Saya terbaca kenyataan Dato Dr.Mujahid Yusuf Rawa berkenaan pertemuan dengan SIS semalam. Berikut kenyataan beliau :
"Selepas pertemuan hari ini, kami berpuas hati isu pluralisme dan liberalisme tidak timbul. SIS lebih terlibat dengan aktiviti mempromosikan hak wanita dalam Islam, terutamanya berkaitan polisi dan undang-undang,"
Apa yang saya pelik adalah adakah 2 individu ini, YB Mujahid dan YB Khalid Samad gagal mengesan pemikiran pluralisme dan liberalisme dalam SIS. Sedangkan kenyataan media rasmi SIS jelas menunjukkan perkara itu.
(1) How can religious authorities and Muslims demand that those wishing to convert to Islam should have all the freedom to do so yet at the same time, deny this freedom to Muslims who wish to leave their faith or believe otherwise?
(2) Freedom of religion must recognise the freedom to change religion. How can Muslims demand this notion of religious freedom for those wishing to convert to Islam and at the same time argue the denial of this freedom to leave Islam for those who no longer believe? Faith by compulsion may lead to hypocrisy.
(3) Freedom of religion must necessarily recognise the freedom to change religion. How can Muslims demand this notion of religious freedom for those wishing to convert to Islam and at the same time argue the denial of this freedom to those wishing to repudiate their faith in Islam?
Secara jelas mereka memperjuangkan hak untuk murtad. Apakah ini tidak cukup untuk menyokong fatwa negeri selangor?
Sudah tentu apabila berjumpa SIS akan menerangkan yang baik baik sahaja. Ibarat bertanya kepada pencuri adakah dia mencuri.
Muktamar Pas Pusat pada 5,6,7 Jun 2009 di Shah Alam juga pernah meluluskan usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji SIS yang membawa ajaran Islam Liberal dan mengharamkan SIS sekiranya didapati benar dan melakukan proses pemulihan kepada anggotanya.
Saya berharap YB Mujahid, YB Khalid Samad ,YB Hanifa Maidin dan YB Dr.Mariah tidak bertindak bercanggahan dengan ketetapan Parti yang jelas diputuskan didalam muktamar 2009.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej