Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, February 24, 2016

Jalan penuh berliku selepas mereka keluar menjadi puak khawaarij

Jalan penuh berliku selepas mereka keluar menjadi puak khawaarij.
Semasa dlm PAS lagi mereka tak senang dengan fikrah ulama.
Mereka mahu PAS dipimpin oleh profesional, bukan lagi dari kalangan ulama.
Pada pandangan mereka profesional lebih bagus dan lebih sesuai memimpin, bukan ulama !

Dah lama dulu kami dengar mereka merancang nak ubah pimpinan. Bukan baru ini.

Tapi PAS secara tradisi dipimpin oleh ulama atau dari kalangan profesional yg menjiwai dan ada ruh islam yg menyokong ulama.
Sebab tu dulu org panggil PAS ialah parti tok lebai oleh org2 UMNO !
Sekarang puak kecewa mengambil alih pandangan tersebut !

Sebelum muktamar, mat sabu & geng menjalankan "kegiatan bawah tanah" untuk menjatuhkan TGHH dan para ustaz yg berfikiran "kuno" ( kata mereka ).

Pemilihan di muktamar , mereka cuma mendapat 20% undi... walaupun senarai calon yg patut diundi dengan kedudukan jawatan dan kedudukan sudah dikeluarkan dan diedarkan....mereka kalah....

Akibat dari kekalahan, mereka kecewa, lalu mereka membuat berbagai tuduhan dan fitnah. Antaranya Tghh suka memaki hamun dengan perkataan barua dan sebagainya.

Perkataan barua tu di sebut sebelum muktamar lagi. Tghh sebut perkataan itu, kerana mereka menjadi tali barut kpd parti luar (DAP) .  Apa tidaknya.... semasa mesyuarat tertutup PAS.... belum lagi habis mesyuarat, DAP dah dapat semua maklumat hasil mesyuarat PAS . Hasil mesyuarat tertutup pun boleh bocor !

Kita nak panggil apa terhadap mereka ini ?
Tghh panggil BARUA dengan makna TALIBARUT ! BUKAN MEMAKI HAMUN !
Tapi mereka mentafsir sebagai maki hamun !

BARUA Dalam kamus dewan pun ada dua makna
1 - DENGAN MAKNA MAKI HAMUN
2 - DENGAN MAKNA TALI BARUT !

Tapi aneh ! Mereka memaksa org ramai  agar menggunakan makna yg pertama !

Selepas tak berjaya meyakinkan org ramai yg tghh kuat maki hamun,  mereka menggunakan isu "UG" pulak !
Mereka keluarkan gambar berpelukan tghh dengan najib !
Padahal pemimpin mereka pun ada berpelukan...
Tapi sekali lagi mereka memaksa org ramai membenci PAS dan Tghh dengan isu2 ini.
Tghh dah banyak kali menerangkan yg PAS tidak akan menyokong UMNO, Cumanya, PAS  akan bekerjasama yg melibatkan kepentingan rakyat umum. Tghh menyebut PAS pernah bertahalluf dengan UMNO, dan tahalluf ini cuma berlaku sekali tidak dua kali !

Selepas itu isu demi isu dikeluarkan untuk memburukkan PAS. Malaysia kini dan MI menjadi tapak dan pelantar menyerang PAS.

Mula penubuhan dulu, mereka kata mereka cuma akan lawan UMNO. Mereka mula buat roadshow ke seluruh negara. Mereka mencari ahli, mereka tidak menarik ahli UMNO, tapi ahli ahli PAS !

Dari situ... mereka dah mula belit dan selit !
Mereka dah mula sombong dan gah bila pelancaran ramai org hadir!
Yg lucunya para hadirin dipenuhi oleh warga DAP !
Lepas itu mereka dah berani mendabik dada.... dan keluarlah kenyataan yg mereka akan lawan di semua kerusi PAS.... mereka nak tawan kelantan dan kedah !

Selepas beberapa lama, majlis mereka semakin hari semakin longlai dan susut kehadiran. Kalau ada pun yg meramaikan majlis cuma oleh org2 DAP !

Org ramai semakin tidak yakin lagi bila mat sabu terpaksa meminta bantuan kewangan membayar denda /saman.
Dia keluarkan kenyataan lagi yg PAN menghadapi masalah kewangan. PAN memerlukan RM50 ribu sebulan untuk kerja pentadbiran parti. Manakala sumber hanya datang dari kutipan derma dan dari mp mp mereka

Yg terbaru pula, mat sabu berkata PAN menghadapi masalah sokongan. PAN tidak mendapat sambutan !
Memang kita pun perasan PAN tidak mendapat sambutan. Tidak popular !

Yg sedang popular sekarang ialah PAS !
PAS semakin mendapat tempat di hati org cina dan melayu !

Dengan percakapan yg berbelit belit, masalah kewangan, integriti .... kenyataan pimpinan mereka yg berupa cakap kebudak budakan.... adakah semua ini akan menarik minat org ramai menyertai mereka ?!

Sekali lagi mereka gagal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej