Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, November 29, 2014

Saya minta izin nak buat teguran untuk semua masyarakat dalam hal nikah kawin

  Saya minta izin nak buat teguran untuk semua masyarakat dalam hal nikah kawin...

 Saya dapati sudah menjadi adat terutama di Kedah, membuat kenduri kawin keterlaluan ! Jumlah panggilan hingga mencecah rubuan hadirin...

 Sebenarnya ini adalah bala & fitnah besar telah menimpa kita. Adakah ini tuntutan Agama ???

 Tujuan sebenar majlis kahwin adalah untuk mewartakan KEPADA AHLI KELUARGA SENDIRI DAN MASYARAKAT yg anak pinak kita sudah berpunya ... sudah ada ikatan sah....agar terhindar dari fitnah .....dan mendapat do'a dari org ramai agar berkekalan dalam reda Allah !

 Semasa majlis perkahwinan berjalan.... mempelai tak sempat nak berjumpa dengan ahli keluarga kerana terlalu ramai org.... peringkat ini saja sudah menampakkan "kerenggangan" antara ahli keluarga !

 Sebab itu lah sekarang ini ada anak anak kita tidak mengenal emak/bapa saudara serta sepupu sepipit ! ALANGKAH MALANGNYA HAL INI BERLAKU !!!!!

 Sepatutnya masa inilah masa yg sesuai untuk mengeratkan dan mengenal lebih dekat lagi antara ahli keluarga ....

 Pembaziran juga berlaku ! bukan kah pembaziran itu saudara syaitan ??! pada peringkat ini pun mempelai sudah pun diasuh dan disemai semangat mereka untuk membazir..... apakah kita mengharapkan mereka akan mendapat zuriat yg soleh dan bertaqwa ???????!

 Pelamin pula mencecah hingga ribuan ringgit .. hanya beberapa minit saja duduk bersanding !!!! APA INI ??? APA INI ???

 Alangkah baiknya kalau duit sebenyak itu siserahkan kepada mempelai untuk kegunaan selepas kahwin nanti... untuk membayar deposit sewa rumah... untuk membeli perkakasan rumah dan untuk disimpan ......

 Kita telah mempraktikkan budaya yg sangat merugikan BAHKAN TELAH TERGELINCIR DARI LANDASAN AGAMA !!!

 Sejak awal majlis kenduri hingga akhir majlis.... ianya telah dikawal dan dikongkong oleh Iblis dan syaitan !

 Sudah laaa semasa majlis kenduri .. mempelai tak sempat nak beramah mesra dengan adik beradik.... selepas bersanding pula nak keluar berposting kat luar sana !!! budaya apa ini ????

 Selepas tamat kenduri .. tak sempat nak berziarah adik beradik kerana sibuk nak berbulan madu pula.........

 Nabi telah meyatakan yg Ummah akan mengikut jejak yahudi dan nasari sejengkat demi sejengkal.... hingga kalau yahudi nasrani ajak masuk ke lubang biawak pun... ummat Islam akan menurutnya....

 BERUBAHLAH WAHAI UMMAAT.... BERUBAHLAH....!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej