Nik Abdul Aziz bertanyakan solat Jumaat
25 Januari 2015 1:57 AM
25 Januari 2015 1:57 AM
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertanyakan mengenai solat Jumaat walaupun menjalani rawatan di di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Nik Mohamad Abduh
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, pendidikan agama tetap menjadi keutamaan ayah walaupun usia sudah tua dan mengalami keuzuran.

“Ayahanda teringat solat Jumaat. Saya teringat masa kecil-kecil dulu, kami anak-anak ‘dipaksa’ oleh ayahanda bersamanya ke masjid lebih awal. Awal sangat. Kadang-kadang, jam 12 tengah hari kami dah terpacak di masjid. Tok imam, tok bilal, tok siak dan ahli kariah tak nampak batang hidung lagi.
“Bukan main seksanya kami, terhanggguk-hangguk menanti tok bilal azan, tersengguk-sengguk menanti tok imam kampung menghabis khutbah dan bergeliat menanti ‘tamatnya’ paksaan beragama masa kecil. Ayahanda di hadapan tuhannya, solat, baca al-Quran, sujud dan paling saya tak faham diam, diam dan diam sehinggalah azan berkumandang.
“Begitu ayahanda mendidik kami. Dan hinggalah saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya semalam.

Nik Abdul Aziz yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan telah dimasukkan ke ICU HUSM pada 20 Januari lalu dan menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.
Menurut Nik Mohamad Abduh, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negara ini yang mendoakan kesihatan ayahnya.

“Allahu, ampuni kami dan ibu bapa kami serta zuriat kami dan seluruh kaum muslimin,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej