Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 13, 2018

khalid samad secara sukarela mengakui bahawa dia lah yg memasukkan lafaz talaq isteri ke dalam lafaz bai'ah nya sendiri

Apabila wawi mempertikaikan bai'ah talaq isteri yg dibuat di Kelantan pada PRU 13 lepas, puak2 pan pakat diam membisu...sedangkan apa yg depa dok jaja selama ini kononnya depa perjuangkan gaya politik almarhum TGNA...

Bagi yg masih tak ketahuan kepala dan ekoq, aku nk habaq lafaz bai'ah talaq isteri hanya ada di Kelantan dan hanya dibuat pada PRU 13 yang lalu yg ketika itu masih diterajui oleh almarhum TGNA sendiri...

Oleh itu, sesiapa yang menyerang PAS menggunakan isu bai'ah tersebut sebenarnya menyerang almarhum TGNA, mempertikaikan arahan dan keilmuan almarhum...mengapa tidak sewaktu almarhum masih ada dulu tidak dipertikaikan???...sedangkan isu talaq isteri itu sejak almarhum masih hidup lagi sudah diketahui ramai bahawa wujudnya lafaz demikian...

Sebenarnya orang yg pertama memasukkan lafaz talaq isteri di dalam bai'ah adalah khalid samad...kes bai'ah talaq isteri ni kecoh apabila Dato Hassan Ali mendedahkan wujud lafaz berkenaan dalam PAS sewaktu PRU 2008...isu itu kemudian disambut oleh umno dan dijadikan bahan utk menyerang PAS...

Kemudian, khalid samad secara sukarela mengakui bahawa dia lah yg memasukkan lafaz talaq isteri ke dalam lafaz bai'ah nya sendiri dan ia bukan merupakan satu arahan daripada parti...melainkan dengan relahati nya sendiri semata-mata bagi mengukuhkan pendiriannya utk tidak khianat kpd parti...

Malah khalid samad juga mengakui bahawa isterinya menganggap lafaz bai'ah talaq isteri itu merupakan satu penghargaan kepada dirinya sebagai isteri kerana berperanan sebagai pengukuh pendirian sang suami...

kepada wawi dan sekalian puak2 ph, untuk hangpa lebih faham mengenai bai'ah ini, hangpa kena rujuk kpd khalid samad sebab dia yg memulakan sedangkan sebelum itu tidak pernah ada sebarang arahan dari Majlis Syura Ulama PAS untuk berbuat demikian....hanya khusus utk negeri Kelantan sahaja, almarhum TGNA berpendapat ia perlu dimasukkan dan kesannya iaitu jelas dan nyata beza golongan khianat dan tidak khianat...

alfaqir ilallah ppk
26 Jamadilakhir 1439H



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej