Cara Imam AS SYAFIE menghadapi FITNAH.
Pada suatu hari....Imam As Syafie Rahihamullah berada di khalayak murid-muridnya..menyampaikan ilmu kepada mereka..
Tiba-tiba....Seorang perempuan masuk ke dalam majlis...melihat pada wajahnya macam ada sesuatu yang tidak kena..
"Wahai imam, apakah di waktu malam kamu berzina dan pada siangnya kamu menyampaikan khutbah kepada orang ramai?"
Allahhh!! Dugaan apakah ini?? Sekelian murid memandang wajah Imam As Syafie sambil menantikan penuh debar apakah jawapan dan penafian beliau terhadap fitnah dan tohmahan gila itu?
Imam As Syafie memandang kearah perempuan itu seraya bertanya: "Berapakah harga (upah) kamu?"
Mendengar pertanyaan itu sekelian murid Imam As Syafie jadi kecoh dan gempar...Ada yang menjerit..Ada yang segera bangun dan mahu meninggalkan majlis itu..
Melihat respons dan keadaan tidak tentu arah murid-muridnya itu, Imam As Syafie berkata kepada mereka: "Kalian menganggap saya tak lebih macam kurma..isinya kalian makan dan bijinya kalian campak begitu sahaja."
Kata-kata dan sindiran Imam Syafie itu nampaknya belum mampu menyedarkan betapa sangka buruk mereka itu tidak berasas, bersifat melulu dan ia amat tidak beradab..
Di tengah-tengah situasi yang gawat itu, sekonyong-konyong masuk seorang lelaki secara tergesa-gesa..
Lelaki itu berkata: "Wahai perempuan, rumah kamu sedang terbakar sekarang!! Anak-anak kamu masih ada di dalamnya!!!"
Terkejut mendengar pengkhabaran itu, perempuan misteri itu berlari ketakutan menuju ke rumahnya..Sekelian hadirin yang ada termasuk Imam As Syafie turut sama berkejar ke rumah beliau untuk membantu..
Apa sudah jadii?? Memang benar!! Ketika sampai di lokasi kejadian, perempuan itu melihat api sedang marak membakar rumahnya.
Ketika itulah, orang ramai melihat Imam Syafie penuh berani meluru masuk ke dalam rumah menyelamatkan beberapa mangsa yang terperangkap di dalamnya.
''Mulianya akhlak kamu duhai Imam. Setelah difitnah dan ditohmah, engakau masih menghulurkan pertolongan....''
Tatkala mahu mengucapkan terima kasih kepada Imam As Syafie, dalam nada menyesal dan rasa bersalah perempuan itu meluah dan mendedahkan: "Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah mengupah dan menghasut saya melakukan semua ini agar maruah dan kehormatan tuan jatuh dihadapan murid-murid tuan.."
Allah!!! Murid-murid Imam Syafie sekali lagi gempar setelah mendapat tahu bahawa guru mereka baru sahaja difitnah. Mereka rasa amat bersalah terhadap tuan guru mereka yang soleh lagi bertaqwa itu. Mereka segera memohon maaf kepada Imam As Syafie. Cuma, apa yang menghairankan mereka, kenapa dari awal lagi Imam Syafie langsung tidak menafikan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Jawab Imam As Syafie :
"Kalau saya menafikan tohmahan dan fitnah itu, saya yakin kamu akan berpecah menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan terus tidak akan percaya pada saya dan satu kumpulan lagi akan membenarkan saya namun akan tetap ragu dengan keputusan itu. Maka, saat itu, saya mahu (membuat keputusan) menyerahkan segala urusan saya kepada Allah Ta'ala."
Mode : Fitnah Fitna Fitnatun
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej