Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, March 31, 2018

sahabat nabi yang makbul doa

sahabat nabi yang makbul doa

Doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi


AyobHussin Pulau Keramat
4 mins ·



Doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi
PANDANGAN AL-QURAN
Allah swt telah berfirman:
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." Hadis riwayat Hakim - sanad sahih
3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan
4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر
" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI

Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:

"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."
Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:
" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:
أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."
Lalu Sa'ad berdoa:
اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

"Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."
Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka." Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?"

Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين
"Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."
Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:
اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها
"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:
نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga ,Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur
Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi

Mahadir Perli Kat diri sendiri



Mahadir Perli Kat diri sendiri

Penyokong PAN menangis kerana tak diberi kerusi


Perjuangan yg sesia .... asyik kecewa saja sejak dari kekalahan di muktamar dulu
Hatta zur tumul maqabir .... sehingga masuk kamu ke liang lahad


Penyokong PAN menangis kerana tak diberi kerusi

SOALAN ANAK MUDA KEPADA PH


SOALAN ANAK MUDA KEPADA PH.
Saya sebagai rakyat dan anak muda Malaysia bertanya soalan kepada beberapa pimpinan PH termasuk YB Terence Ng dan YB Rafizi Ramli.
Soalannya, saya yakin DS Najib akan dibicarakan jika PH memerintah. Soalan saya adakah DR M juga akan dibicarakan di atas segala salah guna kuasa dan ratusan bilion wang rakyat yang diseleweng seperti yang didedahkan PKR, DAP termasuk DSAI suatu masa dahulu sekiranya PH memerintah???
Rata-rata tidak ada yang menjawab soalan ini. Mungkin tidak mampu atau tidak mahu. Kecuali YB Terence yang mengatakan bahawa tidak ada bukti DR M bersalah.
Lalu saya susuli dengan pertanyaan adakah selama ini DAP PKR DSAI berbohong? Adakah DAP sanggup berbohong dan melemparkan fitnah kepada rakyat dan semata-mata untuk kuasa?
Soalan ini masih tidak ada jawapan dari YB Terence. Namun, terima kasih atas jawapan awalnya.
Apapun soalan ini adalah soalan anak muda Malaysia. Kerana anak muda sudah tidak tahan dengan kezaliman UMNO dan tidak mahu mengangkat pimpinan spesis/dna yang sama pada PRU 14 nanti.
Mungkin semua anak muda khususnya first time voters boleh bertanya soalan ini kepada YB2 atau pimpinan PH di tempat anda. Mungkin ada yang cerdik dan waras yang dapat memberikan jawapan yang meyakinkan.
At this point, PAS always my choice.

sudah tiba masanya Malaysia memartabatkan undang-undang Islam




Mantan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dalam esak tangis menegaskan bahawa sudah tiba masanya Malaysia memartabatkan undang-undang Islam.

Ada setengah org pening dengan apa yg berlaku sekarang


Ada setengah org pening dengan apa yg berlaku sekarang....
Kami tak pening.... kami ada rujukan... Alim Ulama masih ada....gudang ilmu masih berdiri di sana walau sudah berkurangan ...
Tok Guru Hj Sa'ad Mogoi , kg bukit Kedah , seorang Wali Allah terkenal sekitar tahun 70an menasihatkan agar kita turuti Ulama, nescaya kita tak akan sesat.....
Memang Nabi ada sebut, turutilah Alquran dan Hadis... tapi kalau tak ada Ulama yg mengeluarkan hukum , yg mentakweelkan ayat,.... yg menjelaskan makna sebenar ayat ayat alquran dan hadis, nescaya kita teraba raba mencari kebenaran dan akan sesat.
Tapi sayang, org zaman penghujung ini tak kenal apa dia alim ulama, tak tahu tugas ulama, tak ambil pusing pesanan pesanan Alquran dan Nabi berkenaan alim ulama...
malah mereka mencerca mencaci serta melekeh lekehkan alim ulama....
Mereka kata kita terlalu taksub alim ulama....
padahal mereka pun taksub dengan pemimpin sekular dan liberal mereka.... tak apa pulak ?
kalau dan setara ( sama sama taksub) .. mana lebih baik taksub ulama dengan taksub puak liberal dan sekular ?
Ini jawapan kepada mereka yg sering mempersoalkan kita kenapa terlalu taksub dan terlalu cinta dan sayang Ulama ... Kita buat perkara bukan tak ada rujukan dan panduan. Apa lagi hujjah yg terbaik selain dari hujjah alquran ?
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥ‌ۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَلَا تُطِعۡ
مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا (٢٨) وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡ‌ۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡ‌ۚ إِنَّآ
أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِہِمۡ سُرَادِقُهَا‌ۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٍ۬ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِى ٱلۡوُجُوهَ‌ۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا (٢٩)
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang
Kesian, bukan tak kesian
... tapi kita dah berbuih mulut menerangkan.....

Peluang yang Jarang Diperolehi

[Peluang yang Jarang Diperolehi]
Perkongsian : Syed Ahmad Fadhli
Tengah hari tadi,ketika sedang membaca surat khabar tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam..
Oh, rupanya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang datang ke Pejabat di Tingkat 14 Parlimen ini.
Seperti biasa, Tuan Guru akan hadir samada berseorangan atau ditemani oleh pembantu peribadi beliau.
Peluang dapat bersembang dengan beliau jarang diperolehi. Bersembang dengan orang berilmu, tidak cukup sekadar menadah telinga sahaja, lantas pen dan kertas dicapai agar catatan dapat dibuat. Itupun tidak sempat untuk dicatat semua fakta, hujjah, dan cerita yang beliau kongsikan.
Perbualan dimulakan dengan Tuan Guru menerangkan serba ringkas berkenaan Private Member's Bill berkenaan Akta 356 Mahkamah Syariah yang ingin beliau bentangkan. Ia boleh dibentangkan sekiranya ada Menteri yang menyokong usul tersebut untuk dibacakan di dalam Dewan.
Rang Undang-Undang Persendirian itu menyentuh mengenai peluasan kuasa Mahkamah Syariah agar hukuman yang boleh dijatuhkan lebih berat dan secara tidak langsung Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dapat dilaksanakan.
Tidak kesemua hukuman di dalam Hudud itu dapat dilaksanakan secara sekaligus, tetapi sekurang-kurangnya kita laksana apa yang termampu dan secara berperingkat.
Hukuman di dalam Undang-Undang Islam bunyinya menggerunkan., ia untuk mendidik bukan menyeksakan. Contohnya, ada bezanya kaedah sebatan di dalam Islam berbanding undang-undang sivil sekarang.
Seterusnya, Tuan Guru mengulas berkenaan pelaksanaan Cukai GST.
Tuan Guru memetik teori berkenaan ekonomi di dalam Kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun. Kerajaan di dalam Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip cukai daripada rakyat.
Masalah berlaku apabila kerajaan bersifat boros berbelanja, kebocoran wang negara menyebabkan pendapatan negara tidak cukup. Di dalam Islam, adanya pelbagai jenis Zakat yang dikenakan kepada ummat Islam tidak boleh dihapuskan,adapun cukai yang perlu dibayar oleh semua orang termasuk yang bukan Islam itu boleh dihapuskan apabila pendapatan negara sudah mencukupi.
Tuan Guru menceritakan pengalaman beliau ketika menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu dahulu. Wang Royalti minyak yang diperolehi adalah sebanyak RM 400 Juta. Antara langkah awal dibuat oleh beliau ialah menghapuskan Tol dan Cukai Pintu yang meringankan bebanan rakyat. Walaupun kerajaan kehilangan hasil tetapi pendapatan negeri meningkat apabila jumlah kutipan zakat meningkat berkali ganda.
Pada asalnya, apabila harga minyak dunia naik ketika itu jumlah royalti minyak yang dijangka diperolehi mencecah RM 1 Billion. Tuan Guru berkata kerajaan negeri sudah pun membuat pelan perancangan untuk membina lebuhraya yang mana bezanya dengan kerajaan Pusat, kadar tolnya semakin lama semakin naik tetapi yang kerajaan Terengganu ingin buat ialah kadar tolnya semakin rendah dan dihapuskan terus.
Namun, Kerajaan Pusat pimpinan UMNO bertindak merampas royalti minyak itu dan tidak lagi dibayar kepada kerajaan negeri pimpinan PAS.
Lalu, Tuan Guru mengarahkan cukai industri dinaikkan untuk menampung kembali kehilangan hasil negeri. Tauke-tauke perniagaan tidak marah kerana kata mereka jikalau pemerintahan sebelum ini lagi banyak perlu dibayar sebab rasuah, tetapi PAS memerintah tiada rasuah.
Kemudian, saya bertanya pula soalan kepada Tuan Guru berkenaan konflik di Yaman kerana politik antarabangsa adalah minat dan kepakaran beliau.
Tuan Guru menerangkan panjang lebar berkenaan sejarah Yaman dahulu yang mana adanya Yaman Utara (merdeka dan dikuasai oleh Syiah Zaidiyyah) dan Yaman Selatan (Jajahan British). Apabila penjajah keluar, Yaman Selatan digantikan oleh pemerintah yang berfahaman komunisme. Pihak kuasa besar berusaha memastikan bukan gerakan Islam yang mentadbir negara tersebut sehinggalah sekarang.
Tuan Guru bertanya kepada saya, "kamu ada baca berita mengenai PM Israel Benjamin Netanyahu yang datang berucap di Amerika, dan 'mengamuk' serta marah kepada Presiden Obama kerana membiarkan sahaja pengaruh Iran yang makin melebar di Yaman apabila puak Houthi merampas kuasa di sana...?"
Israel berasa begitu terancam maka Amerika pun bertindak lalu diarahkan Arab Saudi berpakat dengan negara Arab yang lain untuk menyerang Yaman.
Tuan Guru menerangkan peta kedudukan Yaman yang agar strategik, dan boleh mengancam Israel jika Iran semakin berpengaruh di Yaman.
Tuan Guru bertanya lagi, "mengapa pula mereka ini tidak berpakat untuk mempertahankan Gaza ketika Israel menyerang dahulu.?"
Apa yang berlaku ini adalah percaturan Barat yang ingin melemahkan lagi ummat Islam.
Tuan Guru mengatakan pentingnya untuk melihat strategi dan bacaan politik itu dengan betul agar tidak tersilap langkah.
Sememangnya Syiah itu berfahaman salah tetapi tidaklah pula membenarkan kita untuk berpakat dengan kuasa besar seperti Amerika itu sehingga hancur musnah tanah air ummat Islam.
Seperti contoh, Malaysia mesti menguatkan ikatan perhubungan sesama OIC dan ASEAN terlebih dahulu.
Kita bermusuhan pun mesti ada adab dan sempadan.
Kita orang Melayu usahlah mengikut perangai orang Arab di sana yang bermusuhan sehingga saling membunuh.
Pihak kuasa besar tidak pernah duduk diam dan mereka sentiasa bertindak memastikan Islam tidak boleh memerintah.
Tuan Guru melahirkan kesedihan melihat konflik ummat Islam yang berlaku di Syria, Iraq dan Yaman. Jikalau kita tidak sedar, kita akan terus menjadi buah catur Barat yang melagakan sesama kita.
Akhir sekali, Tuan Guru mengulas mengenai kumpulan ISIS. Berlaku masalah apabila rakyat kita juga ada yang terikut dengan fahaman ekstrem itu.
Mereka mengisytiharkan penubuhan negara sedangkan di mana tapaknya..?
Ibarat membina sebuah rumah, mestilah kita menyiapkan tanah dan lantai sebagai tapak yang kukuh kemudian barulah dipasakkan tiang dan dinding untuk menahan atap di atas. Apa yang berlaku, mereka membina rumah ini dengan meletakkan atap terlebih dahulu maka musnahlah ia, Islam pula yang terpalit imej buruk akibat perbuatan kumpulan ini.
Peluang bersembang dengan Tuan Guru selama hampir sejam ini terasa begitu bermanfaat kerana bait kata yang dilafazkan penuh dengan dalil nas, hikmah dan pengalaman beliau yang tidak ternilai harganya.
Rakan pejabat saya menghulurkan air untuk melegakan tekak beliau setelah melayan karenah kami yang bertanya ini.
Namun, beliau dengan sopan menolak kerana berpuasa pada hari ini..
Tuan Guru memaklumkan beliau perlu bergerak ke Pejabat Agung PAS pula untuk menghadiri Mesyuarat Khas di sana pula.
Begitulah rutin pemimpin besar, jadual penuh dengan tugasan buat kepentingan ummat.
Mungkin pada pandangan sebahagian kita, Tuan Guru agak 'garang', serius dan susah didekati tetapi sebenarnya beliau seorang yang begitu merendah diri, mesra dan pandai juga membuat lawak jenaka.
Semoga Tuan Guru Presiden terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk terus memimpin dan mentarbiyyah kami semua..

Friday, March 30, 2018

Mana Buktimu

https://www.thepatriots.asia/mana-buktimu/

Mana Buktimu

Cara Imam AS SYAFIE menghadapi FITNAH

Cara Imam AS SYAFIE menghadapi FITNAH.

Pada suatu hari....Imam As Syafie Rahihamullah berada di khalayak murid-muridnya..menyampaikan ilmu kepada mereka..

Tiba-tiba....Seorang perempuan masuk ke dalam majlis...melihat pada wajahnya macam ada sesuatu yang tidak kena..

"Wahai imam, apakah di waktu malam kamu berzina dan pada siangnya kamu menyampaikan khutbah kepada orang ramai?"

Allahhh!! Dugaan apakah ini?? Sekelian murid memandang wajah Imam As Syafie sambil menantikan penuh debar apakah jawapan dan penafian beliau terhadap fitnah dan tohmahan gila itu?

Imam As Syafie memandang kearah perempuan itu seraya bertanya: "Berapakah harga (upah) kamu?"

Mendengar pertanyaan itu sekelian murid Imam As Syafie jadi kecoh dan gempar...Ada yang menjerit..Ada yang segera bangun dan mahu meninggalkan majlis itu..

Melihat respons dan keadaan tidak tentu arah murid-muridnya itu, Imam As Syafie berkata kepada mereka: "Kalian menganggap saya tak lebih macam kurma..isinya kalian makan dan bijinya kalian campak begitu sahaja."

Kata-kata dan sindiran Imam Syafie itu nampaknya belum mampu menyedarkan betapa sangka buruk mereka itu tidak berasas, bersifat melulu dan ia amat tidak beradab..

Di tengah-tengah situasi yang gawat itu, sekonyong-konyong masuk seorang lelaki secara tergesa-gesa..

Lelaki itu berkata: "Wahai perempuan, rumah kamu sedang terbakar sekarang!! Anak-anak kamu masih ada di dalamnya!!!"

Terkejut mendengar pengkhabaran itu, perempuan misteri itu berlari ketakutan menuju ke rumahnya..Sekelian hadirin yang ada termasuk Imam As Syafie turut sama berkejar ke rumah beliau untuk membantu..

Apa sudah jadii?? Memang benar!! Ketika sampai di lokasi kejadian, perempuan itu melihat api sedang marak membakar rumahnya.

Ketika itulah, orang ramai melihat Imam Syafie penuh berani meluru masuk ke dalam rumah menyelamatkan beberapa mangsa yang terperangkap di dalamnya.

''Mulianya akhlak kamu duhai Imam. Setelah difitnah dan ditohmah, engakau masih menghulurkan pertolongan....''

Tatkala mahu mengucapkan terima kasih kepada Imam As Syafie, dalam nada menyesal dan rasa bersalah perempuan itu meluah dan mendedahkan: "Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah mengupah dan menghasut saya melakukan semua ini agar maruah dan kehormatan tuan jatuh dihadapan murid-murid tuan.."

Allah!!! Murid-murid Imam Syafie sekali lagi gempar setelah mendapat tahu bahawa guru mereka baru sahaja difitnah. Mereka rasa amat bersalah terhadap tuan guru mereka yang soleh lagi bertaqwa itu. Mereka segera memohon maaf kepada Imam As Syafie. Cuma, apa yang menghairankan mereka, kenapa dari awal lagi Imam Syafie langsung tidak menafikan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Jawab Imam As Syafie :

"Kalau saya menafikan tohmahan dan fitnah itu, saya yakin kamu akan berpecah menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan terus tidak akan percaya pada saya dan satu kumpulan lagi akan membenarkan saya namun akan tetap ragu dengan keputusan itu. Maka, saat itu, saya mahu (membuat keputusan) menyerahkan segala urusan saya kepada Allah Ta'ala."

Mode : Fitnah Fitna Fitnatun

GHB jadi parti politik kerana PAS tidak berubah




GHB jadi parti politik kerana PAS tidak berubah

GHB perlu rujuk DAP dulu jika mahu teruskan agenda hudud




GHB perlu rujuk DAP dulu jika mahu teruskan agenda hudud

debat ngan cenangau daun kari

Cenangau Daunkari Main tempek status tah malaun mana pulak dah...
Kalah hujjah la tuuu...
Hahaha...
Manage
Reply1hEdited
Cenangau Daunkari Hang faham ka dak apa yang dia kata?
Baca elok² sari kata tu, fahamkan konteks dan maudhu...
Hahaha...
Manage
Reply1h
AyobHussin Pulau Keramat dia hanya nak melayu jadi alat saja !
Manage
Reply1h
Cenangau Daunkari Alat untuk apa?
Bukan lawan korupsi ka?
Bab ni bukan patutnya termasuk taawun ka?

Hahaha...
Manage
Reply1h
Cenangau Daunkari Hang tak boleh abaikan SUASANA
Manage
Reply1h
Cenangau Daunkari Dun Batu Kitang lima penjuru antara Aziz dengan Lo Khere Chiang (BN), Voon Shiak Ni (PKR), Othman Bojeng (Bebas) dan Sulaiman Kadir (Bebas).

Hang nampak ka dak?
...See More
Manage
Reply1h
AyobHussin Pulau Keramat harbi yg tak boleh sama sekali dipercayaiManage
Reply56m
Cenangau Daunkari Hang faham dak apa hukum kalau betul depa "harbi"?
Nyawa depa halal, harta depa halal...
Hang faham ka dak nyawa dsan harta halal tu...


Tolong laa...
Jangan main-main dengan istilah BAHAYA macam tu...

Kita nak perang mengundi ja pun, bukan nak perang angkat parang...
Hahaha...
Manage
Reply52m
Cenangau Daunkari Bab sekoq dua CINA BANGANG tak payah ambik kira sangat laa...
Belambak dok ada ORANG MELAYU ISLAM yang jahil murakap tapi berlagak alim...
Hahaha...
Manage
Reply51m
AyobHussin Pulau Keramat Aku pernah terbaca status org2 DAP terhadap org Palastine dulu... mereka menyokong yahudi, dan berkata dekat org palastine 

"KILL THEM ALL"

antara mereka tu MASIH dlm "FRIENDLIST" AKU sampai sekarang !

biar rahsia dulu ...

masa tu sebelum pru13 lagi .....

masa masih dlm PR lagi 

sejak tu aku semakin renggang dan mula tak percaya mereka
Manage
Reply36mEdited
AyobHussin Pulau Keramat bila berlaku prk teluk intan, dimana Diana ( calon melayu) bertanding lawan Calon BN (bangsa cina) 

Kalah si Diana tu padahal di situ adalah kubu kuat DAP .... rupa2 nya org DAP swing ke BN ...

sejak itu aku hilang terus kepercayaan terhadap DAP , tambah berberapa kenyataan pemimpin DAP yg sangat biadap terhadap Islam 

aku masih simpan lagi print screen sampai sekarang
Manage
Reply40m
AyobHussin Pulau Keramat adakah kamu setuju yang aku ada hak untuk rasa bimbang terhadap DAP
Manage
Reply39m
Cenangau Daunkari Takat bimbang takdak masalah...
Malah hang jugak patut ada rasa bimbang terhadap Ust Nik Abduh yang mengaku ambik duit Umno untuk kempen kalahkaN "JEBON" pemilihan PAS tersebut...
Hahaha...
Manage
Reply35m
Cenangau Daunkari Tapi semata-mata rasa bimbang terus lebel "harbi" hat tu memang MASALAH BESAR...
Hahaha...
Manage
Reply33m
Cenangau Daunkari Bab PRK Telun Intan tu...
Takkan hang tak tau ada "jentera PAS" kempen jangan undi Dyana?
Hahaha...
Manage
Reply31m
AyobHussin Pulau Keramat betulkah itu suara Nik Abduh ??

mcm tak kena saja ?
Manage
Like
Reply31m
Cenangau Daunkari Tak kena kat mana?
Manage
Reply31m
5,670 Views
واك جيمي
Husam tuduh@fitnah dengan audio yg tidak jelas serta ketara berbeza dgn suara YB Nik Abduh ..
Jom dengar rakaman realiti Mat Sabu jelas dan terang lagi nyata ....
See More
ReplyRemove Preview29m
Cenangau Daunkari Kalau rakaman audio Ust Nik Abduh tu ada "skrip" sangat-sangat tak logik...
Flow cerita dia yang berterabur, ayat tergantung, dan lain-lain,
Manage
Reply28m
AyobHussin Pulau Keramat bukan kah husam baru nak bawa rakaman audio to ke UK untuk dianalisa samada betul atau tidak ?

itu maknanya tak pasti lagi ?
Manage
Reply26m
Cenangau Daunkari Audio Mat Sabu tu aku baru dengan sikit, aku pause sat. Setakat ni aku berani sahkan itu memang suara Mat Sabu walaupun aku belum tau apa isu rakaman tu.
Manage
Reply26m
Reply26m
Cenangau Daunkari Nanti aku dah habih dengaq aku komen balik
Manage
Reply26m
Cenangau Daunkari Ok aku dah dengaq...
Apa masalahnya dengan rakaman ucapan Mat Sabu tu?
Manage
Reply24m
Cenangau Daunkari Katmana yang hang tak puas hati dengan ucapan mat Sabu tu?
Manage
Reply23m
AyobHussin Pulau Keramat sekarang ni, rioh rendah dlm page PH tentang audio "Nik Abduh " 

yg husam pula masih tak pasti .... tiba tiba org PH pula dah mendahului terus percaya bulat bulat ?
Manage
Reply23m
Cenangau Daunkari Nanti sat la...
Kita sembang bab rakaman Mat Sabu tu dulu...
Satu-satu laa...
Manage
Reply22m
AyobHussin Pulau Keramat hang dah dengar habis dah ka belum ....

faham ke dak dia kata apa ?
Manage
Reply21m
Cenangau Daunkari Aku yakin aku faham...
Kat mana yang hang tak puas hati dengan ucapan Mat Sabu tu?
Manage
Reply21m
AyobHussin Pulau Keramat itu sebelum muktamar PAS betul ke tidak ?
Manage
Reply19m
Cenangau Daunkari betul, aku yakin, masa masing-masing dibenarkan berkempen untuk pemilihan poarti
Manage
Reply18m
Cenangau Daunkari Apa masalahnya?
Manage
Reply18m
AyobHussin Pulau Keramat bukan kah itu satu komplot nak jatuhkan TGHH ?
Manage
Reply18m
AyobHussin Pulau Keramat ok .... sekarang ....
Manage
Reply17m
AyobHussin Pulau Keramat aku quote balik kata kata mu 

"Cenangau Daunkari Takat bimbang takdak masalah...
Malah hang jugak patut ada rasa bimbang terhadap Ust Nik Abduh yang mengaku ambik duit Umno untuk kempen kalahkaN "JEBON" pemilihan PAS tersebut...
Hahaha..."
Manage
Reply17m
Cenangau Daunkari Kalau istilah kempen tu sama makna dengan komplot...
Salah ka berkomplot(berkempen) untuk pilih orang lain sebagai presiden yang dibenarkan dalam perlembagaan parti?
Manage
Reply16m
AyobHussin Pulau Keramat itu sebelum muktamar... belum ada pemilihan lagi ....

mat sabu dah ada komplot ???
Manage
Reply15m
AyobHussin Pulau Keramat mat sabu dah tahu ke atau masa tu "Audio Nik Abduh" sudah wujud ke belum di mana dia (mat sabu) berkomplot tu ???
Manage
Reply12mEdited
Cenangau Daunkari Nanti sat laa...
Hang soal satu bagi la aku jawab dulu baru tanya lagi
Manage
Reply12m
Cenangau Daunkari Ingat senang ka nak karang ayat nak pastikan hang tak salah faham...
Manage
Reply12m
Cenangau Daunkari Aku yakin masa tu memang tempoh berkempen, maknanya cawangan dah habis bermesyuarat buat pemilihan untuk AJK Kawasan.
Manage
Reply11m
Cenangau Daunkari Apa masalahnya kempen pilih presiden lain macam dibenarkan oleh perlembagaan parti???
Manage
Reply10m
AyobHussin Pulau Keramat ada hubungkait ke tidak "Audio Nik Abduh" dengan komplot Mat Sabu ?
Manage
Reply9m
Cenangau Daunkari Audio Ust Nik Abduh tu lepas pemilihan laa...
Kan ka dalam rakaman tu ada sebut Jebon DAH KALAH
Manage
Reply7m
AyobHussin Pulau Keramat quote "Nik Abduh yang mengaku ambik duit Umno untuk kempen kalahkaN "JEBON" pemilihan PAS tersebut."
Manage
Reply5m
Cenangau Daunkari Maksud hang apa?
Ust Nik Abduh kempen lawan kempen Mat Sabu?
Manage
Reply5m
Cenangau Daunkari Aku tak faham maksud hang
Manage
Reply5m
Cenangau Daunkari Tolong hurai bagi panjang sikit, biaq terang
Manage
Reply5m
AyobHussin Pulau Keramat quote "Nik Abduh yang mengaku ambik duit Umno untuk kempen kalahkaN "JEBON" pemilihan PAS tersebut." 

ini bermaksud (kalau betul) Nik abduh pun berkempen untuk jatuhkan mat sabu & geng ?!
Manage
Reply3m
AyobHussin Pulau Keramat betul ke tidak ?