Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, February 11, 2016

Saudara Subramaniam yang kini ingin dikenali sebagai Zubair Abdullah merupakan aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS

Alhamdulillah.. hidayah itu milik Allah..

Rembau. Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1  Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS), Ustaz Mohd Khairil Anuar Wafa secara rasminya telah mengIslamkan Subramaniam a/l Krishnasamy pada hari rabu 10hb Feb 2016 di Paroi.

Saudara Subramaniam  yang kini ingin dikenali sebagai Zubair Abdullah merupakan aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Rembau dah telah bertahun membantu PAS Paroi terutamanya di Pusat Khidmat PAS Paroi.

Majlis ringkas selepas solat asar itu cukup sayu. Saudara Zubair menitiskan airmata apabila bacaan doa yang meruntun jiwa dibacakan oleh TPJ1. Bertambah sayu apabila keIslamannya disaksikan oleh ramai anak-anak hafiz dan selepas itu anak-anak ini berebut-berebut untuk bersalam dan mengucupi tangannya.

Majlis juga dihadiri oleh Ketua Penerangan BPPNS Tuan Haji Karim Sharimi, Naib Ketua Penerangan BPPNS Ustaz Mohamad Husaini Husin, Yang DiPertua PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Hassan Thamby, SU PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Fisol dan beberapa individu lagi bagi meraikan pengIslaman saudara Zubair.

Menurut Zubair lagi, beliau menitiskan airmata kerana sangat gembira apatah lagi beliau disantuni oleh anak-anak hafiz yang dirasakan seperti anak-anaknya sendiri.

Menurut Saudara Zubair lagi, beliau telah lama berminat dengan Islam. Beliau secara senyap-senyap mempelajari Islam melalui pelbagai medium dan kaedah.

Beliau juga telah lama berkhidmat untuk PAS dan rapat dengan ahli-ahli PAS, namun tiada seorang pun yang mengajar atau mengajak beliau memeluk Islam secara serius. Bagi Zubair, mungkin mereka tidak mahu mengambil kesempatan untuk mempengaruhi kepercayaannya. Jika ada yang mengajar dan mendorong beliau memeluk Islam secara serius, mungkin telah lama beliau memeluk Islam.

Beliau memeluk Islam apabila dinasihati dan didorong oleh kenalan rakyat Filipina yang dikenali sebentar di Kuala Lumpur. Namun mereka sering berhubung dengannya melalui wassap.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt. Dikurnia dan dicabut dengan izinNya semata.

Mari doakan moga Saudara Zubair istiqomah dalam Islam dan memperolehi ketenangan sepertimana yang dicarinya. Insya Allah


https://m.facebook.com/photo.php?fbid=598516310299544&id=100004235404395&set=gm.981013065313826

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej