Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, March 26, 2018

Implikasi buruk jika Malaysia putus hubungan dengan China - Najib


Implikasi buruk jika Malaysia putus hubungan dengan China - Najib
“Kerana apa? Mereka beli minyak sawit kita yang dikeluarkan peneroka Felda. Cuba bayangkan kalau minyak kita tidak laku, tidak boleh dijual, semua peneroka akan menerima kesan ekonomi yang merudum.
“Sebab itu kita tidak boleh sokong pembangkang, putuskan perjanjian dengan China hanya akan mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan China dan apabila ini berlaku yang menerima kesannya bukan pembangkang tetapi peneroka dan pekebun kecil,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Parlimen Paya Besar di Felda Lepar Hilir, 1 di sini malam ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah.
Pada majlis itu, beliau mengumumkan insentif Khas Sifar Hutang melibatkan peruntukan RM2.8 juta yang bakal memberi manfaat kepada 567 peneroka di Lepar Hilir.
Selain itu, beliau mengumumkan bantuan sebanyak RM1.81 juta kepada 362 peneroka di tanah rancangan itu yang kembali menyerahkan pengurusan ladang kelapa sawit kepada Felda.
Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM631,821 kepada 157 peneroka di tanah rancangan yang sama menerusi Skim Tanam Semula Kelapa Sawit.
Najib berkata, kerajaan tidak mahu apa yang berlaku di Selangor menimpa rakyat di negeri lain yang mana pemimpin di situ ‘mendapat undi tetapi rakyat mendapat baldi’ kerana isu air yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan.
“Mereka gagal uruskan sebuah negeri, tentu sekali kita tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej