KERANA UCAPANNYA DI PAU 2014 HABIS SEMUA BLOGGER PRO UMNO MELENTING NAIK ANGIN SATU BADAN.
Nampaknya semua blogger-blogger pro UMNO bukan main meradang hingga naik angin satu badan bilamana seorang siswi perubatan tahun lima dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) Moscow membidas sambil menyindir para blogger pro UMNO yang dilihat lambat dan kadang kala gagal terus bertindak dalam isu menjawab serangan bertali arus bertubi-tubi yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat.
Tidak boleh dinafikan akan kebenaran kata-kata beliau .. kalau ada yang bertindak pantas untuk kilas pun sekadar memuat naik artikel bahasa maki hamun caci cerca dengan kata-kata kesat dan nista ... Itu tidak membawa sebarang kesan dan impak untuk mengubah kepercayaan rakyat. Fakta perlu dikilas dan dijawab secara fakta bukan dengan fitnah dan auta ... hujah lawan hujah bukan dengan terjah.
Jawapan perlu dilakukan secara berhemah dan berilmiah kerana yang majoriti membaca blog dan laman sosial ini ialah golongan muda yang berpendirian menerima yang benar dan jangan sesekali mau menghina kemampuan mereka untuk berfikir dan menilai.
PRU 14 adalah PRU kepunyaan dan ditentukan oleh golongan ini .. golongan yang berpendidikan, berilmu dan mempunyai akses pada informasi melalui internet .. kelompok warga yang berfikiran kritis dan tidak terikat kepada mana-mana anutan dan fahaman politik. Golongan ini menerima kebenaran hatta dari kelompok mana sekali pun .. benci dan tolak rasuah, penyelewengan, kezaliman, penindasan, perkauman, pemimpim bongkak, sombong dan angkuh.
Sering membuat kajian sebelum membuat keputusan .. menilai janji-janji PRU 13 untuk dijadikan kayu ukur kemampuan sesebuah parti. Sebab itu tidak perlu melenting dan melatah tidak tentu pasal .. terima kritikan dan teguran dengan berlapang dada dan berdingin kepala. Pandangan anak-anak muda amat jarang seiring dan sekata dengan golongan warga veteran yang sering berkata terlebih dahulu rasa garam.
Kepada para blogger UMNO yang berang .. bermuhasabahlah ... terimalah akan kenyataan .. zaman telah berubah .. tolak serang musuh dengan dakyah fitnah sebaliknya dakaplah etika membongkar kebenaran walaupun pahit untuk ditelan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej