Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, March 28, 2016

Salinan ini disimpan rapi walaupun banyak kali di padam dari inbox persaorangan yang terpilih demi menghormati PAS. Namun apakan daya

Salinan ini disimpan rapi walaupun banyak kali di padam dari inbox persaorangan yang terpilih demi menghormati PAS. Namun apakan daya.

Saudara XXX.
Saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik namun saya hanya tak suka UMNO kerana amalan kapitalis cintakan duit tanpa faktur perbezaan halal haram.

Satu ketika dulu saya amat meminati TGHA kerana beliau paling berani menegur Mather dan beliau gemilang sehingga mempesonakan masyarakat sehingga mendapat sokongan memerintah Trengganu. Saya bekerja di KT dan berulang alik KL-KT-KL melalui Rusila kampung TGHA. Kena pelahan melalui Rusila kerana setiap jumaat Rusila bagaikan Bandar Mekah dipenuhi makmum berpakaian putih. Off-course jem gila menyebabkan perjalanan terganggu.

Dalam benak aku, mengapa MB Trengganu menghabiskan masa nya di Rusila sedangkan beliau adalah MB Negeri Trengganu........ masa ini pandangan saya majal terhadap TGHA kerana beliau tidak menjalankan tanggungjawab sempurna terhadap Negeri dan masyarakat Trengganu.

Masa ini lagi hati kecil saya dah tahu PAS akan kehilangan Trengganu kerana sikap beliau. Inilah jenis malang berbau dan Negeri itu bertukar tangan. Namun yang aku tak faham TGHA masih diberi peluang memegang mandat dalam PAS sedangkan saya beranggapan beliau adalah orang yang bersalah dalam PAS. Beliau menunjukkan banyak salah laku dalam PAS namun kebijaksanaan TGNA menjadi mahraj PAS selalu dapat memposisi PAS parti yang disanjungi dan di santuni.

Dasar TGHA amat membahayakan sistem PAS dan boleh memecahbelahkan ahli2 sehingga dalam benak ku juga berfikiran TGHA ni xxxxx ke? kerana perjalanan politik nya berjalan mereng tidak lurus. Biarkan lah aku kata agaran aku salah terhadap beliau.......namun kereta yang dipandu beliau tidak juga lurus sehingga sekarang.

Saya menghormati hak anda membela PAS dan semuga tindakan anda mendapat reda Allah untuk kebaikan PAS bersatu teguh dan kukuh demi Allah. Saya juga ada hak berfikiran negatif terhadap TGHA namun mengharapkan dan mendoakan beliau teguh memajukan PAS.

LikeLike · · Promote
• XXX and YYY like this.

XXX to Othman Jamaluddin apa yg hang maksudkan?kesalahan yg mcmana hingga tgha di imaginasikan begitu? August 2 at 8:22am · Like

Othman Jamaluddin Masa itu dia MB Terengganu tapi beliau keasikan dengan Rusila saja dan membiarkan Terengganu tidak ditadbirkan dengan sempurna. Yang saya masih ingat tentang pengambilan tanah untuk pembangunan lapangan terbang antarabangsa Terengganu/Malaysia terlupus kerana beliau tak ambil pot pun. Lama-lama masyarakat pun boring dengan sikap ini dengan pengakhiran terlepas pentadbiran Terengganu. Dalam hal agama pulak, apa kah kat Rusila saja ke ramai orang Islam? Macam nak buat Rusila kembar Mekah gamak nya. Tak salah berbuat demikian tapi biarlah ada kesamarataan seluroh Terengganu. Fahaman ini yang buat saya keliru gerombolan di Rusila. Pencaraan beliau bukan untuk kebaikan Terengganu sebagai sumber petroleum dan ekonomi Malaysia. August 2 at 11:27am · Like

XXX:
Hang tsilap,cuba tgok tgna pulak,mengapa beliau curahkan ilmu agama hanya dsekitar masjid pulau melaka dan juga kwsn kotabharu?
Jgn ingat mereka ni robot,kerja dakwah sluruh teganu dh diagih2kan..jgn tlalu cepat mghukum August 2 at 11:32am · Like

Othman Jamaluddin Dengan kehilangan Terengganu dan hanya dapat Rusila? Saya dah pernah jumpa TGHA bersama MA menegur kelemahan ini sebelum PRU12 padahal kekukuhan PAS Terengganu masa tu amat cemerlang. Saya bercakap Fakta bukan ngomongan kosong. Maaf ye... August 2 at 11:38am · Like

XXX:
Memberi kritikan adalah senang,tanpa usaha dari semua pihak kemenangan jgn di damba August 2 at 11:43am · Like

Othman Jamaluddin Petroleum adalah urusan high tech, malang bila dibiarkan urusan hanya dengan pentadbiran politik saja sedangkan agama itu sendiri menekankan keseluruhan. Hanya Allah yang menentukan namun disuruh ummah berusaha. Sempena hari yang mulia ini, aku minta maaf bebanyak dengan kau XXX semuga Islam dipersada ke Agungan, InsyaAllah. August 2 at 11:50am · Like · 1

YYY: · Friends with XXX
kekalahan tgganu disebabkan pecahan kawasan di samping undi rosak yg melampau....org kg kat tgganu byk tak tahu permainan ini...ini faktor utama sbnrnya...mgkn tghh telepas pandang...tpi tgganu tumbang , faktor utama nya bkn disebabkan tghh pun... August 2 at 11:51am · Like · 1


Othman Jamaluddin Tolong sikit bang, pergolakan cerita kerusi Adun Kota Damansara tu masalah siapa? tentunya kerana orang yang bermasalah. August 2 at 12:21pm · Like

XXX:
Aku tetap bdiri bsama kpimpinan ulamak. August 2 at 12:29pm · Like

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej