Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 30, 2016

kononnya PAS lebih sibuk hentam PAN dan DAP, konon PAS cuma bercakap soal hudud, tak serang UMNO ?

Saya meneliti 2 edisi terakhir Harakah (edisi Isnin dan Khamis) sekadar untuk muhasabah benarkah tohmahan tertentu kononnya PAS lebih sibuk hentam PAN dan DAP, konon PAS cuma bercakap soal hudud, tak serang UMNO...

Dari berpuluh muka surat Harakah Isnin lalu, hanya di muka surat N17 YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam berita suku muka surat menjawab secara jelas isu politik Terengganu yg dicuba dimainkan persepsi oleh PAN.

Manakala dipuluhan muka surat lain menyentuh isu
DLP (program dwibahasa)
PAS Tolak Keganasan
Tragedi Belgium ,Turki
Diskriminasi Warga Pendidik
Penerangan Tentang Blok Ke Tiga
TPPA
Kos Sara Hidup
Laporan Ekonomi Terakhir Zeti Akhtar
Isu CSR dan Rumah Mampu Milik
Isu Banteras Perjudian
Penerbangan
Kualiti Pengasuh Kanak Kanak
Penguasaan Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan
Peranan Jawatankuasa Fatwa
Kaji Masa Fleksibel Wanita Bekerja
Hutang Peneroka Felda.
Kejohanan Muay Thai patuhi syariah di Kelantan
Projek Pembangunan Anak Muda
Pemimpin Politik Teroka Tanah Kerajaan
GST dan cukai berasaskan pendapatan
Cadangan masa bekerja kaum Ibu 5 jam
Perkasakan sains matematik dengan bahasa melayu
Perbanyak senarai barang sifar GST.
Kempen dan Tawaran PAS untuk PRN Sarawak
Bantuan Kepada Penoreh Getah
Fikrah
Perkasakan Usrah
Utuh dgn Prinsip
Demokrasi dibunuh BN
Isu Antarabangsa
Penuhi Konsep Digital PAS
Langkah Serius Tangani Isu Air
Khidmat Malaysia bantu mangsa kebakaran
PASTI
Hak Asas Masyarakat India tetap diutamakan
Keamanan dan Keadilan dalam Islam
PAS bersama Agenda Rakyat
MB Terengganu Cemas
Saman Mahathir Najib, Biar Mahkamah selesaikan.

Sebenarnya hampir setiap edisi harakah saya baca dan tengok keseimbangan kandungan.

Sepanjang bulan ini banyak juga program ceramah, taklimat, chit chat, dialog yang saya hadir.

Seperti juga seperti masa lalu, fokus penceramah PAS menerangkan isu yg hampir semuanya pendedahan kegagalan UMNO. Fitnah besar mereka yg kata PAS ni bekerjasama dengan UMNO.

Sedikit sebanyak mungkin dalam 5% masa diguna untuk menjawab serangan nakal PAN dan DAP. Rata rata penceramah PAS sebenarnya dah bosan dan tak mahu layan kumpulan ini.

Fokus adalah mengajak rakyat khususnya ahli UMNO agar faham perjuangan PAS dan sokong usaha PAS pimpin perubahan.

- Ahmad Amzad Hashim

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej