Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, February 5, 2016

Politik itu seni, jangan tuduh Pas Lagi

Politik itu seni, jangan tuduh Pas Lagi.
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
5/2/16

Politik ialah seni bagaimana hendak mengurus. Semuanya ada hujah yang tersendiri. Strategi  sentiasa berubah. Pas sebagai parti yang termaktub di dalam Perlembagaannya menjadikan AlQuran, Hadis, Ijmak dan Qias sentiasa bergerak di atas paksi ini. Ia terus berjalan atas asas ini biarlah orang marah. Islam sebagai rahmat untuk semua lahir daripada Islam yang syumul. Ia bukan hanya slogan yang tidak ada paksi. Rahmat bukan bererti membenarkan Islam dihina, mulut dikunci kerana ada agenda benda dan dunia menjadi pertaruhan. Biarlah Islam dan syariat diletak di dalam peti besi dahulu, dibuka setelah ada kuasa.  Kita menegur sikap Umno BN ketika memperkenalkan penerapan Nilai Islam sehingga ramai yang tergoda dengan kepimpinan Dr Mahathir waktu itu. Sehingga Pas tinggal keseorangan menegur  dasar kerajaan BN, bahawa nilai Islam tidak akan diperolehi tanpa penghayatan Islam. Akhirnya telahan Pas betul, sehingga DS Anwar ditendang daripada kerajaan. Begitu juga Pas mengkritik Islam Hadhari dan Konsep Wasatiah yang tidak berpaksi kepada asas Islam yang syumul.

Kes terbaru, isu Datuk Mukhriz Mahathir yang dipaksa turun sebagai Menteri Besar Kedah oleh pimpinan Umno Pusat. Bagi Pas, siapa menjadi MB Kedah, tetap daripada Umno. Pas mengambil sikap, rakyat dan negeri diutamakan, bukan dikorbankan. Maka Pas telah membuat keputusan supaya biarlah pertukaran MB dibuat di dalam sidang DUN, agak lebih manis dan teratur.

Ada di kalangan individu di dalam Pas menunjukkan sokongan yang padu kepada Datuk Mukhriz Mahathir, mungkin itu ijtihad politik beliau. Berada sepentas dengan Mukhriz sebagai tanda sokongan kepada beliau. Pas meraikan perbezaan pendekatan atau beliau mempunyai strategi yang tersendiri di dalam politik Kedah. Saya hendak tekankan di sini, inilah yang dikatakan politik ini dinamik.

Kita meraikan pengakuan terbuka ADUN Kota Darul Aman Teoh Boon Kok bahawa beliau salah seorang yang berkecuali ketika dipanggil oleh Jamaah Pemangku Raja di dalam isu pertukaran MB Kedah. Ini hak masing-masing dan pendirian parti masing.  Beliau ada hujah yang tersendiri untuk membenarkan tindakan beliau. Inilah yang dikatakan dinamiknya politik. Cuma ingatan saya jangan pula kalau Pas membuat pendirian yang tersendiri, maka Pas dituduh berada di dalam blok Umno BN dan memperolehi habuan daripada BN. Malahan juga tuduhan melampau terhadap Pas di kalangan pengundi China mengatakan Pas mendapat bahagian daripada RM2.6 B. Fitnah yang paling kelakar dalam sejarah perjuangan politik Pas sejak 1951.

Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas  sudah matang di dalam tindakan. Jangan buat tuduhan yang bukan-bukan. Setiap langkah politik Pas ada asas dan hujah. Ketika TG Presiden Pas berada di pentas Multaqa menyatakan yang hak  dan mengkritik di hadapan DS Najib, maka dituduh Pas sudah dibeli oleh DS Najib. Apabila tidak ada hujah, maka dutuduh kerana baju sedondon. Yang paling pelik sehingga buta hati, tidak tahu beza antara program NGO dengan program parti. Semua langkah Pas dituduh menguntungkan Umno. Semuanya UG. Kalau orang lain suci dalam debu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1131308540227325&id=100000445689628

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej