Ustaz Fadli Yusof..... dia tak perlu berpekik terlolong.... hentam sana hentam sini.... dia dah berjaya mendakwah org pedalaman saja... dah lebih dari 200 org memeluk Islam....
Kalau laaa kita boleh ikuti jejak nya.... ikuti cara perjalanannya... kita tolong dari segi moral dan kewangan... insyaAllah usaha ini akan lebih baik dan bermakna lagi..
Lahirkan lebih ramai lagi pendakwah seperti ini bukan lahirkan ahli politik yg asyik berpolitik 24 jam.. saya rasa itu lebih baik......
Bayangkan kalau ada 100 org sepertinya.....
Tapi sayang.... ahli politik lebih ramai dari pendakwah......
DI SITULAH GAGALNYA KITA !
*************************
Berjuanglah untuk dapat taqwa, yakni berusaha buang perangai jahat seperti sombong, dengki, bakhil, tamak dan lain-lain. Walau kerjanya berat, ia perlu ditempuh. Inilah perjuangan awal. Siapa tidak tempuh peringkat ini, dia tidak boleh dapat taqwa.
Bila taqwa tidak ada maka nafsu dan syaitan jadi penasihat dalam perjuangan kita. Terbuai-buailah kita dalam ayunan tipuan yang tidak terasa.
Kita rasa kitalah pejuang yang ideal, tapi belum tentu Allah sudah iktiraf kita. Dan kalau Allah tidak terima, walau bagaimana hebat pun kita, tetap akan sia-sia saja hidup dan perjuangan kita. Rugi dunia dan akhirat.
Jadi, berjuang sebenarnya bukan setakat berkumpul, berbincang, bertempik “Allahu Akbar”. Itu senang; sebab itu hasilnya pun kecil. Usahakan taqwa.
“Allahu Akbar”. Itu senang; sebab itu hasilnya pun kecil. Usahakan taqwa.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej