Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, February 16, 2016

SETIAP PIHAK ADA KEBAIKANNYA Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Setiap orang, atau setiap organisasi ada sumbangan mereka terhadap Islam, samada banyak atau sedikit, samada secara langsung ataupun tidak.
2) Tidak layak seseorang itu, atau sesuatu organisasi itu mendabik dada bahawa dirinya, atau puaknya, atau organisasinya sahaja yang berjuang memartabatkan Islam dan menafikan jasa pihak lain yang bukan dari kalangan mereka.
3) Pertubuhan Aswaja mempunyai sumbangan mereka terhadap umat, walaupun mereka digelar pengamal bid'ah dan penymebah kubur oleh sesetengah orang.
4) Puak yang digelar Wahabi juga mempunyai jasa terhadap agama dan umat yang tidak kecil, sekalipun ia dikempen buruk oleh sesetengah orang.
5) Sama juga golongan Muktazilah yang dianggap sesat oleh jumhur. Ia tetap ada jasanya terhadap perkembangan Islam. Syiah, Khawarij dan sebagainya, ada sumbangan masing-masing disebalik anarki dan permusuhan yang ditimbulkan mereka.
6) ISIS juga memiliki kebaikan dan sumbangan terhadap umat manusia. Tetapi kejahatan yang timbul oleh pergerakan mereka lebih besar dan lebih merosakkan manusia.
7) PAS tidak dinafikan mempunyai sumbangan besar terhadap perkembangan Islam dan kemajuan umat dalam negara. Malah PAS tidak kecil jasanya membela semua kaum dalam negara kita, walaupun hari ramai yang cuba memperkecil dan memadam jasa PAS dek kerana berbeza ijtihad dengan mereka.
8 ) PAN belum ada jasa. Tetapi para pemimpin PAN tetap berjasa dan mempunyai penglibatan yang besar dalam membangun umat dalam negara, sekalipun dituduh pengkhianat oleh sesetengah orang. Tuduhan itu sekaligus cuba menafikan jasa-jasa mereka.
9) Sama juga Umno, walau terpalit segala kejahatan dan penyelewengan padanya, kita tidak boleh nafikan Umno juga mempunyai jasa yang banyak kepada agama, bangsa dan negara.
10) Malang sekali umat kita hari ini mudah terkena penyakit generalisasi. Suka mengeneralkan setiap perkara. Tak kira siapa, asalkan menyokong atau bersimpati dgn Dr Maza dalam sesuatu isu akan dituduh Wahabi, walaupun ada isu lain tidak bersetuju dengan Dr Maza.
11) Tak kira siapa, asalkan daripada PAS jika bersama pemimpin Umno dalam sesuatu, akan digelar UG. Walhal banyak isu lain yang pemimpin PAS tidak bersetuju dgn Umno.
12) Sama lagaknya daripada PAN atau PKR jika senada dengan DAP atas sesuatu isu terus sahaja dilabel sebagai macai DAP, walhal logik semasa menunjukkan isu itu harus kepada kebersamaan. Bahkan orang non-partisan juga digelar macai DAP jika tidak kena gaya.
13) Tidak semua orang yang tidak baca qunut subuh dan tidak baca tahlil itu Wahabi. Malah yang digelar Wahabi juga membaca qunut subuh samada menjadi imam ataupun makmum.
14) Setiap pihak memiliki cebisan-cebisan kebenaran. Kutiplah dan bersatulah atas kebenaran itu.
Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej