Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, February 15, 2016

KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?

SAHABATKU YANG TERSAYANG..

KENAPA ORANG BAIK SERING DISAKITI?
Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Itulah baginya kebahagiaan.

KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya.Tak pandai berprasangka buruk. Dia percaya orang takkan tergamak menganiayanya.

KENAPA ORANG BAIK SERING DI HINA?
Kerana orang baik tak pernah diberi kesempatan membela dirinya. Ia hanya menerima, miski bukan ia yang memulai perkara.

KENAPA ORANG BAIK SERING MENANGIS?
Kerana orang baik tidak ingin membuat orang lain juga dalam kesedihan. Dia dah biasa mengubati sendiri lukanya, Dan percaya bahawa suatu masa Allah akan mengganti kesedihannya jadi kebahagiaan.

TAPI,
KENAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA?
Kerana orang baik selalu memandang bahawa di atas semua itu,Allah lah yang menyimpan rahsia terbaik untuknya.

KENAPA ORANG BAIK SERING DIAM BILA DIPERSALAHKAN?
Kerana orang baik tidak mahu berhujah dan berdebat dengan orang yang sememangnya berniat untuk menyalahkannya dan sebetulnya dia tahu orang yang mengajaknya berhujah adalah orang yang mahu menang.

Wahai sahabat-sahabat...
Menjadi orang baik tidak menjanjikan kalian sentiasa baik-baik tapi menjadi orang baik sentiasa di pandang Allah dan Allah sentiasa memberikan syurga dunia padamu iaitu sebuah ketenangan di sudut hatimu.

Allahuakhbar...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej