Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, February 22, 2016

Sekiranya trend ini berterusan sehingga PRU14, agak agak hangpa, UNDI POPULAR BN akan tinggal berapa % ?

Sebelum PRU13, posting kami ke page &  group UMNO/BN mendapat tentangan hebat !
90 % menolak hujjah kami serta caci dan naki hamun kami ....

Keputusan pru13, UNDI popular BN 47% !

SEKARANG ! Posting kami ke page & group UMNO / BN , hanya 10% yg menentang ! Hanya beberapa org yg bagi respon negatif !
Yg lain semua sokong kami !

APA DAH JADI ?

Sekiranya trend ini berterusan sehingga PRU14, agak agak hangpa, UNDI POPULAR BN akan tinggal berapa % ?

Tapi yg jadi masalah utama pembangkang sekarang ialah penyakit perpecahan !
Walau BN dah terlalu lemah, perpecahan ini juga menjadi masalah kpd kita !

Kawan kawan jangan marah kalau saya bagi cadangan.
Bubarkan PAN ... kalau ahli PAN tak mahu kembali kpd PAS pun tak mengapa. Masuklah PKR, kerana PKR masih lagi relevan.

Kalau masih berdegil, maka harapan nak jatuhkan BN mungkin tipis !
Telitilah dan hayati betul betul tulisan saya. Tiada niat lain selain dari mengajak kawan kawan agar bersatu melawan BN !

Apa gunanya tubuhkan banyak parti padahal parti lain pun berjuang untuk keadilan umum seperti yg PAN inginkan !
Kalau meluat dekat PAS sekalipun... kenapa bertindak melemahkan pembangkang !
Masuklah PKR !

Pkr pun berjuang untuk keadilan rakyat ! Kalau pkr bertambah ramai ahli, maka pkr semakin kuat, dan peluang untuk menang pru semakin cerah !

Banyak keburukan berpecah !
Walau pun dap + pkr + pan = PH , tapi bila hampir berlaku pru, akan berlaku juga bertembungan. PAN pun mesti nak kerusi lebih, pkr pun sama... dap pun sama !

Jangan bohonglah kalau nanti tidak akan ada perasaan puas hati antara komponen PH !
Lihat sana di sarawak ! Sudah ada perang dingin !
Itu belum PRU14 lagi !?!

Fikirlah !
Ambil lah dari segi positif akan luahan dan tulisan saya.
Tidak rugi pun bersatu....
Tidak untung pun berpecah belah !

Ingat cerita semut mengalahkan gajah !
Sekiranya semut tak bersatu, gajah tak akan mati !

Allah juga menyebut, berpecah belah akan melemahkan ummat...
Kalau tak mahu percayakan Firman Allah, maka fikirkan ini :

Carilah mana mana teori atau falsafah yg mengatakan berpecah dan menjadi kumpulan yg kecil dan bersengketa akan dapat menewaskan gergasi yg kuat dan gagah lagi banyak muslihat dan licik ?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej