Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 2, 2016

Islam tetap ujud, kalau tak ada PAS !

Kalu camtu.... kita biarkan DAP perintah lah,  bila dah dap perintah, hal hal agama , hal syariat pun biar DAP yg buat keputusan... boleh ...???

Dah mu kata Islam tetap ujud, kalau tak ada PAS !

Mu kena mikir yg ini.....
Hatta UMNO yg jenis sekular pun dah memusnahkan agama dan syariat, mu nak bagi DAP perintah ?
Yg sekular pun sudah musnah agama... apatah lagi yg musyrik ?

Di negara lain, ada kumpulan pejuang islam yg namanya bukan PAS, tapi nama yg lain !
Puak puak inilah yg sentiasa berjuang agama islam !

Kenapa nak salahkan Nama sesebuah pertubuhan kalau kamu tidak bersetuju dengan perjuangan dan perkembangan islam ?
Cakap saja yg kamu tidak suka islam ditegakkan. Itu lebih mudah bagi kami menilai !

Kalau ditaqdirkan kamu berada di negara lain yg ada kumpulan bernama "hizbul-islam" contohnya. sudah tentu kamu akan berkata "ISLAM TETAP UJUD KALAU TAK ADA "hizbul-islam" " !

Ingat satu benda.... anjing menyalak dlm satu nada yg sama saja, walau dia berada di mana mana benua sekalipun !

Kita tengok nanti, Islam akan ujud lagi tak kalau DAP perintah !
Dah terang terang mereka ni jenis yg tak suka agama duduk di atas....  mereka lebih pentingkan aqal logik melebihi agama.....

Agama yg mereka anuti pun mereka tak hormat.... inikan pula agama yg mereka musuhi ?

Memang di negara lain , tak ujud pun PAS. Tapi mu kena Ingat, mereka punyai hati dan iman yg siang malam berjuang agama, mereka sentiasa pastikan agama duduk di atas , bukan sebaliknya sepertimana yg sedang berlaku di malaysia !

Bukankah Nabi ada sebut akan sentiasa ada di kalangan ummatku mereka yg berjuang dan berada di landasan iman dan islam hingga ke hari kiamat ?

Di samping itu juga akan sentiasa ada pd ummat ini mereka yg menentang iman dan islam.... mereka juga ada hingga hari kiamat !?

Antara PAS dan parti yg lain, mesti salah satu saja yg benar,  TIDAK akan berlaku ke dua duanya benar atau ke dua duanya salah !
Salah satu saja yg benar di sisi Allah dan Rasul-Nya !
Kerana apa, kerana Nabi sudah jelaskan yg " akan sentiasa ada di kalangan ummatku mereka yg sentiasa berjuang dan berada di landasan iman dan islam hingga ke hari kiamat ? "
Mereka yg berada di jalan yg benar mesti ada, dan juga mesti ada puak puak yg berada di jalan sesat !

Sebab apa kena ada puak puak yg benar dan puak yg sesat ?
Sebab Allah nak bagi pahala kpd para pejuang !

Macam mana nak tahu yg mana benar dan yg mana salah ?
Lihatlah para ulama yg muktabar dan soleh , majoritynya sokong siapa....
Harakah yg punyai majoriti ulama dan org soleh, itulah harakah benar !

Kenapa begitu ?
Bukan kah Nabi juga ada sebut, Ahlussunnah WAL-JAMAAH !?
Jama'ah di sini maksudnya perhimpunan para ulama muktabar, ulama yg ada rantaian dan sanad yg soheh... ulama ini menjadi rujukan ummat islam. Ulama yg ada ilmu dari berbagai disiplin.... feqah, usuluddeen dan tasauf, tafseer dan hadis.

Kenapa kita kata harakah/gerakan/parti yg ramai ulama dalamnya itu benar ?
Kerana para ulama ini sentiasa menegur antara satu sama lain, sentiasa memantau antara satu sama lain. Kalau salah seorang ulama melakukan kesilapan, maka ulama yg lain akan menegur dan memberi pandangan.

Dalam furu' furu' fiqah pun, kalau ada percanggahan pendapat berkenaan suatu hukum, pendapat yg dipersetujui majoriti ulama akan dikira sebagai soheh dan relevan untuk diamalkan...

Begitu juga dlm hal politik.
Kalau majoriti ulama bersetuju dan mereka duduk di dalam parti tersebut, maka parti itu lah yg lebih soheh akan benarnya !

Contoh :
Parti A, jumlah ulama setuju = 100 org
Parti P,  jumlah ulama setuju = 1000 org

Maka parti P lah sepatutnya di ikuti dan disokong.
Sebab apa ?
Sebab kita ikut persetujuan majoriti ulama....

Parti mana yg harus kita sokong ?
Parti yg ada dlmnya perlembagaan alquran, hadis, ijmak ulama dan qias.....
Maka kita sebut Ahlussunnah wal jamaah.

Parti yg cuma ada perlembagaan alquran dan hadis, tapi tidak ada ijmak ulama.... parti itu cuma disebut parti ahlussunnah, tapi mengabaikan ijmak ulama maka kita panggil mereka cuma ahlusunnah sahaja......

..... padahal Nabi suruh kita berada dlm AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej