Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, January 30, 2015

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.



1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.tKonsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat,segan untuk menempatkan diri disaf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah s.a.w orang-orang munafiQ sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٤٢)

Ertinya:Sesungguhnya orang-orang munafiQ itu menipu Allah s.w.t,sedang Allah s.w.t menipu mereka(membalas tipuan mereka).Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah s.w.t,melainkan hanya sedikit. (An-Nisa 142)
Orang MunafiQ jika dating ke masjid,dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.



2.Lupa Kepada Allah S.w.tOrang munafiQ memiliki sifat kemunafiQan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah s.w.t baik ketika senang atau susah.

Firman Allah s.w.t.:
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٩)

Ertinya:
“Mereka telah dikuasai oleh syaitan,lalu lupa mengingati Allah s.w.t.Mereka itulah golongan(pengikut)syaitan.Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.”
(Al-Mujadalah:19)


3.Melalaikan Solat FarduMelalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya.Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah s.w.t di akhirat kelak.

Firman Allah s.w.t:
۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا (٥٩)

Ertinya:
“Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat,mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu,sebab itu mereka menemui kejahatan(seksa)Allah s.w.t”
(Maryam:59)

Firman Allah s.w.t:
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)

Ertinya:
“Maka celakalah(azab)bagi orang-orang yang solat,mereka itu lalai daripada solat,mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat
(Al-Ma’un:47)

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)

Eritinya:
“Hai orang-orang beriman,janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah s.w.t(solat).Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi.”
(Al-Munafiqun:9)

Sa’ad bin Abi Waqqas mengatakan:

Ertinya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang yang lalaikan solatnya,maka baginda bersabda’Maksudnya orang yang melambatnya’
(HR.Tirmizi)

Dalam Hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya,maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti,sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya,dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti,bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun,Qarun,Haman,Ubaiy bin khalaf.”
(HR.Ahmad dan Tabrani)


4.Mempercepatkan Mengerjakan SolatOrang yang mempercepatkan solatnya tanparasa khusyuk dan lupakan Allah s.w.t,maka solatnya tidak diterima Allah s.w.t.Itulah solat orang-orang munafiQ.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Itulah solat orang munafiQ,lalu mempercepatkan empat rakaat”
(HR.Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
“Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya.Lalu ada yang bertanya:”bagaimana caranya mencuri dalam solat?’Baginda bersabda:”Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk,sujud,dan bacaan di dalam soaltnya.”
(HR.Ahmad dan Hakim)


5.Gemar Meninggalkan Solat BerjemaahSeseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani,mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari’I,tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan,maka dia tergolong orang munafiQ.

Sabda Rasulullah s.a.w”

Ertinya:
“Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah,kecuali orang munafiQ yang sudah diketahui kemunafikannya.”
(HR.Muslim)


6.Meninggalkan Solat JumaatDalam islam solat JUMAAT adalah wajib.maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafiQ.

Rasulullah S.a.w Bersabda:

Ertinya:
“Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya,maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar.”
(HR.Abu Dauh dan Nasa’i)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah s.w.t akan mematri hati mereka,kemudian mereka menjadi(menafik)yang lalai.”
(HR.Muslim)


7.Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi.Orang yang berpura-pura melakukan kebaikandi tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiad atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafik yang amat dibencikan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَلَا يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمۡ إِذۡ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرۡضَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطًا (١٠٨)

Ertinya:Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah.Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah s.w.t.Allah meliputi(pengetahuan-Nya)apa-apa yang mereka kerjakan.
(An-Nisa’:108)


8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf.Orang-orang munafik inginkan segala perbuatan keji dan mungkar disebarkan di kalangan orang-orang beriman.Mereka menyuruh orang beriman berbuat mungkar dan melarang melakukan perkara yang makruf dengan tujuan untuk melemahkan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam.

Firman Allah s.w.t:
ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنڪَرِ وَيَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَقۡبِضُونَ أَيۡدِيَہُمۡۚ نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡۗ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٦٧)

Ertinya:
“Orang-orang munafik lelaki dan wanita,sesetengahnya serupa dengan yang lain.Mereka menyuruh(berbuat)yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya(bakhil).Mereka lupakan Allah s.w.t lalu Allah s.w.t melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang fasik.”
(Al-Taubah:67)


9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.
Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya.Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ (١٥٩)

Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab,nescaya mereka itu dikutuk Allah s.w.t dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.’
(Al-Baqarah:159)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ ۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُ ۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡاْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ۖ فَبِئۡسَ مَا يَشۡتَرُونَ (١٨٧)

Ertinya:
“Ingatlah ketika Allah s.w.t mengambil janji orang-orang ahli kitab:”Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya,lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya(tidak tepati)dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit.Maka amat jahat apa yang mereka jual itu.”
(Ali-Imran:187)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya,maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka.”
(HR.Ata’)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.a.w bersabda:’Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya,nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka.”
(HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)


10.Mengamalkan Riak.Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menutut Imam Al Ghazali,riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.

Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda,iaitu malas apabila bersendirian,rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela.
Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil,merosakkan amal kebajikan,meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t:
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦)

Ertinya:
“Maka celakalah(azab)bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak.”

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ

Ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.”
(Al-Baqarah:264)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil,lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?”Kemudian baginda s.a.w bersabda:”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda.:

Ertinya:
“Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.’Hai orang yang zalim,Hai orang yang menyeleweng,Hai orang yang berbuat riak,amalanmu sesat dan pahalamu sia-sia.Pergilah,maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya.”
(HR.Ibnu Abid Dunya)



bersambunggg
« Last Edit: 06 January, 2011, 10:21:54 AM by azrinkun »
Logged
Syahadah no.1 .. Ikut Rasulullah .
jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #1 06 January, 2011, 12:39:29 AM

Publish

11. HASAD DENGKI

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya.Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan,kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya.Dengan demikian sifad hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam,permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik.

Firman Allah s.w.t.:
أَأَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا (٥٤)

Ertinya:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa':54)

Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya.

Firman Allah s.w.t:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)

Ertinya:
"Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka,lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan."
(HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)

Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.

Rasulullah s.a.w bersabda.:
Ertinya:
"Tidak ada dengki selain daripada dua perkara,iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah s.w.t lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah s.w.t lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

12.DUSTA

Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai denagn keadaan yang sebenarnya.Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya,bahkan dikutuk oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh manusia.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡڪَـٰذِبُونَ (١٠٥)

Ertinya:
"Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang pendusta."
(An-Nahl:105)

Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya."
(HR.Abu Ya'la)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan."
(HR.Muttafaq 'Alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik."
(HR.Ibnu 'Adi)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Tanda orang munafik itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat."
(HR.Muttafaq Alaih)

Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah s.w.t dan tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٌ۬ كَذَّابٌ۬ (٢٨)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta."
(Al-Mukmin/Ghafir:28)

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar."
(Az-zumar:3)

13 MUNGKIR JANJI

Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu."
(Al-Maidah:1)

Firman Allah s.w.t:
وَأَوۡفُواْ بِٱلۡعَهۡدِ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَهۡدَ كَانَ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٤)

Ertinya:
"Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."
(Al-Isra':34)

Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak,amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan.Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
""Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini,maka ia termasuk orang munafik yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya,maka bererti ia terjangkit sifat kemunafikan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut,apabila ia berbicara ia berdusta,apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri."
(HR.Bukhari dan Muslim)

14. BAKHIL

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafik.Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain.Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain.

Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat,enggan membayar akat.Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam.

Firman Allah s.w.t:
وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۖ بَلۡ هُوَ شَرٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ

Ertinya:
"Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah s.w.t kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka.Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka,harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat."
(Ali Imran:180)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah terhadap kezaliman,sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat.Takutlah terhadap bakhil,sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu,ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka."
(HR.Muslim dari Jabir r.a)

Ertinya:
"Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti."
(HR.Ahmad)

islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup.malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٩)

Ertinya:
"barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil,maka itulah orang yang berjaya."
(Al-Hasyr:9)
bersambung..

Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #2 06 January, 2011, 10:21:00 AM

Publish

15.FITNAH

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain.Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati,kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor.Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافٍ۬ مَّهِينٍ (١٠) هَمَّازٍ۬ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٍ۬ (١١) مَّنَّاعٍ۬ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ (١٢)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah,banyak menghalang berbuat baik,melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam:10-12)

Firman Allah s.w.t:
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)

Ertinya:
"Dalam hati mereka ada penyakit,lalu,Allah s.w.t tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Al-Baqarah:10)

Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah s.w.t:
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ

Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan."
(Al-Baqarah:191)

Firman Allah s.w.t:
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۗ

Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar(dosanya)daripada membunuh."
(Al-Baqarah:217)

Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah s.w.t.Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah s.w.t didunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡغَـٰفِلَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ لُعِنُواْ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٢٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh(memfitnah)wanita-wanita yang baik lagi beriman,berzina,mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar."
(An-Nur:23)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Seburuk-buruk hamba Allah s.w.t iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik."
(HR.Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Oleh kerana itu ,bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan.Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita(fitnah),maka perhatikanlah dengan teliti(kebenarannya)."
(Al-Hujurat:6)
tak sempat la...ok wassalam..bersambung..

Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #3 07 January, 2011, 12:01:41 AM

Publish

16.MENCACI MAKI

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya,maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya.Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berlaku jahat sesama muslim.

Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti(."
(HR.Muslim)


17.MENGUMPAT

Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan,kelemahan peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya.Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau keburukan peribadi orang lain.

Dalam islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang tercela dan menjadi amalan orang yang tidak beriman dan munafik.Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan buruk sangka(sesama muslim)kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat yang lain."
(Al-Hujurat:12)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Ghaibah ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya."
(HR.Muslim)

Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan daging bangkai saudaranya sendiri.Perbuatan mengumpat boleh menyinggung perasaan,hati dan kehormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya(tidak boleh membunuh),hartanya(tidak boleh dirampas)dan kehormatan(tidak boleh mengumpat)."
(HR.Muslim dan At-Tirmizi)


Firman Allah s.w.t
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ (١)

Ertinya:
"Celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela."
(Al-Humazah:1)


18.MENGUNGKIT KEMBALI PEMBERIAN KEPADA SESEORANG DAN MENYAKITI HATINYA

Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain.Perbuatan ini dicela dalam Islam dan termasuk perbuatan orang munafik.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Ertinya:
"Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghilangkan(pahala)sedekahmu dengan menyebutnyebutnya dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat."
(Al-Baqarah:264)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Ada tiga golongan pada hari kiamat di mana Allah s.w.t tidak berbicara,tidak melihat dan tidak pula menyucikan mereka bahkan bagi mereka seksa yang pedih,iaitu orang yang melabuhkan sarungnya hingga ke tapak kaki,orang yang mengungkit-ngungkit(pemberian)dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu."
(HR.Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Ada tiga golongan yang tidak masuk syurga,iaitu orang yang berani(derhaka)kepada orang tuanya,peminum arak dan orang yang mengungkit-ngungkit(pemberian)."
(HR.Nasa'i)

19.MENGINGKARI TAKDIR ALLAH S.W.T

Takdir Allah s.w.t merupakan suatu ketetapan-Nya ke atas setiap makhluk dengan kadar atas tertentu.Justeru itu,takdir yang ditentukan Allah s.w.t sama ada baik,buruk,bahagia atau derita adalah suatu ketentuan Allah s.w.t yang mutlak ke atas setiap makhluk-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang atau mengubahnya.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ بِقَدَرٍ۬ (٤٩)

Ertinya:
"Sesungguhnya Kami menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kadar(takdir yang ditentukan)."
(Al-Qamar:49)

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t menyampaikan(melangsungkan)urusan-Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t mengadakan qadar(peraturan tertentu)bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq:3)

Firman Allah s.w.t:
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠)

Ertinya:
"Kamu tiada mengkehendaki(sesuatu)melainkan jika Allah s.w.t mengkehendaki-Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Al-Ihsan:30)

Sesungguhnya orang yang menolak,membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan takdir Allah s.w.t,maka tergolong orang kufur dan rosak iman serta menjadi munafik yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan.Dan sesungguhnya apabila Allah s.w.t mengasihi suatu kaum,dicubanya kaum itu(dengan suatu cubaan).Siapa yang redha terhadapnya,ia akan mendapat redha Allah s.w.t dan siapa yang marah,ia akan mendapat murka Allah s.w.t."
(HR.At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Siapa tidak redha akan qada'-Ku dan qadar-Ku,baiklah ia mencari Tuhan selain Aku."
(HR.Tabrani)

20. MEMPERSENDA KESUCIAN AGAMA

Perbuatan mempersendakan atau mempermainkan kesucian dan kebenaran agama adalah amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan oleh Allah s.w.t.Perbuatan demikian termasuk ciri-ciri orang munafik yang sentiasa menghina atau memperkecilkan kebenaran ajaran agama islam.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧)

Ertinya:
"Hai orang-orang beriman,janganlah kamu angkat jadi pemimpin orang-orang yang mengambil agamamu,memperolok dan mempermainkan,diantara ahli kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir.Takutlah kepada Allah s.w.t jika kamu orang beriman."
(Al-Maidah:57)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا نَادَيۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ ٱتَّخَذُوهَا هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا‌ۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٌ۬ لَّا يَعۡقِلُونَ (٥٨)

Ertinya:
"Apabila kamu menyeru mereka bersolat,mereka jadikan solat itu olok-olok dan permainan.Demikian itu kerana mereka kaum yang tidak berfikir."
(Al-Maidah:58)

Firman Allah s.w.t:
فَقَدۡ كَذَّبُواْ بِٱلۡحَقِّ لَمَّا جَآءَهُمۡ‌ۖ فَسَوۡفَ يَأۡتِيہِمۡ أَنۢبَـٰٓؤُاْ مَا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَہۡزِءُونَ (٥)

Ertinya:
"Sesungguhnya mereka mendustai kebenaran tatkala datang kepada mereka.Nanti akan datang kepada mereka berita apa yang mereka perolokkan."
(Al-An'am)

Firman Allah s.w.t:
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ‌ۗ إِنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢١)

Ertinya:
"Siapakah lebih zalim dari orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah s.w.t atau orang yang mendustai ayat-Nya?Sesungguhnya tiadalah menang orang-orang yang zalim."
(Al-An'am:21)

Firman Allah s.w.t:
قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُمۡ سُنَنٌ۬ فَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ (١٣٧)

Ertinya:
"Sesungguhnya telah lalu beberapa peraturan sebelum kamu.Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang mendustai(agama)."
(Ali-Imran:137)

Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #4 07 January, 2011, 11:48:46 PM

Publish

21. ENGGAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH S.W.T
Jihad adalah suatu tuntutan agama yang disyariatkan untuk menghapuskan segala bentuk kebatilan,kezaliman dan kefasikan di muka bumi.Oleh itu orang yang enggan berjihad dan menghalang umat islam daripada berjuang di jalan Allah s.w.t adalah termasuk orang-orang munafik dan
dimurkai Allah s.w.t

فَرِحَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ بِمَقۡعَدِهِمۡ خِلَـٰفَ رَسُولِ ٱللَّهِ وَكَرِهُوٓاْ أَن يُجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَقَالُواْ لَا تَنفِرُواْ فِى ٱلۡحَرِّ‌ۗ قُلۡ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّ۬ا‌ۚ لَّوۡ كَانُواْ يَفۡقَهُونَ (٨١)

Ertinya:
"Telah gembira orang-orang yang tinggal di tempat duduknya,sepeninggalan Rasul Allah dan mereka benci berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah s.w.t dan mereka berkata:'Janganlah kamu keluar berjuang waktu panas,'Katakanlah:'Api neraka jahannam lebih panas daripada itu jika mereka mengerti.""
(At-Taubah:81)

Firman Allah s.w.t:
يَعۡتَذِرُونَ إِلَيۡكُمۡ إِذَا رَجَعۡتُمۡ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ قُل لَّا تَعۡتَذِرُواْ لَن نُّؤۡمِنَ لَڪُمۡ قَدۡ نَبَّأَنَا ٱللَّهُ مِنۡ أَخۡبَارِڪُمۡ‌ۚ

Ertinya:
"mereka meminta uzur kepadamu apabila kamu kembali kepada mereka(dari medan perang).Katakanlah."'Jangan kamu minta uzur,kami sekali-kali tidak percaya kepadamu.Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberitahu kami tentang perkhabaranmu."
(At-Taubah:94)

Firman Allah s.w.t:
لَّا يَسۡتَوِى ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ غَيۡرُ أُوْلِى ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ‌ۚ

Ertinya:
"Tiadalah sama orang yang duduk di antara orang-orang mukmin dengan orang-orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t dnegan harta dan jiwanya,kecuali orang yang ditimpa kemelaratan."
(An-Nisa':95)

22. MENGHINA SAHABAT RASULULLAH S.A.W
Sahabat Rasulullah s.a.w adalah orang yang masuk Islam dan beriman dengan Baginda s.a.w semasa hayatnya.Para sahabt Rasulullah s.a.w adalah yang mewarisi dan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan sunnahnya dalam segala aspek kehidupannya.

Adapun orang-orang Islam sama ada secara sedar atau tidak,menghina atau mencerca perilaku sikap dan perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w adalah dianggap melanggar larangan baginda s.a.w.berdosa besar dan termasuk golongan orang-orang munafik.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Allah Tassla berfirman:'barangsiapa yang memusuhi kekasih-Ku,maka sesungguhnya Aku mengizinka berperang dengannya."'
(HR.Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Janganlah kamu menghina sahabtku demi Zat yang diriku dalam kekuasaan-Nya,jika salah seorang daripada kamu berinfaq(sedekah)sebesar gunung uhud berupa emas ,belum dapat mengimbangi satu genggam atau setengahnya dari kebaikan mereka."
(HR.Bukhari dan Muslim)

Ertinya:
"Allah s.w.t,takutlah kepada Allah s,wt. dalam urusan sahabatku.Janganlah kamu jadikan mereka sasaran makian sesudahku.Barangsiapa mencintai mereka,maka cintaku aku mencintai mereka.Barangsiapa membenci mereka ,maka dengan benciku aku membenci mereka(yang mencerca).Barangsiapa menyakiti mereka bererti menyakiti aku dan barangsiapa menyakiti aku,maka bererti ia telah menyakiti Allah s.w.t.Dan barangsiapa menyakiti Allah s.w.t,maka ia hampir akan mendapat seksa-Nya."
(HR.At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafah Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku.Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jauhilah,olehmu terhadap perkara-perkara yang baru(bid'ah)."
(HR.At-Tirmizi)

« Last Edit: 07 January, 2011, 11:50:24 PM by azrinkun »
Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #5 09 January, 2011, 01:19:27 AM

Publish

23. MENYEMBUNYIKAN PERSAKSIAN PADA JALAN YANG BENAR

Allah s.w.t berfirman:
وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَۚ وَمَن يَڪۡتُمۡهَا فَإِنَّهُ ۥۤ ءَاثِمٌ۬ قَلۡبُهُ ۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ۬ (٢٨٣)

Ertinya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.Dan barangsiapa menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.Dan Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah:283)
Sebagai orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah s.w.t.


Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Tidaklah tergelincir dua telapak orang yang menjadi saksi dusta sehingga Allah s.w.t menetapkan kepadanya di neraka.”
(HR.Ibnu Majah dan Hakim)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa menyembunyikan persaksian ketika dia diundang kepadanya maka adalah ia seperti orang yang menyaksikan dusta.”
(HR.Tabrani)


24,MENANGGUH PEMBAYARAN HUTANG.
Seseorang yang berhutang adalah wajib membayar mengikut hukum islam.Oleh,itu orang yang mempunyai harta atau mampu membayar hutangnya tetapi sengaja melambat-lambatkannya atau tidak amhu membayarnya,maka perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan dibenci dalam islam.

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ
Ertinya:
“Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah.”
(Al-Baqarah:188)


Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa mengambil harta orang yang ia bermaksud merosakkannya(tidak mahu membayarnya),nescaya ALLAH S.W.T akan merosakkannya.”
(HR.Bukhari)


25.MENIPU DALAM JUALBELI
Perbuatan menipu dalam urusan jualbeli adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barangan yang tidak mencukupi kadarnya atau menjual barangan yang rosak atau cacat yang akhirnya manimbulkan tidak puas hati atau mengecewakan pembeli.Perbuatan ini adalah haram dalam islam dan akan mendapat laknat Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
وَيۡلٌ۬ لِّلۡمُطَفِّفِينَ (١) ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ (٢) وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ (٣)
Ertinya:
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang(dalam timbangan dan sukatan),iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain,mereka kurangkan.”
(Al-Mutaffifin:1-3)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa menipuku(dalam jualbeli),maka tidaklah ia termasuk golonganku.”
(HR.Al-Bazzar)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa menjual barang yang cacat dimana is tidak menerangkannya,maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan Allah s.w.t dan malaikat sentiasa melaknatnya.”
(HR.Ibnu Majah)


26.GHASAB(MENGAMBIL TANAH ORANG LAIN TANPA HAK)
Ghasab adalah menguasai atau mengambil harta orang lain(tanah)orang lain dengan jalan aniaya.iaitu jalan yang tidak diredhai agama.Perbuatan mengambil tanah orang lain atau ghasab walaupun sejengkal adalah termasuk dosa besar dan munafik.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa mengambil sejengkal tanah(bumi)dengan tanpa hak nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi.”
(HR.Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa mengambil tanah orang lain secara zalim,nescaya ia akan bertemu dengan Allah s.w.t dan dia sangat murka kepadanya.”
(HR)Tabrani)


27.BERGAUL DENGAN ORANG YANG MEMPEROLOK AL-QURAN.
Umat islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang ingkar terhadap perintah llah s.w.t dan Rasul-Nya,iaitu tidak mendekati atau bergaul dengan mereka sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah dan akhlak.

Musuh-musuh Islam,terutama orang-orang kafir dan munafik sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan peradaban umat Islam dalam segala bidang.Justeru itu,kaum muslimin hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan mereka agar tidak terpengaruh dengan mereka.

Firman Allah s.w.t:
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤ‌ۚ

Ertinya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan kepadamu(perintah-Nya)dalam kitab(Al-Quran).iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah s.w.t diingkari dan diejek(oleh kaum kafir dan munafik),maka janganlah kamu duduk(bergaul)dengan mereka sehingga mereka memasuki kepada mempersoalkan yang lain,kerana sesungguhnya(jika kamu ikut),tentulah kamu sama dengan mereka.”
(An-Nisa:140)



Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #6 09 January, 2011, 11:18:44 AM

Publish

28.MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
Dalam islam anak yatim bermaksud anak yang ditinggal mati oleh ayahnya semasa dia masih kecil atau belum dewasa.Orang yang bertanggungjawab atau ahli waris yang beramanah menjaga dan memelihara anak yatim,jika memakan harta anak yatim dengan cara yang zalim adalah berdosa besar dan tergolong orang munafik.


Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ أَمۡوَٲلَ ٱلۡيَتَـٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡڪُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ نَارً۬ا‌ۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرً۬ا (١٠)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala." (10) (An-Nisa':10)

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوهَآ إِسۡرَافً۬ا وَبِدَارًا أَن يَكۡبَرُواْ‌ۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّ۬ا فَلۡيَسۡتَعۡفِفۡ‌ۖ

Ertinya:
"Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas berpatutan dan(janganlah kamu)tergesa-gesa(membelanjakannya)sebelum mereka dewasa.Barangsiapa(di antara penjaga)mampu,maka hendaklah dia menahan diri(daripada makan harta anak yatim)."
(An-Nisa':6)
Para ulama berkata:'
Bagi setiap wali atau penjaga anak yatim,jika dia berada dalam keadaan miskin,dibolehkan baginya memakan sebahagian harta anak yatim dengan cara yang baik menurut sekadar keperluannya sahaja,tidak boleh berlebihan dan jika berlebihan,maka dia menjadi haram.


29.MEMBUKA RAHSIA ORANG LAIN.
Setiap manusia tentu memiliki rahsia tersendiri.Dalam,Islam,jika seseorang mengetahui keburukan orang lian kemudian diceritakan dikhalayak ramai,maka perbuatan ini adalah berdosa besar dan ciri-ciri orang munafik.


Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (١٩)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar(berita)perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(An-Nur:19)
Islam menyuruh umatnya agar menutup dan menjaga rahsia sesama orang islam yang dikenali.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barangsiapa yang dapat menutup rahsia sesama muslim,maka Allah s.w.t akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."
(HR.Muslim)



30.BERASA AMAN DARIPADA MURKA ALLAH S.W.T APABILA MELAKUKAN DOSA
Apabila seseorang melakukan sesuatu dosa kemudian dia berasa selamat daripada murka dan seksaan Allah s.w.t,maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.Allah s.w.t akan membalas perbuatan dosa dengan hukuman seksa di hari kiamat nanti.


Firman Allah s.w.t:
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٲبَ ڪُلِّ شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةً۬ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ (٤٤)

Ertinya:
"Maka ketika mereka lupa peringatan yang telah diberikan kepada mereka,Kami membuka semua pintu kesenangan untuk mereka,sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka,Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong maka ketika itu mereka diam berputus asa."
(Al-An'am:44)

31.MEMANGGIL ORANG DENGAN GELARAN BURUK YANG TIDAK DISUKAI.
Memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik di kalangan orang ramai.Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.


Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujurat:11)


32.MENGHALANG ORANG DARIPADA MENGAMALKAN AJARAN ISLAM.
Orang yang menghalang umat islam daripada mengamalkan ajaran islam adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dibenci dalam islam.Islam menggalakkan umatnya agar sama-sama saling mengingati dengan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.


Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ تَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَأَنتُمۡ شُهَدَآءُ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ (٩٩)

Ertinya:
"Katakanlah hai ahli kitab mengapa kamu menghalang-halang dari jalan Allah s.w.t orang-orang yang telah beriman,kamu mengkehendakinya menjadi bengkok padahal kamu menyaksikan?Allah s.w.t sekali-kali tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Ali Imran:99)

33.SUKA KEPADA KESESATAN DAN MENYESATKAN ORANG.
Islam menghendaki umatnya agar mengamalkan hidup pada jalan yang benar dalam segala aspek sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan sunnah.Di samping itu Islam melarang umatnya,terutama golongan yang berilmu agar tidak menyalahgunakan ilmu yang baik untuk menipu dan menyesatkan orang lain untuk tujuan dan kepentingan tertentu yang bertentangan dengan suariat islam.

Setiap muslim bertanggungjawab membebaskan diri daripada melakukan yang benar dan baik,agar tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik yang suka menyesatkan orang.


Firman Allah s.w.t:
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ يَشۡتَرُونَ ٱلضَّلَـٰلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ (٤٤)

Ertinya:
"Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari al-Kitab(Taurat)?Mereka membeli(memilih)kesesatan dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat dari jalan(yang benar)."
(An-Nisa':44)

34.BERMUKA DUA.
Sikap bermuka dua adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafik kerana mereka apabila diajak untuk mengikut jalan Allah s.w.t dengan sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu,tetapi jika diajak pada jalan yang dilarang Allah s.w.t,mereka cepat menanggapinya dan senang hati mengikutnya,bahkan menjadi pelopornya.


Firman Allah s.w.t :
وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ (١٤)

Ertinya:
"Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang beriman mereka mengatakan."Kami telah beriman.'Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,mereka mengatakan:'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu,kami hanya mempermainkan mereka."
(Al-Baqarah:14)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kamu akan menjumpai di antara hamba-hamba Allah s.w.t pada hari kiamat kelak,orang yang bermuka dua yang mendatangi mereka ini suatu pembicaraan dan mereka ini dengan suatu pembicaraan(lain)."
(HR.Bukhari dan Muslim)



35.MENYANJUNG DAN MEMUJI ORANG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA
Sanjungan dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan perkataannya.Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam.Namun demikian,sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang-orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik kerana boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.


Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)


36.SOMBONG DI ANTARA SESAMA MANUSIA
Sombong adalah perilaku yang menolak kebenaran dan eremehkan orang lain dengan anggapan kelebihan dan kehebatan tidak dapat ditandingi.Biasanya sifat sombong ini disebabkan oelh ilmu,ibadah dan keturunan dan kecantikan yang dimiliki oleh seseorang yang mudah dipengaruhi nafsu.

Bersikap sombong terhadap sesama muslim atau manusia seluruhnya adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan daripada orang lain serta amat dibenci oleh Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri."
(An-Nisa':36)

Bersikap sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik dan termasuk kufur terhadap nikmat Allah s.w.t . Oleh itu,Allah s.w.t memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam pergaulan dengan sesama manusia.

Firman Allah s.w.t:
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ (٢٣)

Ertinya:
"Tidak dirahui lagi bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong."
(An-Nahl:23)

Firman Allah s.w.t:
وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌ‌ۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ (٦٠)

Ertinya:
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah s.w.t,mukanya menjadi hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang menyombong diri."
(Az-Zumar:60)

Firman Allah s.w.t:
فَٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۖ فَلَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَكَبِّرِينَ (٢٩)

Ertinya:
"Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya.Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu."
(An-Nahl:29)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Daripada Nabi s.a.w baginda s.a.w bersabda."Tidak akan masuk syurga seseorang yang mempunyai sifat sombong(dihati)walaupun hanya sebesar zarah."
(HR.Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Dan Allah s.w.t berfirman:'Kemegahan itu sarung-Ku dan kesombongan itu adalah selendang-Ku.Barangsiapa yang memiliki(slah satu)daripada kedua-duanya,nescaya Aku akan campakkan dia ke dalam neraka."
(HR.Muslim)

Dalam Hadith Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tiada seorangpun berjalan dengan sombong dan menyombongkan dirinya,melainkan dia akan bertemu dengan llah s.w.t dengan mendapat kemurkaan0Nya."
(HR.Tabari)


Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #7 11 January, 2011, 10:56:38 PM

Publish

37. SUKA BERBANTAH DAN BERTENGKAR SESAMA MUSLIM.

Perbuatan suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam perkara kecil dan remeh adalah dilarang dalam islam kerana akan menimbulkan renggang dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan mengurangkan kesempurnaan iman seseorang serta tergolong ciri-ciri munafik.

Firman Allah s.w.t:
لَّا خَيۡرَ فِى ڪَثِيرٍ۬ مِّن نَّجۡوَٮٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَـٰحِۭ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا (١١٤)

Ertinya:

"Tidak ada kebaikan perkataan mereka,kecuali kata-kata orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak berbuat baik atau mendamaikan orang yang berselisih."
(An-Nisa':114)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:

"Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah walaupun dia di pihak yang benar."
(HR.Ibnu Abid Danya)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tinggalkan berbantah-bantah kerana sesungguhnya berbantahan itu tidak diketahui hikmahnya dan tidak diamankan daripada fitnah."
(HR.Tabrani)


Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #8 12 January, 2011, 09:22:27 AM

Publish

38. MELAMPAUI BATAS YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH S.W.T
Perbuatan melampaui batas yang digariskan oleh Allah s.w.t bererti menurut kehendak hawa nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.


Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِى دِينِڪُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ (٧٧)

Ertinya:
"Katakanlah hai ahli kitab,janganlah kamu melampaui batas selain kebenaran dalam agamamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu daripada suatu kaum sebelummu yang telah sesat dan menyesatkan ramai manusia dan mereka juga telah tersesat dari jalan yang bear."
(Al-Maidah:77)
Orang-orang yang hidup berlandaskan semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dalam menikmati segala kurnia dan nikmah Allah s.w.t.,akan sentiasa berada jauh dari jalan kebenaran.Mereka sanggup mengubah segala ketentuan Allah s.w.t seperti menghalalkan yang haram,mengubah ayat-ayat Allah s.w.t dan sebagainya sehingga Allah s.w.t mengunci hati mereka,lalu mereka tidak dapat membezakan batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.


Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحَرِّمُواْ طَيِّبَـٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٨٧)

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang baik yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu melampaui batas."
(Al-Maidah:87)


Firman ALLAH S.W.T:
كَذَٲلِكَ نَطۡبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٧٤)

Ertinya:
"Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas."
(Yunus:74)
[/color]

Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #9 13 January, 2011, 11:51:47 PM

Publish

39.BERPUTUS ASA DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP.

Orang yang berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup adalah mereka yang tidak bersabar terhadap sesuatu yang ditakdirkan Allah s.w.t dalam usaha memperolehi rahmat Allah s.w.t.Sikap berputus asa dalam menghadapi realiti hidup berpunca daripada kelemahannya iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t,sedangkan disebalik kegagalan itu ada tersirat sesuatu rahmat dan hikmah yang besar yang akan diberikan Allah s.w.t.

Dalam islam,orang-orang yang berputus asa dalam menangani kesusahan hidup adalah tergolong orang orang yang sesat dan munafik kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t yang boleh mengatasi segala sesuatu.

Firman Allah s.w.t:
قَالُواْ بَشَّرۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡقَـٰنِطِينَ (٥٥)

Ertinya:
"Sahut mereka:"Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."
(Al-Hijr:55)

Allah s.w.t berfirman:
قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ (٥٦)

Ertinya:
"Ibrahim berkata:"Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya,kecuali orang-orang yang sesat."
(Al-Hijr:56)

Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ

Ertinya:
"Katakanlah:"Hai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t."
(Az-Zumar:53)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذَآ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةً۬ فَرِحُواْ بِہَا‌ۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيہِمۡ إِذَا هُمۡ يَقۡنَطُونَ (٣٦)

Ertinya:
"Dan apabila Kami merasakan suatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dnegan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah(bahaya)disebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri,tiba-tiba mereka berputus asa."
(Ar-Rum:36)

Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #10 14 January, 2011, 10:34:46 AM

Publish

40. MEMBAZIR DALAM MEMANFAATKAN NIKMAT ALLAH S.W.T

Islam menyuruh umatnya hidup serba sederhana dalam segala aspek dan melarang membazir dalam menikmati segala kurniaan Allah s.w.t.Segala harta yang dimiliki tidak boleh dibelanjakan pada jalan yang bertentangan dengan syariat islam.

Firman Allah s.w.t:
وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُ ۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا (٢٦)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu membazirkan hartamu secara boros."
(Al-Isra':26)

Orang-orang yang boros dalam membelanjakan harta dengan sia-sia adalah tergolong orang-orang munafik dan golongan syaitan.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya."
(Al-Isra':26)



41. KELUH KESAH APABILA DITIMPA MUSIBAH.

Setiap orang tidak terlepas daripada mengalami musibah yang ditakdirkan Allah s.w.t yang hanya untuk menguji keimanan kepada Allah s.w.t.Oleh itu setiap muslim yang beriman kepada Allah s.w.t,tidak seharusnya merasakan keluh kesah apabila mendapat sesuatu musibah atau bahaya yang ditentukan oleh Allah s.w.t kerana itu tergolong orang-orang munafik yang tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعً۬ا (٢٠) وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا (٢١) إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ (٢٢)

Ertinya:
"Apabila ia ditimpa kesusahan,ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,kecuali orang yang mengerjakan solat."
(Al-Ma'rij:20-22)



42. MENGKHIANAT SESUATU AMANAH.

Mengkhianat sesuatu amanah adalah seseorang yang mendapat kepercayaan daripada orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanah yang dipercayakan kepadanya.Dalam islam amanah wajib dijaga dan dipelihara agar tidak menghilangkan kepercayaan dan kejujuran.

Perbuatan mengkhianati sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang-orang yang akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٧)

Ertinya:
"Hai orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah s.w.t dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui."
(An-Anfal:27)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Belum beriman bagi orang tidak amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
(HR Ahmad,Bazzar dan Tabrani)

Ada ulama yang mengatakan apabila ada seseorang yang tekun mengerjakan solat,puasa,mengerjakan haji dan banyak mengerjakan amal soleh,tetapi tidak beramanah terhadap sesuatu,maka menjadi sia-sialah amal mereka dan tiada memperolehi petunjuk dan dimurkai Allah s.w.t.



43. MEMUTUSKAN SILATURRAHIM.

Mencadangkan dan mengekalkan hubungan silaturrahim adalah dituntut dalam islam.Oleh itu,seseorang yang memutuskan tali silaturrahim akan menyebabkan terputusnya hubungan kekeluargaan sahabat handai dan sesama muslim bahkan termasuk ciri-ciri orang manafik.

Firman Allah s.w.t:
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)

Ertinya:
"Dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t yang dengan nama-NYA kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.'
(An-Nisa':1)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."
(HR.Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barang siapa yang suka rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan,maka hendaklah ia menyambung silaturrahim."
(HR.Muslim)



« Last Edit: 14 January, 2011, 11:04:58 AM by azrinkun »
Logged


azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #11 14 January, 2011, 12:32:00 PM

Publish

44. MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN MUSLIMIN.

Islam meyuruh umatnya agar hidup bersatupadu dalam kesatuan aqidah dan iman.Justeru itu,perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian natara sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana akan menyebabkan pengabaian terhadap amanah Allah s.w.t sebagai khalifah dalam mentadbir kehidupan ummah,sikap demikian boleh membawa kepada kejatuhan dan kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا

Ertinya:
"Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali(agama)Allah s.w.t dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t ke atas kamu ketika kamu telah bermusuhan,lalu disatukan hatimu sehingga kamu menjadi saudara dengan nikmatnya."
(Ali Imran:103)

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِ‌ۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ إِلَيۡهِ‌ۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِىٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِىٓ إِلَيۡهِ مَن يُنِيبُ (١٣)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu berpecah belah dalam agama.Berat bagi orang-orang musyrik(menerima)apa yang kamu sarakan kepada mereka(mengesakan Allah s.w.t),Allah s.w.t memilih kepadanya siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuk siapa yang kembali kepada-NYA."
(Asy-Syura:13)

Orang yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam adalah tergolong orang munafik yang sentiasa memusuhi islam secara myata dan mereka patut diperangi.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barangsiapa diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan keadaanmu bersatu yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan persatuanmu,maka bunuhlah dia."
(HR.Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya bakal terjadi berbagai fitnah dan perkara-perkara baru.Barangsiapa memecahbelahkan urusan umat yang sudah bersatu ini,maka pukullah ia ddengan pedang,siapapun dia orangnya."
(HR.Muslim)


45. MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM.

Dalam syariat Islam segala sesuatu yang halal atau haram adalah jelas sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah.Justeru itu,umat Islam tidak boleh atau dilarang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA.Perbuatan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah berdosa besar hukumnya dan tergolong amalan orang munafik.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ (١)

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mendahului(dengan perbuatan atau perkataan)sebelum Allah s.w.t dan Rasul-NYA dan takutlah kepada Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui."
(Hujurat:1)

Firman Allah s.w.t:
تَعۡتَدُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٨٧)

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan(makanan) yang baik-baik yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu melampaui batas.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang yang melanggar batas."
(Al-Maidah:87)

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُڪُمُ ٱلۡكَذِبَ هَـٰذَا حَلَـٰلٌ۬ وَهَـٰذَا حَرَامٌ۬ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ (١١٦)

Ertinya:
"Janganlah kamu berkata dusta menurut yang diterangkan oleh lidahmu sendiri.Ini halal dan ini haram,supaya kamu mengadakan dusta terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya orang yang mengadakan dusta terhadap Allah s.w.t tiada perolehi kemenangan."
(An-Nahl:116)

Logged




azrinkun


-keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-



Reply #12 14 January, 2011, 09:21:31 PM

Publish

46. MEMBUAT KEROSAKAN DIMUKA BUMI.
Islam menyuruh umatnya menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera berlandaskan iman dan takwa.Setiap muslim wajib menjauhi dan meninggalkan segala bentuk perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri,masyarakat,agama dan negara.Oleh itu,seseorang yang melakukan kerosakan di muka bumi ini seperti maksiar dan segala bentuk dosa besar adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dimurkai Allah s.w.t dan akan mendapat balasan azab dari-Nya di hari akhirat.


Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ (١١) أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ (١٢)

Ertinya:
"Apabila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi'.maka jawab mereka:'Hanya kami berbuat kebaikan.Ingatlah sesungguhnya mereka itu berbuat bencana,tetapi mereka tiada sedar."
(Al-Baqarah:11-12)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ (٢٠٥)

Ertinya:
"Apabila ia berpaling,ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan tanaman dan anak-anak.Dan Allah s.w.t tiada mengasihi kebinasaan itu."
(Al-Baqarah:205)

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang-orang yang berbuat bencana itu.'
(Al-Qasas:77)


47. MENUDUH ORANG BERIMAN BODOH.
Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan yang memudaratkan.Justeru itu,mereka mudah menuduh orang beriman bodoh atau kurang ilmu pengetahuan dalam menangani urusan kehidupan.


Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ‌ۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ (١٣)

Ertinya:
"Apabila dikatakan mereka:'Berimanlah kamu sebagaimana manusia beriman',Mereka berkata:'Apakah kami beriman sebagaimana orang-orang bodoh yang telah beriman.Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh,tetapi mereka tidak mengetahui.""
(Al-Baqarah:13)
Berdasarkan ayat diatas,jelas orang-orang yang munafik adalah golongan yang bodoh kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan serta tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.



48. MENGUBAH DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH S.W.T

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia adalah suci,mengandungi kebenaran yang hak,sentiasa sesuai sepanjang zaman dan terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau merosakkannya.

Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan luas,cuba mengubah dan mentafsirkan kebenaran Al-Quran mengikut kehendak sendiri atau kerana didorong oleh kepentingan tertentu,maka mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik yang sentiasa hendak menghancurkan umat islam,Al-Quran dan sunnah.

Firman Allah s.w.t:
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦ‌ۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١)

Ertinya:
"Dan berimanlah kamu kepada(Kitab) yang aku turunkan yang membenarkan(kitab)yang ada serta kamu dan janganlah orang yang mula-mula kafir(ingkar)dengan dia dan janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan wang yang sedikit takutlah kepada-Ku."
(Al-Baqarah:41)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja,maka tempatnya dalam neraka."
(HR.At-Tarmizi)


49. BERSUMPAH DENGAN SELAIN NAMA ALLAH S.W.T

Bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t pada perkara batil dan maksiar adalah dilarang keras dalam islam.Oleh itu,umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu sumpah agar tidak berlawanan dengan prinsip ajaran Al-Quran dan sunnah serta tidak mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t

Perbuatan bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t pada perkara dusta dan sebagainya adalah amalan orang-orang munafik mengakui kebenaran sesuatu kedakwaannya.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَيۡمَـٰنِہِمۡ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيۡہِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٧٧)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang yang menukar janji Allah s.w.t dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit.Mereka itu tidak mendapat kebahagian(pahala)di akhirat dan Allah tidak akan berbicara dengan mereka dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka.Bagi mereka azab yang pedih."
(Ali Imran:77)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"janganlah sekali-kali kamu bersumpah dengan nama taghut dan kepada nama-nama ayahmu."
(HR.Muslim)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Daripada Ibnu Umar r.a bahawa ia mendengar seorang lelaki berkata:'Demi kaabah,lalu dia(Ibnu Umar)berkata:Janganlah kamu bersumpah dengan selain Allah s.w.t,sebab saya mendengar Rasulullah s.a.w berkata:'Barangsiapa bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t,maka sungguh dia telah kafir dan syirik."
(HR.At-Tirmizi)

50. BERASA GEMBIRA APABILA MUSIBAH MENIMPA ORANG BERIMAN.

orang munafik mempunyai prasangka yang buruk terhadap kaum muslimin.Oleh itu,apabila mereka mendengar kaum muslimin mendapat sesuatu musibah mereka cuba menyebarluaskan berita dukacita itu kepada masyarakat sambil memperlihatkan simpati dan kesedihannya.Tetapi pada nasib malang yang dialami oleh kaum muslimin.

Firman Allah s.w.t:
إِن تُصِبۡكَ حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡ‌ۖ وَإِن تُصِبۡكَ مُصِيبَةٌ۬ يَقُولُواْ قَدۡ أَخَذۡنَآ أَمۡرَنَا مِن قَبۡلُ وَيَتَوَلَّواْ وَّهُمۡ فَرِحُونَ (٥٠)

Ertinya:
"Jika kamu mendapat kebajikan,nescaya menyakitkan hati mereka,tetapi jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan sukacita."
(At-Taubah:50)


Orang munafik tidak akan senang,tetapi jika kamu
tetapi jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan Sukacita(bergembira)."

Orang munafik tidak akan senang apabila umat Islam mencapai kejayaan atau kenikmatan.




Demikianlah secara ringkas pembahasan tanda-tanda orang munafik berdasarkan keterangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w .Semoga ianya dapat dijadikan introspeksi diri setiap muslim dalam menuju wawasan gidup berlandaskan aqidah yang murni dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Rujukan
1.Al-Quran Al-Karim
2.At-Targhib T-Tarhib,Imam Al-Munziri
3.Al-Kabir,Imam Syamsuddin Az-Zahabi
4.Ih ya ulumiddin,IMam Al-Ghazali
5.Jamius Sahih,Imam Bukhari dan Imam Muslim
6.Sahih Muslim,Imam Muslim
7.Tafsir Al-Quran Karim,Prof.Dr.Mahmud Yunus.

wassalam..semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej