AyobHussin Pulau Keramat shared Dr. Kamarul Yusoff's post.
Dr. Kamarul Yusoff
AMANAH PARTI YANG GAGAL: MALAYSIA DATE LINE
Saya sebenarnya merasa sangat kasihan dengan Parti Amanah Negara yang tidak habis-habis dikritik dan diperlekehkan oleh bukan sahaja lawan tetapi juga rakannya.
Terbaru adalah rencana yang termuat di dalam portal berita Malaysia Date Line yang selama ini diketahui sering menyiarkan laporan yang menyokong parti politik itu.
Rencana bertajuk “AMANAH perlu ‘move on’” yang mengulas
buku Ahmad Lutfi Othman, “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti”, ini menulis mengenai kegagalan Parti Amanah Negara dengan di antara lainnya menyebut:
buku Ahmad Lutfi Othman, “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti”, ini menulis mengenai kegagalan Parti Amanah Negara dengan di antara lainnya menyebut:
(1) AMANAH tidak mampu menjelaskan dan menghidupkan ciri-ciri ‘generasi politikal Islam kedua’ yang dilaung-laungkan.
(2) AMANAH gagal menunjukkan keutamaan yang lebih utama ketika ini berbanding hudud yang dikatakan bukan satu keutamaan.
(3) AMANAH yang ada pada hari ini masih gagal membentuk ideolog tersendiri, dan terikat dengan peribadi tokoh pemimpin PAS.
Malah, turut disebutkan juga hujah berulang kali Ahmad Lutfi, sama seperti hujah saya sebelum ini, mengenai kedemokratikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Apakah munasabah Parti Amanah Negara selaku sebuah parti yang gagal ini boleh mencatatkan kejayaan di dalam pilihan raya seperti yang dilaungkan oleh pemimpinnya?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej