Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, February 11, 2016

Selagi semua perundangan Allah tidak ditegakkan, selagi itulah hidup manusia tidak akan aman

Dalam sehari dua ni juga kita dikejutkan oleh makluman oleh KPN bahawa kadar kompaun kesalahan jalan raya akan dinaikkan....tujuannya iaitu utk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yg diakibatkan oleh kesalahan pemanduan dsb....

Apa yg menarik aku nk sebut di sini iaitu ini sebenarnya suatu sunnah yg berterusan berlaku.... dulu apabila banyak kes dera kanak2, maka dicadangkan hukuman diberatkan sehingga penjara 20 tahun.... tetapi manusia tidak pernah nak sedaq bahawa Allah telah meletakkan hukum yg tuntas dalam menangani kes2 yg berlaku di kalangan manusia....

Semakin hari semakin nak ditambah hukuman dengan alasan hukuman sedia ada sudah tidak berkesan....tapi apabila kita membawa hukuman potong tangan kpd pencuri, depa kata itu hukuman zalim....tetapi apakah depa sedar denda yg tidak sepadan dgn kesalahan itu tidak zalim???...

Cuba bayangkan, nk dapat 100 ringgit dalam keadaan sekarang ini punyalah siksa mengerahkan kudrat....tapi depa ni mudah2 sahaja letak denda sampai beratus ringgit... kalau ditanya, depa akan jawab "kalau tak mau kena denda, jangan buat salah".....sedangkan Allah pun tak hukum dgn ambil hak manusia..... Allah ambik balik hak Allah....tangan yg dipinjamkan utk buat kebajikan...tapi diperguna utk kerosakan....maka Allah hukum dengan mengambilnya semula.... tapi ada yg kata ia hukuman kuno, lapuk dsb....

Apa nk dikata....kesalahan zina pun hanya ditetapkan bayaran ratus ringgit sahaja....puak2 ni berlagak jadi Tuhan dgn boleh tukar hukuman Allah dengan RM bagi kegunaan kerajaan....

Selagi semua perundangan Allah tidak ditegakkan, selagi itulah hidup manusia tidak akan aman....Imam Mahdi pun tidak datang utk melaksanakan undang2 sekular, melainkan menguatkuasakan syariat Nabi Muhammad...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej