Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, February 14, 2016

Ada beberapa perkara yg gagal difahami oleh sebahagian kita atau sengaja buat2 tak faham untuk merungkai sokongan kpd PAS yg semakin meningkat

Ada beberapa perkara yg gagal difahami oleh sebahagian kita atau sengaja buat2 tak faham untuk merungkai sokongan kpd PAS yg semakin meningkat. Antaranya ialah;

1. Asal ada pimpinan PAS kebetulan bergambar dgn pimpinan UMNO maka bermakna PAS sudah ber UG dgn UMNO

2. Kalau ada pimpinan PAS bergambar dgn mana2 pimpinan NGO yg pro UMNO maka dikira PAS cenderung berkerjasama dgn NGO UMNO.

3. Kalau ada statment dari UMNO yg PAS tidak buat komentar menghentam maka PAS dikira berlunak dgn UMNO.

4. Kalau ada seruan pimpinan PAS agar ahli2 memberikan wala kpd pimpinan dan parti maka itu dianggap mengajak ahli PAS "taat membabi buta".

5. Kalau PAS bertegas mempertahankan prinsip Islam dan menolak PAN dan DAP, maka itu dikira membantu dan memberi tongkat kpd UMNO
.
6. Mana2 harta yg diwakafkan kpd PAS maka PAN boleh merampasnya atas nama "harta sepencarian".

7. PAS akan lemah kerana kehilangan "tokoh2 besar" yg lari kpd PAN.

8. Kalau PAS terus membawa agenda hudud maka PAS akan kehilangan undi non-muslim.

9. Semua profesional dah lari dari PAS. Yg tinggal hanya pak lebai kampung yg tak tahu mengurus PAS.

10. PAS telah lumpuh disemua tempat dan daerah, PAS telah tinggal tunggul dan ranting2 kayu shj.

Banyak lagi sangkaan bathil yg diviralkan terus kedalam otak sebahagian mereka. Lalu berdikusilah mereka atas tanggapan bathil itu..tidakkah anda merasa kasihan kepada mereka?

Abdul Halim Pit din

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej