Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, November 15, 2014

MENGAPA DAJJAL TIDAK DISEBUT DALAM AL-QURAN

MENGAPA DAJJAL TIDAK DISEBUT DALAM AL-QURAN

Written By Suatu Perjalanan Maya on Wednesday, April 16, 2014 | 4:28 PM


 Dalam bahasa Arab, istilah Dajjal lazim digunakan untuk menyebut "nabi palsu" namun, istilah ad-Dajjal yang dimaksudkan di sini merujuk pada sosok "pembohong" yang muncul menjelang dunia berakhir atau kiamat. Sosok itu juga disebut sebagai al-Masih ad-Dajjal yang dimaksudkan di sini adalah "Al-Masih Palsu". Menurut beberapa sumber, istilah ini berasal dari istilah Syria, yakni Meshiha Deghala yang telah menjadi perbendaharaan kata umum di Timur Tengah selama lebih dari 400 tahun sebelum al-Quran diturunkan.

Dalam kamus Lisân al-Arab, dikemukakan bahawa Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi. Mengapa dikatakan menutupi? Kerana dia adalah pembohong yang akan menutup segala kebenaran dengan kebohongan dan kepalsuannya. Dikatakan "menutup" kerana Dajjal kelak akan menutupi bumi dengan jumlah pengikutnya yang sangat banyak. Ada juga yang berpendapat bahawa Dajjal kelak akan menutupi manusia dengan kekafiran atau ingkar terhadap kebenaran yang datangnya dari Allah swt.

Menurut Al-Quran

Siapakah sesungguhnya Dajjal menurut rujukan utama dan pertama kita dalam menggali pelbagai maklumat terutamanya berkaitan dengan agama, yakni Al-Quran al-Karim? Malangnya, kata Dajjal ini tidak disebut secara langsung di dalam Al-Qur'an. Namun, sumber kedua kita yakni hadis Nabi Muhammad Saw banyak memberitahu tentang Dajjal ini.

Mengapa Dajjal tidak disebut secara langsung di dalam Al-Quran? Soalan ini perlu kita jawab terlebih dahulu sebelum meneroka maklumat tentang Dajjal dari hadis Nabi Saw. Jawapan yang sesungguhnya, sudah tentu hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui. Namun, para ulama memberikan pendapat mengenai hal ini.

Penyebutan Dajjal di dalam Al-Quran sudah termasuk dalam kandungan ayat sebagai berikut:

"Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: 'Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)." ( QS Al-An'am [ 6 ] : 158 ).

Dalam surat al-An'am ayat 158 di atas disebutkan "tanda-tanda atau ayat Tuhanmu" yang dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat dalam hal ini adalah munculnya Dajjal. Sebab, disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, Dabbah dan terbitnya matahari dari arah barat."

Ada yang berpendapat bahawa tidak disebutkannya Dajjal secara langsung di dalam Al-Quran adalah sebagai bentuk penghinaan kepada Dajjal yang di akhir zaman mengakui diri sebagai Tuhan. Hal ini berbeza dengan disebutkannya Firaun di dalam Al-Quran walaupun dia telah mengakui diri sebagai Tuhan kerana Firaun telah habis atau selesai masanya sehingga hal ini dapat dijadikan sebagai peringatan atau pelajaran bagi umat manusia selepasnya. Namun, Dajjal akan hidup di akhir zaman dan akan menjadi ujian bagi umat manusia.

Demikianlah di antara jawapan dari para ulama tentang tidak disebutkannya Dajjal secara langsung di dalam Al-Quran.

*Diterjemahkan oleh DetikIslam.blogspot.com dari sumber islampos.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej