Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, March 19, 2018

mana hudud dalam manifesto Pas


Ada puak yg tak berapa bijak dok tanya "mana hudud dalam manifesto Pas? takda pun!"
Saya nak tanya - anda pi kedai makan, anda order mee goreng. Bila mee yg anda pesan tu sampai, surely anda akan dapati selain mee, dalam pinggan tu ada taugeh, ada batang sawi, ada udang, ada ayam, ada perasa pedas, ada kicap, ada telur dan sebagainya.
Macam mana pulak ada semua tu sedangkan anda hanya order MEE GORENG?
Ya, sbb bila menyebut ttg mee goreng, pastinya akan ada semua garnishing yg menjadi resepi mee goreng tersebut. Bukannya anda mintak mee goreng, anda hanya akan dapat semata² mee. Betul?
Sama la ehwalnya dgn hudud dalam manifesto Pas kali ini.
Salah satu perkara yg digariskan dalam manifesto Pas ini ialah "memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai ad-deen iaitu sistem yg melengkapi seluruh aspek kehidupan".
Maknanya apa ? Maknanya kita akan pelan² implement Islam yg syumul dalam perlembagaan. Dan ini sudah tentu termasuk perundangan Islam. Hudud tu termasuk bab perundangan, betul?
Benda ni sgt simple. Org yg kepandaiannya biasa² pun boleh catch up.
Kenapa kita tak jelas bgtau je kita nak buat hudud? Sbb kita nak memadamkan stigma dan persepsi jahat yg ditaburkan baik oleh pihak yg 71 mahupun yg 21 bahawa kononnya Pas hanya "pentingkan nak kerat tangan orang". Kita susah payah nak didik betapa hudud tu sebahagian drpd Islam, tapi puak² ni jdkan hudud sebagai bahan cercaan dan perlian. Namun org yg tak matang berpolitik mmg gitu.
Kesimpulannya, tawaran yg Pas bentangkan ini sgt relevan dgn isu permasalahan rakyat. Insya Allah, tiada pihak yg lebih baik utk diberi peluang menguruskan kerajaan selain Pas.
Orang bijak takan pilih yg 71 ataupun yg 21
PAS dituduh Sesat, Khawarij, Penunggang Agama. Ketahuilah, kerana Dasar Islamlah maka PAS 0, di kala BN 71-PH 21 disiasat Rasuah!
tak tuduh sesat pun tak pa asalkan PAS berjaya mengelakkan rasuah, berjaya kekang benda benda haram seperti GST, PTPTN maksiat dan membela rakyat di masa depan

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej