Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, February 5, 2016

Petikan Ucapan Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato' Seri Sheikh Abdul Hadi Awang di Sambutan Jubli Perak (Ulang Tahun Ke-25) Jabatan AMAL Malaysia

Petikan Ucapan Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato' Seri Sheikh Abdul Hadi Awang di Sambutan Jubli Perak (Ulang Tahun Ke-25) Jabatan AMAL Malaysia di Dewan Tok Guru, Perkarangan Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman:

- Muhasabah buat semua Ahli Gerakan dan Kumpulan Islam agar menghayati Surah Al-'Asr:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran”

- Taqwa dan ikhlas asas penting kepada perjuangan, perlu memperbaiki tarbiyah dengan membina iman dan menambah amal soleh dalam diri, keluarga dan masyarakat.

- Dalam perjuangan akan ada ujian. Rujuk kepada ujian dan sirah Nabi-nabi. Ujian-ujian tersebut membersihkan/ menyingkirkan mereka yang munafik dan lemah iman.

- Mereka yang kuat imannya dan ikhlas akan kekal istiqamah menang atau kalah, rebah atau bangkit, susah atau senang. Hanyasanya redha Allah sahaja yang diharap oleh mereka, bukan kerana niat lain sama ada nak jawatan, pangkat dan habuan keduniaan yang lain.

- PAS memilih muwajahah silmiyah, pendekatan damai. Kita perlu belajar strategi politik dan dakwah Nabi antaranya 'ibrah Perjanjian Hudaibiyah. Pendekatan damai bukan bermaksud kita tunduk kepada musuh.

-  Berusaha merasai kemanisan iman. Mengasihi Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya, tidak sayang kepada seseorang melainkan kerana Allah dan RasulNya serta benci kembali kepada kekufuran sebagaimana takut dicampakkan ke dalam api neraka.

- Umat Islam di Malaysia yang merangkumi 60% rakyat Malaysia bertanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat belum Islam di Malaysia. Jika mereka tidak masuk Islam, sekurang-kurangnya mereka menerima sistem dan dasar Islam.

- Pengalaman PAS berada dalam Kerajaan Campuran Perikatan tahun 70-an. PAS berjaya membuat perubahan dan mengekalkan prinsip Islam serta menerapkan dasar-dasar Islam dalam kerajaan.

- PAS kemudian disingkirkan oleh Barisan Nasional. Namun PAS terus kukuh dan berkembang kerana perjuangan kita lillahi ta'ala, kerana Allah! Allahu Akbar!

- Unit AMAL ditubuhkan untuk mengumpulkan anak-anak muda yang bersemangat tinggi dalam kerangka muwajahah silmiyah. PAS tidak mengambil pendekatan kekerasan dan mengelak menjadi alat Barat yang bertujuan membuat kacau bilau negeri-negeri umat Islam.

- Teruskanlah beramal dengan Islam dan mengajak orang lain kepada Islam. Tolak kejahatan dengan kebaikan, tolak kezaliman dengan kesabaran. Tujuan kita ialah untuk mengajak semua manusia menjadi pejuang Islam. Rujuk sirah Nabi dalam dakwahnya, ramai yang memusuhi Nabi akhirnya masuk Islam dengan uslub dakwah Baginda

- Pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis bukan musuh kita, mereka sebahagian daripada kita. Kita perlu memahami musuh sebenar, musuh asing yang ingin menyerang negara kita. Sejarah membuktikan pasukan keselamatan kita telah memainkan banyak peranan dalam mempertahankan negara.

- Bertolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, bukan dalam perkara dosa dan kemaksiatan. Selari dengan usaha berpesan-pesan kepada yang haq dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

- TGHH berasa bangga dapat bersama dengan Unit AMAL hari ini. Teruskan perjuangan dengan ikhlas menuju kemenangan dengan wawasan kebahagiaan dunia dan Akhirat.

Siiru 'ala barakatillah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej