AyobHussin Pulau Keramat shared Zak Ba's post.
akibat budaya bukan Islam dijadikan rujukan
Zak Ba
Perempuan makin dahsyat
Hari ini anak gadis semakin hebat, ramai yang berpendidikan tinggi dan berjawatan besar.
Mereka sudah boleh berdikari dan tidak perlu tunduk kepada lelaki.
Ada gaji sendiri dan mampu sara diri.
Ibu ayah pula ramai yang berbangga anak gadis boleh berdikari tanpa lelaki dan mendidik anak supaya berbakti kepada 'family'.
Akibatnya perubahan dalam sistem sosial pun berlaku dengan pesat.
Rumahtangga bukan lagi menjadi matlamat.
Anak gadis tidak bersedia menjadi isteri kepada lelaki, tidak mahu tunduk di bawah bimbingan suami. Mahu bebas berdikari dan membuat keputusan sendiri.
Perceraian berlaku, anak-anak kehilangan keluarga nukleus, tiada ibubapa makan bersama di meja makan dan tiada gelak tawa antara keluarga ketika berjalan-jalan.
Generasi hari ini adalah terhasil daripada keputusan generasi terdahulu dan generasi akan datang pula akan lahir daripada tindakan generasi hari ini.
Setiap keputusan, ada harga yang perlu dibayar dan ada akibat yang perlu ditanggung.
Bersediakah kita menerima generasi anak gadis yang tidak lagi perlu sopan dan tertunduk malu? Bercerita saiz cup A dan D di FB tanpa ada rasa ragu.
Menegur kaum lelaki dan suami mengguna panggilan kau dan aku, melayan suami bagaikan rakan kenalan, hidup bersama hanya kerana ada kepentingan, kalau sudah tidak menguntungkan maka ajak bercerai macam memulangkan baju di pasaraya sebab tersilap beli pakaian.
Lelaki memang tidak sempurna, namun peranan sosialnya daripada dahulu sehingga sekarang tidak ada berbeza mana. Belajar dan bekerja kemudian mencari nafkah demi menyara keluarga. Cuma ramai yang tersilap singgah di pusat serenti berbanding menara gading.
Lelaki dan perempuan perlu diperbaiki keadaan dalam dakwah sosial dan masing-masing memerlukan pembetulan sebelum kesilapan berterusan ke masa depan.
الأُمُّ مَـدْرَسَــةٌ إِذَا أَعْـدَدْتَـهَـا
أَعْـدَدْتَ شَعْبـاً طَيِّـبَ الأَعْـرَاقِ
Ibu ialah umpama sekolah pertama bagi anak yang jika engkau mempersiapkannya
maka engkau umpama mempersiapkan rakyat yang baik generasi keturunan bangsanya.
أَعْـدَدْتَ شَعْبـاً طَيِّـبَ الأَعْـرَاقِ
Ibu ialah umpama sekolah pertama bagi anak yang jika engkau mempersiapkannya
maka engkau umpama mempersiapkan rakyat yang baik generasi keturunan bangsanya.
# Perempuan, biar ilmu setinggi gunung dan jawatan sebesar bukit kalau pergi kerja sila tunduk mencium tangan suami dan hormat apabila berada di sisi. Jadilah seperti resmi padi, biar berisi namun tunduk ke bumi.
Lelaki, kembalikan keperkasaan dan kehormatan bapa-bapa ke dalam masyarakat. Jangan menjadi 'najis' dan 'nanah' yang membawa malu dan merosakkan keluarga dan kepercayaan masyarakat.
Semoga kehidupan kita kembali mendapat berkat!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej