Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 7, 2018

YB PKR Kelana Jaya Tersipu Malu Apabila Ditegur Oleh YB PAS Bukit Gantang


Catatan Parlimen: YB PKR Kelana Jaya Tersipu Malu Apabila Ditegur Oleh YB PAS Bukit Gantang
1. YB Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad menjadi pembahas pertama PAS yang membahaskan Titah Diraja 2018.
Pelbagai isu disentuh dalam ucapan tersebut.
Antaranya;
a) Amalan rasuah
b) Keruntuhan moral
c) Kajian UNICEF Mengenai Kemiskinan dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar di Flat Kos Rendah Kuala Lumpur
d) Bahaya fitnah dan sebaran berita palsu
e) Projek Pusat Asasi UIA Gambang bermasalah
2.YB Bukit Gantang turut menyentuh mengenai isu 1 MDB, beliau menyebut kembali cadangan YB Marang yang juga Tuan Guru Presiden PAS berkenaan peri-pentingnya Kerajaan bersikap berani untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1 MDB.
Ketika beliau mengulas mengenai isu sitaan kapal mewah The Equanimity milik Jho Low, YB BN Langkawi bangun bertanya adakah bersetuju bahawa kapal tersebut tidak ada kaitan langsung dengan 1 MDB.?
YB Ustaz Idris menjawab bahawa PAS konsisten dengan pendirian mendesak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja agar siasatan rapi dapat dibuat.
Ianya penting agar persepsi buruk dapat dielakkan kerana atas semangat patriotik, apa jua yang berlaku terhadap imej negara memberi kesan kepada semua samada Kerajaan mahupun Pembangkang.
3. Namun, tidak semena-mena YB Wong Chen yang berada di barisan belakang bangun mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh YB Ustaz Idris.
Dia menuduh YB Ustaz Idris membela Jho Low dengan menggunakan alasan patriotik.
Lantas, YB Ustaz Idris menjawab;
"Saya tidak pernah membela Jho Low.
Kelana Jaya ini satu hal juga. Dia bercakap di luar selalu buat persepsi buruk terhadap PAS.
Saya hendak sebut antara yang di luar memburukkan imej PAS ialah Kelana Jaya.
Saya tidak ada membela pun Jho Low tadi. Semua dengar kan.?
YB Kelana Jaya terus bangun mempertikaikan lagi YB Bukit Gantang.
YB Ustaz Idris menjawab lagi;
"Saya tidak pernah sebut bela Jho Low sebab patriotik.
Saya hendak penyiasatan berlaku, maksudnya.
(kedengaran suara ahli dewan yang lain menyokong)
Bukan saya bela Jho Low.
Dia ini, di luar nanti dia sebutlah PAS bela Jho Low.
Ini sikap yang tidak baiklah, tidak ada integriti."
Kedengaran juga suara YB PAN Sepang yang mahu sibuk mencelah juga.
4. Apa yang berlaku di dewan petang tadi hanyalah cebisan realiti sebenar yang berlaku di luar sana.
Lain yang disebut oleh pemimpin PAS, lain yang PH sebar.
Pemimpin PH menuduh dan memfitnah PAS dengan bermacam-macam tuduhan atas sangkaan dan rekayasa mereka sendiri.
Jikalau sesiapa menyaksikan rakaman ucapan perbahasan YB Bukit Gantang akan nampak jelas di belakang itu YB Kelana Jaya dan YB Kapar yang lebih sibuk berbual sesama mereka berbanding mendengar apa yang sedang diucapkan oleh YB Bukit Gantang.
5. "Bapa borek, anak rintik".
Hakikatnya, perlakuan yang dibuat oleh pemimpin PH yang di atas ini turut diikut jejak langkahnya oleh sekalian khadam dan juak PH yang di bawah.
Mereka bukan mahu dengar pun penjelasan yang dibuat oleh PAS kerana SOP mereka ialah serang dan viralkan sahaja sesuatu berita fitnah agar imej PAS terus dapat diburukkan.
Apabila YB PAS tidak hadir, mereka tuduh ponteng dan viralkan poster.
Apabila YB PH tidak hadir, mereka diam membisu pula.
Apabila YB PAS tidak sebut berkenaan hal 1 MDB, mereka kata ini bukti PAS dapat dedak UMNO.
Apabila YB PAS sebut berkenaan hal 1 MDB, mereka tuduh pula ini sandiwara PAS sahaja.
Sebenarnya, mereka mahu PAS ini ikut sahaja telunjuk kemahuan dan skrip mereka.
Oleh kerana PAS tidak dapat dicucuk hidungnya sebab itulah mereka siang-malam galak menyerang PAS.
6. Sebaiknya, Ketua Whip Ahli Parlimen PKR menasihatilah Ahli Parlimen PKR seperti Kelana Jaya ini agar jangan bercakap sesedap rasa. Mereka mahu bermusuh dengan PAS tetapi apabila tiba waktu pengundian, mereka ini jugalah yang merayu dan menagih sokongan PAS agar bersama mereka.
Memang tidak tahu malu bukan.?
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
07 Mac 2018

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej