakam Allah... kita dah banyak pengalaman berdasarkan kata kata mereka sebelum ini.

Sebelum tahun tahun 90an, mereka (UMNO) mengatakan Agama dan Politik tak bercampur (agama suku, politik dan kehidupan manusia pula asing)..

Rata rata  mereka bercakap begitu. Dari Pemimpin sampai kepada pengikut... Jenuh kita sampaikan dakwah dan penerangan. Bayangkan... PAS sejak merdeka lagi telah cuba fahamkan mereka banyak perkara agama yg mereka keliru (atau mungkin mereka buat buat keliru !).

Sudah lah kita nak fahamkan mereka hal hal agama... ditambahkan pula org bukan Islam juga dikelirukan oleh UMNO akan hal hal ajaran Islam . Dulu org bukan Islam cukup takut dan gerun dengan PAS sebab mereka ditanamkan dalm fikiran mereka yg PAS akan membawa undang undang kuno (undang undang Alquran).

PAS akan memotong tangan orang, PAS adalah extremist Agama ! PAS akan menyebabkan manusia jadi mundur (kerana mengikut Alquran dan Hadis)
Semasa PAS berjuang sorang sorang, segala dakwah dan fahaman sebenar Islam gagal disampaikan kepada bukan Islam.... tapi sejak DAP dan lain lain parti bukan Islam berpakat dalam tahalluf politik, sedikit sebanyak faham sebenar Islam berjaya diterapkan. Sekarang ramai org bukan Islam memahami hukum Islam... bahkan ada juga org bukan Islam lebih memahami Islam daripada Org Islam sendiri.

Para Pemimpin PAS seperti TGNA dan THH tidak segan silu, berterus terang membaca ayat Alquran dlm Majlis ceramah bersama org bukan Islam. Semasa Tuan guru membaca Ayat Alquran , org bukan Islam yg tengah bersembang, berhenti... senyap sepi mendengarnya ! PELIK BUKAN ????! Itulah kekuatan & mukjizat Ayat Alquran !

Pandangan org bukan Islam SUDAH BANYAK BERUBAH terhadap hukum Allah berbanding 10 - 20 tahun lalu ! Sering kita dengar yg org bukan Islam akur dan setuju kalau Hukum Allah dilaksanakan.....  Tidak keterlaluan kalau kita katakan yg dakwah kita terhadap org bukan Islam sudah mula membuahkan hasil. Itu baru 10 tahun kita berkawan dan berdakwah kepada mereka.... bayangkan sekiranya 10 tahun lagi kita terus istiqaamah berdakwah .......

Mungkin inilah hikmah kita adakan tahalluf politik dengan organisasi dan parti politik  bukan Islam...  Sebelum ini kita dengar ada banyak tentangan dari kalangan PAS sendiri... APATAH LAGI DARI PARTI LAWAN (UMNO) .

Kita kena yakin dan menaruh kepercayaan terhadap Ulama yg telah bersetuju dengan tahalluf ini. Kerja kerja dan buah fikiran Ulama bukan macam kita org jahil, mereka ada panduan dan ada reda Allah pada mereka....  seperti kata kata Imam Alghazali, ULAMA SANGAT KURANG MEMBUAT SALAH BERBANDING KITA ORG AWAM. Ulama selalu istikharah dan mohon petunjuk......... ULAMA TAK SEPERTI KITA, ALLAH LEBIH SAYANG DAN LEBIH REDA  KEPADA ULAMA. Tak rugi kita ikuti cakap cakap ULAMA ....PERCAYALAH !

Kita tidak hairan kalau masih ada tentangan dari org bukan Islam..... KERANA MEREKA BUKAN ISLAM !   Apa nak dihairankan.... org yg pakai kufiah, selalu ulang alik ke Masjid dan Makkah pun ada menentang kita nak tegakkan dan pejuangkan Agar Hukum Allah di atas muka bumi... APA NAK DIHAIRANKAN.......???!!!!!

Penentangan dan konfrontasi antara iman dan kufur... antara mukmin dan kuffaar / munaafiq telah berlaku sejak zaman berzaman.... APA KITA NAK HAIRAN !?!?!?
Enakment Hukum hudud juga pernah dicabar org yg mengaku islam di Kalangan menteri Sendiri... Bahkan ianya hendak disaman.....

APA KITA NAK HAIRANKAN ?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej