Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, March 17, 2016

Isu PAS, IKATAN: Hudud Ditangguhkan

Satu video dalam Youtube, tajuknya "PAS, IKATAN: Hudud Ditangguhkan". Namun di dalam video tersebut tiada kenyataan daripada pimpinan PAS bahawa hudud ditangguhkan. Bahkan ia hanya penegasan bahawa daripada pimpinan PAS bahawa hudud akan dilaksanakan dengan beransur-ansur. Bukannya pagi esok selepas PAS memenangi pilihanraya umum. Jika perkataan 'tangguh' itu keluar dari pimpinan selain pimpinan PAS di dalam sidang media yang sama, tidak adil ia turut dilmurkan kepada PAS apatah lagi konteks perkataan itu ialah dalam rangka 'bersetuju dengan hudud sebagai seorang muslim'.

Adakah sebelum ini ada pimpinan PAS mendakwa bahawa HUDUD AKAN DILAKSANA SERTA MERTA JIKA PAS MENANG? Jika tidak, maka di atas butir mana tuan berhujah?

Di Kelantan, PAS sudah mentadbir lebih 25 tahun. PAS memohon untuk diberikan hak dilaksanakan undang-undang ini di Kelantan. Ada pihak mendakwa suasana belum kondusif. Soalnya bilakah tibanya suasana kondusif itu? Perjuangan kerajaan Kelantan ialah mengkanunkan undang-undang tersebut. Langkah pertama ialah dengan melakukan perubahan ke atas Akta 355 yang menyekat kuasa Mahkamah Syariah.

Hairan, setelah tidak membantu untuk memartabatkan undang-undang syariah, ada yang sibuk pula untuk menjadi penghalang. Jika enakmen yang Kelantan luluskan ada kecacatan, nah perkatakan. Kenapa sibuk mempersoalkan tidak kondusifnya suasana untuk melaksanakan undang-undang syariah sedangkan boleh sahaja tenaga dihulur untuk turut membantu menjadikan suasana lebih kondusif.

Maaf sedikit beremosi. Namun sedikit sedih apabila ilmuan bertaraf tinggi menjadikan tajuk video youtube sebagai rujukan.

- ahmad fadhli shaari

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej