Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 23, 2016

Kalau anda mahu negara sekular, sila pilih parti sekular...Kalau anda mahu negara islam, sila pilih parti islam ....Tiada siapa melarang !

Ayob Hussin
10 hrs

Parti berteraskan sekular, kalau depa menang, mereka akan teruskan agenda sekular. Kalau mereka nak tegakkan islam, itu sudah dikira telah melanggar perlembagaan parti tersebut ! Ahli parti boleh menyaman parti kerana ini.
Parti berteraskan islam,  kalau depa menang, mereka akan teruskan agenda islam.  Kalau mereka tak mahu teruskan agenda islam, itu sudah dikira telah melanggar perlembagaan parti tersebut ! Ahli parti boleh menyaman parti kerana ini.
Negara ini negara demokrasi. Rakyat boleh memilih tanpa paksaan, tanpa tekanan !
Kalau anda mahu negara sekular, sila pilih parti sekular...
Kalau anda mahu negara islam, sila pilih parti islam ....
Tiada siapa melarang !
Tepuk dada tanyalah iman !
Bohong lah kalau kita kata mana mana parti tak bagus !
Umumnya semua parti yg nak lawan BN tu bagus
DAP pun berita cita nak membela rakyat
PKR pun berita cita nak membela rakyat
PAN pun berita cita nak membela rakyat
PAS pun berita cita nak membela rakyat
KITA TAK BOLEH NAFIKAN !
Pilihlah sesuka hati anda.
Tanya hati anda, anda nak ke arah mana negara ini , maka pilihlah !
Setelah anda memilih parti anda, jangan hiraukan cakap cakap org luar, media luar. Memang musuh politik akan coba sedaya upaya merobohkan parti anda ! Itu adalah kebiasaan dan adat musuh !
Terpulanglah kpd anda !
Tapi pastikan anda akan selamat di depan Tuhan nanti !
Sebab apa ?
Sebab akan ada kira bicara di depan Tuhan nanti !
Sebelum anda memilih, hadamkan ayat Ini terlebih dahulu !
Hadamkan hingga betul betul faham kehendak dan maksud ayat ini
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِين
"Dan brg siapa mencari (dan berjuang satu perjuangan) selain dari perjuangan islam,  maka tidak sama sekali akan diterima oleh Allah perjuangan itu.... dan di hari akhirat nanti, dia akan termasuk dlm golongan yg rugi َ
Peringatan demi peringatan telah diberi....
Nanti depan Allah tiada lagi urusniaga kami dan kamu !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej