Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 30, 2016

MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA KELUAR BERAMAI-RAMAI

[3/22, 12:16 AM] Khairuddin: MODUS OPERANDI IRC : KALAU TAK BOLEH KUASAI DARI DALAM MAKA TARIK AHLI MEREKA  KELUAR BERAMAI-RAMAI.

Oleh: Zaharudin Muhammad.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa G18 dan GHB tidak menghantar surat rasmi perletakan ahli PAS tetapi terus menerus mengfokuskan kempen kepada ahli PAS untuk menyertai GHB. Ramai kenalan saya memberitahu mereka diajak menyertainya tetapi mereka menolak. Tetapi anda tidak akan hairan jika anda memahami modus operandi mereka 'jika anda tidak boleh menguasai dari dalam, maka keluarkan ahlinya beramai-ramai.' Nanti anda akan faham bahawa IRC menubuhkan parti baru bukan kerana tidak puas hati, tetapi memang itu agenda mereka dari dulu, agenda untuk memiliki sebuah parti politik sama ada dengan infiltration (penyusupan) atau tubuh sendiri. Jika anda fikir mendalam, anda akan temui hakikat ini setelah anda renung secara waras alasan-alasan mereka menubuhkan GHB adalah langsung tidak rasional. Kerana kalah? ramai yang kalah dan pasti berlaku setiap pemilihan. Kerana lari dari landasan Islam? Mana buktinya. Kerana lemah? Adakah mereka akan terus kuat dengan parti baru dan kenapa tidak tunggu pemilihan 2 tahun lagi untuk lawan balik?

Jika anda biasa dengan strategi ketenteraan dan politik, mungkin anda akan dengar istilah Counterinsurgency dan salah satu strategy yang digunakan 'if you cannot beat them destroy them' (jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya).

IRC adalah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia tahun 80an dan cuba menyelinap di dalam parti politik dan persatuan-persatuan Islam tetapi gagal menguasainya. Mereka berjaya mengembangkan pengaruh sekitar 1990an dengan penubuhan NGO. Mereka dilihat mula memasuki semula arena politik secara langsung sekitar akhir 1990an dan mula aktif sepenuh masa dengan politik sehingga kini.

Antara individu yang aktif politik pada hari ini yang disebut namanya oleh Dr Fuad Salleh (selain individu-individu ini makruf di kalangan aktivis-aktivis dakwah) sebagai pemimpin IRC ialah Saari Sungip yang dikenali sebagai Abu Urwah, Dr Abd Rahim Ghouse (mastermind PKR bersama kumpulan Rafizi dan Saifudin Nasution). Menurut dr Fuad Salleh, ada di kalangan IRC yang radikal dan lebih agresif telah memperkenalkan Parti Negara Islam seperti Khalid Samat, tetapi tidak mendapat sambutan. Apabila tidak mendapat sambutan, mereka telah menggabungkan diri dalam PAS. (Liku-liku Gerakan Islam Malaysia: M/S 80). Antara tokoh besar lain di peringkat Junior ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan individu yang telah melalui perkaderan jalur ini.

Modus operandi ini jelas disebut secara bertulis selepas IRC gagal menguasai ABIM daripada dalam. Mereka telah mula mengambil langkah melemahkannya dengan menarik keluar seramai mungkin ahli-ahli ABIM.

Di muka surat 22 di dalam kertas Grand Design Harakah Islamiah Syamilah menyebut: "(2) Keluar beramai-ramai: Apabila tiada harapan HIS memanfaatkan ABIM, ikhwah kita diundurkan dengan membawa keluar seberapa banyak ahli-ahli ABIM bersama-sama. Kehadiran jemaah diteruskan dengan beberapa orang sahaja dengan tujuan: mengikuti perkembangan dalam ABIM, menjaga ABIM dari dimanfaatkan oleh musuh. (3)Tubuh Wadah (platform) baru: Olih kerana hajat HIS kepada wadah yang berfungsi seperti ABIM, penubuhan satu wadah baru yang berdaftar perlu diusahakan."

Usaha ini adalah yang paling akhir setelah mereka gagal pada langkah pertama dan kedua, iaitu langkah menguasai dari dalam dan langkah menyingkirkan pemimpin-pemimpin asal ABIM. Di muka surat 21 menyebut: "Buat masa ini, qiadah (pemimpin) ABIM menjadi penghalang kepada pengislahan (menguasai dari dalam). Tanpa perubahan dalam pendirian mereka, kita tidak nampak jalan lain kecuali menyingkirkan mereka. Menyingkirkan mereka bukanlah mudah. Perlembagaan ABIM amat menyebelahi JKK Pusat. Kini harapan mengislahkan (menguasai dari dalam) ABIM semakin tipis kerana kemasukan anasir solihat (HIS) disekat (dan) kebencian terhadap Jama'ah meluap-luap, ternyata dengan kempen memburuk-burukkan IRC."

Taktikal pergerakan ini dikenali sebagai 'jika anda tak boleh kuasainya, hancurkannya'. Iaitu salah satu cara dan modus operandi Counterinsurgency apabila orang politik atau tentera tidak dapat menguasai sepenuhnya sesuatu area atau tempat.

Setelah sebahagian besar pimpinan IRC tidak terpilih di dalam muktamar baru-baru ini akibat beberapa "silap langkah" khususnya penubuhan PASMA dan sokongan DAP terhadap mereka, menjadikan mereka mengambil masa yang lama untuk masuk menguasai semula. Mungkin pimpinan yang ada sekarang boleh ditukar di dalam muktamar akan datang, tetapi mungkin alternatif pada masa itu bukan lagi mereka, tapi orang lain, menjadikan PAS sebagai wadah (platform gagal). Sebab itu jika anda kaji sebab mereka tubuh parti baru, sampai hari ini tiada alasan yang kuat. Jika tidak berpuashati, maka tunggu muktamar akan datang. Apa salahnya?

Tetapi, jika anda tak boleh kuasai, maka hancurkannya. Sebab ti target mereka selepas ini ialah lawan PAS dalam Pilihanraya. Ianya cukup jelas melalui kenyataan Dr Mujahid : “We define ourselves as a progressive Islamic party, and our number one opponent is PAS," (kami mendefinisikan kami sebagai Parti Islam Progresif dan lawan  nombor satu kami ialah PAS). Sekalipun beliau cuba menumpulkan terjemahan The Malay Mail Online tentang "our number one opponent is PAS" sebagai "musuh utama (GHB) ialah PAS", tetapi beliau tidak memberikan alternatif terjemahan baru ganti kepada 'musuh utama' tetapi cuba spin dan divert kepada 'konteks medan pilihanraya'. Semua faham, mana ada parti politik berlawan di gelanggan tinju atau gusti. Parti politik berlawan di dalam Pilihanraya. Tetapi sampai hari ini Dr Mujahid belum menghantar surat rasmi untuk keluar dari PAS.

Balik kepada pokok utama kita sekarang, modus operandi "tarik ahli keluar beramai-ramai" sememangnya sudah diamalkan dan disebut di dalam kertas HIS/IRC dan individu-individu yang terlibat dalam politik GHB hari ini adalah dari kalangan individu-individu yang terlibat dan lahir dari perkaderan IRC dan HIS.

Sebab itu anda jangan hairan jika mereka enggan meninggalkan PAS sekarang dan menyusun jadual roadshow serta kempen menyertai mereka dalam keadaan mereka masih ahli PAS dan tidak mengisytiharkan keluar PAS sehingga ke hari ini. Sepatutnya mereka hantar surat rasmi keluar PAS sebelum mereka buat roadshow dan sebelum pengisytiharan penubuhan parti baru.

Jangan anda membaca IRC ini sebagai lagenda dan sejarah kerana IRC belum lagi menjadi sejarah justeru modus operandi dan orang-orangnya masih aktif dari 1970an sehingga sekarang. Sekalipun umur penubuhan PAS, UMNO, ABIM dan lain-lain jauh lebih awal daripada IRC dan HIS, tetapi semua pertubuhan-pertubuhan ini belum llagi menjadi lagenda dan sejarah justeru perlembagaan, dasar, individu penggerak dan modus operandi masih lagi berjalan sampai sekarang. Begitu juga dengan IRC dan HIS, oleh kerana individu penggerak, modus operandi dan dasarnya masih lagi berjalan sampai sekarang, maka ia belum menjadi lagenda dan sejarah. Apa yang mengelabui mata anda ialah pergerakan IRC adalah sulit dan bawah tanah, berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.

Sekian.

Nota: Nanti saya akan bagi bukti IKRAM cuba menafikan kerta grand design HIS dengan hujah kertas itu tidak diterima pakai selepas itu. Sekali lagi saya tegaskan, saya langsung tidak memaksud IRC adalah IKRAM justeru saya yakin lebih 90% ahli-ahli IKRAM yang cintakan Islam tidak tahu dan apatah lagi terlibat dengan grand design ini. Sepatutnya pimpinan IKRAM tidak respon terhadap pendedahan saya ini sebab sedari awal saya sudah disclaim keterlibatan mereka.
[3/22, 12:16 AM] Khairuddin: Terbaik.. Sebarkan seluas2nya sehingga umum mngetahui punca permasalahan yg berlaku. Allah berfirman: Mereka merancang A llah juga merancang, tapi Allahlah sebaik2 perancang..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej