Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 16, 2016

Kenyataan Media IKATAN Tentang Hudud

Kenyataan Media IKATAN Tentang Hudud...

Kekeliruan Dan Salah Faham Berkaitan Kenyataan Presiden Parti Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhil.

Berkaitan kenyataan Presiden Parti Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhil berkenaan perlaksaan serta sokongan beliau terhadap hukum Hudud yang di sokong serta di perjuangan oleh PAS, terdapat kekeliruan laporan serta salah faham tentang kenyataan Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhil.

Dalam konteks sebenar kenyataan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhil, sebagai seorang muslim tidak dapat lari daripada menerima Hudud kerana ianya terpakai ke atas setiap individu Muslim. Namun untuk melaksanakannya, itu diserah kepada rakyat dan sistem demokrasi negara iaitu pilihanraya.

Dalam kenyataan beliau juga menyebut berdasarkan keutamaan terkini ialah isu salah guna kuasa,rasuah,ekonomi,bahasa kebangsaan,pekebun-pekebun kecil dan pelbagai Isu yang melanda negara.Tidak sesekali ada kenyataan daripada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhil yang menyebut beliau menolak Hudud atau Parti Ikatan menolak Hudud.

Disarankan agar disemak maklumat secara tepat dan bersumberkan kepada sumber berita yang benar dan rasmi.Segala kenyataan yang lain daripada kenyataan diatas adalah salah serta lari daripada konteks kenyataan asal serta menimbulkan salah faham dan keresahan dikalangan rakyat.

Sekian.

Syaiful Hizam.
Pengarah Media Baru.
Jabatan Penerangan PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej