Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, November 23, 2014

Di mana hilangnya pembela agama dan bani melayu ?

Di mana hilangnya pembela agama dan bani melayu?

Hari ini genap seminggu beberapa rumah2 penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang rata2nya orang adalah orang Melayu dirobohkan lagi oleh DBKL demi memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd. Aku masih terfikir apakah nasib mereka hari ini setelah seminggu mereka kehilangan tempat tinggal. Sejarah mengenai Kampung Chubadak ini boleh di baca di wiki ini.


Isu Kg. Chubadak ni bukan isu yang baru. Pada tahun 2006 lagi rumah penduduk kampung ini telah dirobohkon oleh pihak DBKL. Ia juga pernah dibangkitkan di dalam akhbar pro-kerajaan iaitu Utusan dengan tajuk "Nasib Kampung Chubadak Tambahan di tangan siapa?". Pada tahun 2012, pihak pemaju menyatakan mereka mempunyai hak pemilikan tanah untuk membangunkan kawasan tersebut.






Ada penduduk yang telah berpindah, namun saki baki penduduk kampung tersebut masih terus berjuang dan mempertahankan kampung mereka seperti berita pada tahun 2013 ini. Dan kini, rumah2 mereka diroboh lagi. Beberapa pemimpin pembangkang bersuara menyeru agar perobohan rumah ini dihentikan dan beberapa NGO menggesa agar isu ini dibawa ke parlimen. Malah pekerja DBKL pun ada yang menangiskerana terpaksa merobohkan rumah2 penduduk kampung itu hanya kerana terpaksa mengikut arahan daripada majikan mereka.



Kes roboh rumah untuk pembangunan dan kemajuan ni bukan benda yang baru. Dari dulu lagi dah banyak kes roboh rumah seperti di Kg. HakkaKg. Buah Pala dan lain2. Benda ni sebenarnya banyak melibatkan perundangan so aku tak berani nak komen lebih dari segi undang2, cumanya:

1. Aku tak pernah mengalami keadaan seperti ini di mana aku disuruh berpindah daripada rumah yang kita telah tinggal dari kecil, namun kalau aku kena macam tu, pasti aku akan rasa sedih dan sakit hati juga. Sebab diorang tu bukan orang yang kaya, bukan golongan bangsawan, bukan VIP, korang tindas dan layan diorang macam celaka.


Video lama tahun 2013

2. Tak dinafikan aktiviti meroboh kawasan yang lama untuk melakukan pembangunan benda yang biasa di mana2 negara pun, tapi janganlah kejam dan tak berhati perut sangat. Kalau nak halau orang dari rumah mereka sendiri sekurang2nya pampasan yang diberi harus setimpal atau bagi rumah yang baru yang selesauntuk mereka. Ini pampasan bagi RM7,000 sahaja sedangkan keuntungan yang akan kau kaut hasil daripada pembangunan tu nanti berjuta2 ringgit. RM7,000 tu jangan kata nak beli sebiji rumah, nak beli bilik air dia pun tak lepas. Mana pergi nilai kemanusiaan korang?

3. Nak kata pasal hilangnya kampung warisan melayu apa semua? Yang ni aku tak nak sentuh, lagipun selama ni ada orang peduli dan kisah ke pasal warisan melayu? Sebab warisan melayu dah banyak sangat dah yang hilang, dengan bahasa jawinya, dengan adab sopannya, macam2 dah hilang.

4. Ni yang paling aku kesal. Kenapa kes2 macam ni, pemimpin kerajaan takde yang berani bersuara, buat senyap je dan tak muncul2? Macam pukimak kan? Mana si pembela bani melayu? Mana si pembela agama? Mana pak2 menteri dan ahlul2 politik yang sanggup muncul kat kawasan2 macam ni hanya bila waktu pilihanraya semata2 nak mengemis undi daripada orang2 melayu kat kawasan tu? Apa isu yang hanya melibatkan melibat masa depan beberapa keluarga melayu ini dilihat terlalu kecil dan tak penting? Susah sangat ke nak turun padang berjumpa dengan penduduk2 kawasan ini dan berbincang untuk selesaikan masalah bersama? Hina sangat ke diorang ni?

Kalau ada masa nak fikir pasal pasukan kegemaran World Cup anda kalah, berfikir pasal nama apa nak diberi pada Panda, berfikir pasal acara apa lagi nak diadakan di Putrajaya, berfikir pasal program seperti bersarapan bersama rakan Twitter, takkan takde masa untuk fikir masalah dan hal masa depan beberapa keluarga yang juga rakyat anda sendiri?

5. Takkanlah setiap kali nak tunggu ada wakil rakyat mati baru korang semua terhegeh2 masuk kampung merintih mengemis undi kat penduduk dan selesaikan masalah mereka yang dah makan bertahun2?

http://buasirotak.blogspot.com/2014/06/di-mana-hilangnya-pembela-agama-dan.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej