Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, March 18, 2016

okey la. pasal "tangguh hudud". benda mudah je

okey la. pasal "tangguh hudud".

benda mudah je. sekian lama Pas tahu yg hudud ni "senjata" yg digunakan oleh pelbagai pihak utk serang Pas baik oleh Umno ataupun Dap dan sesapa saja yg nak jatuhkan Pas.

so Pas dah x citer hudud. Pas follow titah diRaja yg bertegas mahu undang2 syariah dan mahkamah syariah diperkasakan.

mmg Pas follow sungguh la titah diRaja tu. apa, undang2 syariah xde hudud ke?

begitu juga Pas bawak pindaan RUU355. RUU355 bukannya RUU pasal hudud. RUU355 ialah pindaan agar lebih kuasa diberikan kpd mahkamah syariah.

bukankah hudud termasuk dalam undang2 syariah?

"eh..yg dr mahfodz sebut "boleh tangguh hudud" tu, apahal lak?"

betul la tu. "tangguh hudud" tu bukannya nak letak hudud tepi. tgk keadaan la. skang akta yg membolehkan kuasa mahkamah syariah lebih kuat pun belum dipinda lagi, so nak laksana hudud camne? kita tangguh laksana hudud sbb mmg xleh laksana hudud pun lg. tidak ada peruntukannya. cumanya usaha utk membolehkan hudud utk dilaksana tetap berjalan. bagaimana? USAHA UTK PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH. tu je pun.

so xkan kita nak citer hudud 24 jam sampai bab lain diketepi? kita dah usaha melalui perlembagaan utk membawa usul pindaan akta 355 tu. bak kata Tan Sri Kadir, "Pas dah berusaha ikut saluran perlembagaan, bola di kini ada pada Umn BN selaku kerajaan". jelas dan mudah.

"then apa beza dgn Pan n Dap?? dulu kitorg cakap benda yg sama!"

lainn..dr awal kita nak bawak pindaan RUU355 ke parlimen - selepas mendapat kelulusan DUN Kelantan - tp korg bising2 menyatakan "ini perangkap Umno" dan menolak sama sekali usaha membawa usul pindaan tersebut. sampai menuduh Pas ditipu Umno dan sebagainya. gabungan baru Pas ni TIDAK LANGSUNG MENYATAKAN akan menangguhkan dulu usaha bawa usul pindaan RUU355 tu. usaha tu ttp terus.

oh ya - belum aku sebut kenyataan mat sabu yg menyatakan "Pan akan menolak usul RUU355" tu. belum lg aku citer bab kak wan menegur adun PKR yg sokong usul membawa pindaan RUU355 tu ke parlimen. so kat situ dah nampak bezanya.

"apsal nak citer pinda kuasa mahkamah syariah lak??"

mudah. Dengan pemerkasaan Syariah, kita bukan sahaja citer bab hudud, namun boleh teroka banyak cabang lain dalam aspek syariah. antaranya -

- ada pemerkasaan dalam pungutan zakat especially zakat perniagaan korporat Muslim dan boleh extend kpd GLC

- ada pemerkasaan Undang2 perniagaan Islam. Ini lebih membela golongan tertindas..ada potensi untuk tarik Non Muslim yg nak secure pulangan yg lebih adil. Perbankan Islam pun boleh ditakluk dlm undang2 mahkamah Syariah.

- pemerkasaan Bab Hadhanah

- pemerkasaan terhadap premis yang melibatkan orang Islam dalam kegiatan perniagaan yang berunsurkan maksiat.
(non muslim yg nak mabuk dan melacur, tu antara depa. libatkan orang Islam, ko kena)

- pemerkasaan Undang2 pengurusan hartanah wakaf dan milik Muslim.

dan banyak lagi sebenarnya.

so kita memang tak sebut hudud, sbb kita tgh usaha satu benda yang JAUH LEBIH BANYAK CABANGNYA.

jadi perjuangan bersama oleh Pas dan Ikatan antara lain "memperkasakan perlembagaan". ini juga antara jalan memperkasakan perlembagaan. dan ianya masih x lari dr perjuangan Pas yg mahu tegakkan Islam di Malaysia ni.

org yg hanya tahu sifir 3 mana mungkin dapat membaca pemikiran org yg terer addmaths.

C&P

Kredit : Safri Nawawi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej