Kitab-kitab Muktabar yang menyatakan Orang Jahil itu Tidak boleh dan Haram membuat dakwah.
Segala puji bagi Allah s.w.t yang menghidup dan mematikan kita. yang memberi nikmat iman dan Islam. nikmat kedua sebagai umat nabi s.a.w. tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita nabi Muhammad s.a.w, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-mereka yang mengikuti sahabt sehingga ke hari akhirat.
Amma Ba'du,
1. Ulama’ dan Fuqaha’ telah sepakat mengatakan bahawa hukum berdakwah adalah Fardhu Kifayah.
2. Baiklah! Setiap kata-kata itu mestilah berpaksikan Kitab-kitab Muktabar. Kami bawakan di sini Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ Pertama, m/s 112-113.
Menyatakan Fardhu Kifayah di dalam Berdakwah dan Bukan Wajib.
Surah Ali ‘Imran, ayat 104.)
M/s 112-113. Surah Ali ‘Imran, ayat 104.
Terjemahan - (Hendaklah ada dari kalangan kamu satu Ummat @ Jamaah)
Tafsir – Hendaklah ada dikalangan kamu satu kumpulan yang mengikut akan dia oleh kelompok manusia.
(Menyeru @ mendakwahkan oleh mereka)
- akan manusia.
(Kepada kebaikan)
maka seafdal-afdal dakwah itu ialah mendakwahkan kepada mempercayai Zat Allah dan Sifat-sifatNya, dan dakwah kepada menyucikan Allah dari menyamakan dengan Makhluk.
(Dan menyuruh oleh mereka dengan perkara kebaikan.)
Bermula Kerja menyuruh dengan berbuat kebaikan itu, berdasarkan kepada perkara yang disuruh itu. Jika adalah perkara yang disuruh itu perkara wajib, maka wajiblah menyuruh itu. Dan, jika adalah ia Sunnah, maka Sunnah pula menyuruh perkara itu.
(Dan, mereka mencegah daripada Kemungkaran )
Maka, bermula mencegah daripada perkara Haram itu adalah Wajib secara keseluruhannya atau Total. Kerana, meninggalkan perkara Haram itu adalah Wajib. Bermula perkara ini iaitu;
1. Menyeru kepada kebaikan (Dakwah Ilal Khair)
2. Menyuruh berbuat kebaikan (Amrun Bil Makruf)
3. Melarang daripada Kemungkaran (Nahyun Anil Mungkar)
Adalah daripada kerja-kerja Fardhu Kifayah. Kerana, semua perkara itu (Dakwah Ila Khair, Amrun Bil Makruf dan Nahyun Anil Mungkar) tidak layak sama sekali dilakukan melainkan dilakukan oleh orang-orang yang berilmu sahaja tentang hal dan pentadbiran manusia, supaya mana jangan sampai tercebur orang yang disuruh atau orang yang dicegah ke dalam kancah yang lebih buruk lagi.
Maka, sesungguhnya orang yang jahil tentang Ilmu Agama barangkali mendakwahkan manusia kepada Kebatilan. Dan, menyuruh pula dengan Kemungkaran, serta melarang daripada Kebaikan. Dan, kadang kala berkeras pada tempat yang sepatutnya berlembut, dan berlembut pula pada tempat yang sepatutnya bertegas.
(Bermula mereka itulah orang yang berjaya)
Iaitu, merekalah orang-orang yang telah ditentukan dengan sesempurna kejayaan. Diriwayatkan sesungguhnya Nabi saw bersabda Ia, “Barangsiapa menyuruh dengan berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, maka dia adalah merupakan Khalifah Allah pada bumi Allah, dan Khalifah Rasul Allah, dan Khalifah Kitab Allah.”
........................
3. Telah terjadi di hadapan Kami seperti apa yang dinyatakan di atas, bahawa telah ramai orang-orang Tabligh yang JAHIL Ilmu agamanya telah mendakwahkan manusia kepada Kebatilan.
4. Dan, menyuruh pula dengan Kemungkaran, serta melarang daripada Kebaikan. Dan, kadang kala berkeras pada tempat yang sepatutnya berlembut, dan berlembut pula pada tempat yang sepatutnya bertegas.
5. Ulama’ dan Fuqaha’ juga telah bersepakat mengatakan bahawa hukum berdakwah bagi orang-orang Jahil di dalam Agama adalah Tiada Halal (Haram). Perkara ini juga berta’alluq (berhubung kait) kepada semua manusia, sama ada mereka itu bijak dan berkelulusan tinggi, tetapi tidak pernah mengaji Tauhid secara Khusus.
6. Bagi mempertegaskan dalil di atas, marilah kita sama-sama membuka beberapa buah Kitab-kitab Muktabar yang melarang berdakwah di dalam Keadaan Jahil Agama.
7. Tersebut lagi di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin, bagi Asy-Syaikh Nasar bin Muhammad bin Ibrahim Al-Samarqandiyy (Uzbeckistan), m/s 33, baris 5 dari bawah.
Telah berkata Al-Faqih Abul Lais Ra,
“Orang yang melakukan ‘AMAR BIL MA’RUF’ berhajat (perlu) kepada lima perkara.
- Ilmu pengetahuan, kerana bahawasanya orang yang jahil tentang ilmu agama tidak layak sama sekali menjalankan kerja ‘Al-Amru Bil Ma’ruf.’ (Menyuruh berbuat kebaikan / Dakwah kepada kebaikan).”
.....................
8. Tersebut lagi di dalam Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid, bagiAsy-Syaikh Al-‘Allamah Ibrahim b. Muhammad Al-Bayjuri, m/s 329, baris 7 dari atas. Cetakan Maktabah Darus Salam, Al-Qaherah, Jumhuriyyah Misr Al-‘Arabiyyah. Cetakan ke-3, 1427 H / 2006 M.
- Dan, ketahuilah oleh mu, bahawasanya Wajibnya kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ dengan beberapa syarat.
- Bahawasanya, hendaklah ada orang yang menjalankan kerja demikian itu (Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar), berilmu dengan apa yang disuruh dan dengan apa yang dilarang.
Orang yang jahil tentang Ilmu Agama tidak halal baginya (Haram baginya) melakukan kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar.’
Tidak Halal bagi orang awam (Bukan dari golongan orang yang berilmu agama) melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ pada perkara yang ia tidak berilmu tentangnya.
Adapun, pada perkara yang diketahui Hukumnya secara jelas oleh orang awam, dan orang yang berilmu Agama. Maka, bolehlah orang awam itu melakukan kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ pada perkara tersebut itu sahaja.
...............................
9. Tersebut di dalam Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha “Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy ‘Ala Jauhatit Tauhid Al-Mazkurah.”, m/s 161, baris 11 dari bawah.
-.....Dan sebahagian daripada syarat halalnya melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf’ iaitu, bahawa hendaklah ada orang yang menyuruh dengan perkara Ma’ruf itu berilmu agama dengan apa yang disuruhnya akan dia, dan dengan apa yang dilarangnya akan dia.
Maka, tiada halal (Haram) bagi si jahil tentang hukum hakam agama (aturan hukum agama)mencegah, atau melarang apa yang dia lihat akan dia.
Dan, tiada halal (Haram) ia menyuruh dengan suatu perkara tentang agama, yang ia tidak berilmu tentangnya.....
.........................
10. Tersebut juga di dalam Kitab Warduz Zawahir Li Hilli ‘Iqdil Jawahir ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bagi Asy-Syaikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, m/s 389, baris 17 dari atas.Cetakan Al-Matba’ah Al-Miriyyah Al-Makkah Al-Mahmiyyah. Akhir bulan Ramadhan, Sanah Hijrah, 1332 Hijrah.
- Dan, syarat orang yang menyuruh dengan Ma’ruf, bahawa ada yang Menyuruh, mengetahui akan barang yang disuruhnya dengan dia, dan barang yang ditegah daripadanya.
Maka, Tiada halal (Haram) orang yang jahil dengan Hukum, tegah daripada barang yang dilihatnya akan dia. Dan, tiada pula menyuruh dengan dia hingga diketahui akan dia.
(Halal itu lawannya tiada halal (Haram) - Pent.)
.......................
11. Tersebut lagi di dalam Kitab Syarah bagi Matan Jauharatit Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-Imam Ibrahim Al-Laqaniyy, m/s 64, baris 3 dari atas.
- (Dan) Syarat bagi orang yang menyuruh ia kebajikan, dan orang yang menegahkan atas kejahatan itu, tiga perkara;
(Pertama) Hendaklah ia mengenal Hukum barang sesuatu yang disuruhkan atau barang yang ditegahkan, dan tiada harus (tiada boleh) bagi orang yang jahil atas demikian itu, menyuruhkan barang sesuatu atau menegahkan.
12. Dan lagi, pada m/s 64, baris 15 dari atas lagi.
- Maka, wajib atas keduanya itu menegahkan ia atas taulannya, maka Dalil Kifayah bagi orang yang Mukallaf itu, Nas Quran dan Hadis Nabi saw, dan Ijma’ segala Ahlul Islam.
.........................
13. Kesimpulannya, berilmulah dahulu sebelum berdakwah. Kelak, akan sesat dan menyesatkan manusia lain. Belajarlah Ilmu Tauhid berdasarkan Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar.
tamat
Bismillahirrahmanirrahim...wasallallahua'la saiyidinamuhammad waa'la alihi wasahbihi wasallam..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej