- Ini perdebatan puak kami dengan puak hizbut tahrir
Cucu Mat Padang :
baik, anda asik cakap jahiliyah, apa masalah demokrasi yang telah menyingkirkan unsur jahiliyah? sila jawab..
Wan Solehah Al-Halbani :
Dalam isu aqidah, tidak ada maslahah. Dalam isu mengamalkan demokrasi yg kufur, tidak ada maslahah utk membolehkan amalannya.
Cucu Mat Padang :
baik, saya faham, jadi, nyatakan. dimana kufurnya demokrasi di malaysia ini?
Wan Solehah Al-Halbani :
Saya dah buat amat banyak posting mengenai kekufuran demokrasi di dalam group ini sekejap tadi. Letih dah saya. Marzuka (Marzuka Martillo : Penganjur Dialog) boleh tolong carikan posting saya ini.
Wan Solehah Al-Halbani :
Demokrasi tidak saja haram malah kufur.
Cucu Mat Padang :
silakan.. tidak haram tapi kufur? ok lah, jadi saya kata kamu, kami sudah islamkan demokrasi di malaysia. so, boleh la kan?
Wan Solehah Al-Halbani :
Tak boleh. demokrasi tak boleh di Islamkan kerana Perlembagaannya tetap kekal kufur - artiel 4, 43, 44 dan 121.
Wan Solehah Al-Halbani :
Anda cari posting saya yg baru saja buat tadi di dalam group ini mengenai kekufuran demokrasi.
Cucu Mat Padang :
perlembagaan tidak ada kena mengena dengan demokrasi, jika buat sistem khilafah pun mesti ada perlembagaan, yg membuat perlembagaan adalah manusia dengan panduan AlQuran dan Sunnah, maka kesilapan itu dtg dari manusia, tak kira guna apa2 sistem pon, sistem itu hanya wasilah untk memimpin dalam keadaan dunia sekarang - WAN SOLEHAH:
2. Agama demokrasi membuat undang-undang manusia (artikel 44 Perlembagaan Malaysia), padahal undang-undang adalah hak Allah saja (12:40, 6:57);
bantahan cmp:
ini hanya point yg berulang, sudah dinyatakan, bahawa demokrasi tidak bersalah, yg bersalah adalah orang yang mengelolakan demokrasi, macam pisau, jika salah guna boleh bunuh org, baik, jika anda guna system syura, tapi manusia yg dalam syura tidak maksum kan? maka mereka boleh manipulasi apa saja undang2, adakah anda mahu kata undang2 yg dimanipulasi itu boleh dipakai kerana dtg dari system syura? jauh sekali dari nilai ilmu jika analisis anda sebegini rupa.
WAN SOLEHAH:
3. Agama demokrasi menghukum manusia dgn undang-undang manusia (artikel 121 Perlembagaan Malaysia), padahal menghukum dgn undang-undang manusia adalah kafir (5:44, 4:60);
bantahan cmp:
yang menghukum bukan demokrasi, demokrasi tidak boleh digerakkan tanpa manusia, sama juga dengan system syura, jadi, anda sedikit keliru, anda seolah2 mengatakan demokrasi itu menggariskan sedemikian, walhal, bukan demokrasi, namun manusia yg menyalahgunakan system itu.
dan takzir itu undang2 ijtihad siapa jika bukan manusia? adakah kafir juga? semak balik saudara..silakan belajar dengan lebih dalam lagi.. - WAN SOLEHAH:
4. Undang-undang yg tertinggi dalam demokrasi adalah Perlembagaan Malaysia (artikel 4), padahal agama dan undang-undang tertinggi adalah agama dan undang-undang Allah (9:33).
bantahan cmp:
ini bukan demokrasi yg buat, ini yg buat adalah manusia. jika perkara asas pun tak boleh nk faham, mmg akan tersasar jauh.
WAN SOLEHAH:
5. Kesemuanya ini adalah berkontradiksi dgn ayat-ayat al-Quran yg menjadikan agama demokrasi Malaysia sebagai agama yg kafir.
bantahan cmp:
demokrasi tidak menyerahkan hak mutlak kepada pemimpin di Malaysia, ia boleh dicabar di mahkamah, dan banyak lagi cara dalam klausa, dan saya tertanya2, bagaimana yer mahu cabar khalifah islam jika dia silap? jika syiah tak boleh cabar langsung.
WAN SOLEHAH:
6. ISLAM adalah AGAMA ALLAH kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri yang datang daripada Allah swt :
bantahan cmp:
Alhamdulillah, saya setuju, dan saya ingin tegaskan bahawa dalam syariat terdapat hukum takzir iaitu ijtihad manusia/hakim, jadi ia kafir ker kerana manusia yg berijtihad dalam hal ini?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej