Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, November 4, 2014

Bekas Ketua UMNO songlap pampasan Kampung Chubadak?

Bekas Ketua UMNO songlap pampasan Kampung Chubadak?
25 Jun 2014 >>
Wang pampasan sebanyak RM12 juta daripada pemaju yang sepatutnya dibayar kepada penduduk Kampung Chubadak Tambahan tidak sampai, sebaliknya didakwa dilesapkan oleh bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Chubadak.
Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Cawangan Kambung Chubadak, Suliah Mujni kepada pemberita pagi tadi.
Katanya, perkara itu disedari apabila beliau dan ahli UMNO cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan tersebut sekitar awal tahun 1970an.
"Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.
“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat UMNO di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami jumpa surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah terima apa-apa pampasan pun.
"Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia ketika itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000," kata Suliah.
Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan tersebut dibuat secara mengejut sehingga Ketua UMNO terlibat tidak sempat 'menyelamatkan' dokumen penting di dalam pejabat UMNO Cawangan Kampung Chubadak.
"Pada tahun 70an, wang sebanyak RM10,000 adalah satu jumlah yangamat besar berbanding sekarang. Malangnya, wang itu tidak sampai kepada kami walaupun satu sen," jelasnya.
MG
25 JUNE 2014 - 10:00 AM Berita Nasional BERITA BERKAITAN Rumah penduduk Kg Chubadak siap 70%, simbol ‘kubu’ hak peneroka Pampasan...
BM.SELANGORKU.COM
LikeLike ·  · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej