Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, January 31, 2015

Bukti PAS tolak syiah

Syiah bukan mazhab tapi satu doktrin yang seleweng dari Islam

umno dan syiahKerajaan Malaysia tidak serius menyekat fahaman Syiah dari menular dalam masyarakat Islam di Malaysia yang telah menetapkan Malaysia  hanya menerima Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam amalan beragama Islam.
Fahaman Syiah bukan satu mazhab dalam Islam. Ia berakar umbi dari masalah politik yang berlaku di zaman Khalifah Ali ibn Abu Talib. Ada pihak yang tidak setuju menerima Ali sebagai Khalifah dan ada yang setuju. Puak yang tidak setuju adalah puak Khawarij. Puak yang bersetuju dengan Syaidina Ali sebagai Khalifah menamakan diri mereka sebagai Syiah. Perbalahan dua kumpulan ini kemudiannya telah diresapi oleh talibarut Yahudi untuk terus melagakan masyarakat muslim di zaman Khalifah Ali.  Akhirnya puak Syiah menjadi ekstrim dan fanatik terhadap Syadina Ali. Bagi mengukuhkan kuasa politik puak Syiah ini, mereka telah merekacipta hadis palsu, dakwaan palsu mengenai al Quran versi Fatimah, dan seterusnya mengkafirkan sahabat Nabi seperti Syaidina Abu Bakar, Syaidina Omar, dan Syaidina Othman. Dengan fahaman ekstrim yang menguasai politik Syiah ini, maka fahaman ini bertukar menjadi satu doktrin yang merosakkan aqidah umat Islam. Mereka masih solat dengan mengikuti Rukun 13, tapi cara solat mereka berbeza.
Kini fahaman Syiah, yang menjadi peluru Kristian dan Yahudi, sudah menular dalam negara kita. Kerajaan Malaysia tidak serius menghalang dan menyekat fahaman ini seperti mana kerajaan serius menyekat fahaman Qadiani dan ajaran sesat yang lain. Menteri di JPM mengatakan penganut Syiah dilarang menyebarkan fahaman Syiah tetapi boleh beramal dengan fahaman Syiah?!!  Jelas tidak ada ketegasan kerajaan dalam menghalang dan  menyekat penularan doktrin Syiah dalam negara
pertubuhan syiah
Akibatnya kita dapati bilangan penganut Syiah semakin bertambah di negara ini. Malah mereka bergerak secara terang-terangan di seluruh negara khususnya di  Kedah. Apabila bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak menasihat penganut Syiah di Kedah supaya kembali ke jalan yang benar di dalam Mazhab Sunnah Wal Jamaah, kelompok Syiah di Kedah telah menyerang Menteri Bekas Kedah ini. Susulan itu, mereka telah berkempen dalam Pilihanraya Umum ke 13  baru-baru ini untuk menjatuhkan PAS di Kedah.
Dalam siasatan kerajaan baru-baru ini Julai 2013, di dapati bahawa kebanyakan penganut Syiah ini adalah dari kalangan orang UMNO dan terdapat sebilangan kecil ahli PAS.
Apa yang jelas, mereka yang menyertai kumpulan Syiah ini terbahagi kepada dua kelompok.
Kelompok pertama bermula dengan sokongan mereka terhadap pimpinan Iran, termasuk Ayatullah Khomeni menjatuhkan Shah Iran iaitu boneka Amerika pada tahun 1988 dan seterusnya kejayaan Ayatullah menghalau Amerika dari bumi Iran. Kelompok ini kagum dengan pendirian tegas ulamak Iran dan pimpinan Iran yang seterusnya hingga hari ini dalam berdepan dengan kuasa-kuasa barat.
Kekaguman mereka kemudian mendorong mereka bertambah rapat dengan orang-orang Iran, bergaul, berniaga, dan berpolitik dengan orang Iran yang semuanya adalah Syiah,  Akhirnya, sebahagian mereka mula menganuti fahaman Syiah secara senyap-senyap dan mengamal ritual Syiah secara sederhana, tanpa mengkafirkan sahabat dan tidak menerima Quran versi Fatimah.
Kelompok kedua ialah mereka yang tidak ada asas agama Islam yang kukuh. Mereka terpengaruh dengan pelbagai kelonggaran hukum dan peraturan dalam ibadah dan munakahat. Orang Syiah mengamalkan jamak solat walaupun  mereka tidak bermusafir. Mereka menjamakkan kesemua 5 waktu solat atau mana-mana solat waktu yang mereka mahu. Kelonggaran ini disukai oleh orang Islam yang tidak kuat pegangan asas agama.  Apabila mereka sudah mula beramal ibadah cara Syiah ini, maka pastinya mereka ‘terpaksa’ ikut bacaan-bacaan yang direkacipta oleh ulamak Syiah.
Pantau dakyah Syiah
mutaah syiahSatu lagi kelonggaran dalam fahaman Syiah yang disukai oleh kelompok kedua ini yang terpedaya dengan doktrin Syiah ialah amalan kahwin mut’ah atau kahwin kontrak sedangkan Nabi s.a.w. sudah melarang amalan kahwin muta’ah sebelum beliau wafat.
Di dalam amalan Syiah, lelaki dan perempuan boleh berkahwin secara kontrak untuk tempoh tertentu, dan kemudian perkahwinan itu tamat dan batal selepas tempoh tamat.  Tempoh kahwin kontrak ini tiada had. Ia boleh berlaku sejam, dua jam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, dua tahun dan apa sahaja tempoh yang dipersetujui bersama.
Inilah amalan yang disukai oleh orang Sunni yang tidak ada asas agama atau tidak kuat pegangan asas agama mereka. Akhirnya mereka terjerumus dalam amalan kahwin muta’ah ini yang lebih banyak merugikan wanita dari sudut zuriat, kebajikan, keselamatan, harta, dan kesihatan wanita itu sendiri. Sesetengah pihak melihat amalan kahwin muta’ah ini seperti suatu bentuk “pelacuran halal yang dipersetujui bersama”.
ritual syiahBegitulah dua kelompok orang di Malaysia yang terpegun, kagum, dan mudah terpengaruh dengan fahaman dan amalan Syiah. Tidak mustahil satu hari nanti apabila mereka sudah menjiwai dan menghayati doktrin Syiah ini, mereka akan melakukan ritual menebus kesakitan dan kesengsaraan luka yang dihadapi oleh Syaidina Ali,  Hassan dan Hussin.
Orang Syiah melakukan ritual memukul diri hingga berdarah kononnya bagi menghayati kesakitan dan kesengsaraan Hussin bin Ali yang terkorban di Karbala dalam perang saudara sesama Muslim.
Ritual berdarah ini dilakukan pada tarih 10 Muharram setiap tahun oleh penganut Syiah di selurun dunia.
Di Iran, Pakistan, Iraq, Mesir, Syiria, ritual berdarah ini satu fenomena biasa yang dilakukan oleh orang lelaki Syiah!
syiah malaysia
Kemungkinan orang Syiah dalam kalangan  rakyat Malaysia akan melakukan ritual yang lebih ringan atau sederhana sahaja dengan memukul diri sendiri tanpa perlu berdarah. Kita belum lagi mendengar kisah rakyat Malaysia yang melakukan ritual berdarah pada Hari As Syura 10 Muharram di negara ini.
Orang-orang yang baru masuk Syiah diajar satu konsep pengakuan boleh menipu dan boleh tidak bercakap benar bagi melindungi diri mereka dari segala macam bahaya atau prejudis atau kebimbangan diskriminasi oleh orang bukan Syiah terhadap diri mereka. Konsep ini dikenali sebagai takiyyah.  Dalam ertikata lain,  orang Syiah boleh buatpengakuan bohong bahawa mereka bukan Syiah dan mereka tidak terima atau melakukan amalan Syiah untuk selamatkan diri mereka.
pas tidak perlu syiahDi dalam parti politik di Malaysia, hanya PAS sahaja yang menetapkan dalam Perlembagaan parti bahawa syarat menjadi ahli PAS ialah rakyat Malaysia berumur 18 tahun, dan mengikut mazhab Sunnah Wal Jamaah. Jika ada ahli PAS yang menganut Syiah, maka keahliannya akan tergugur dengan sendiri atau automatis hilang status keahlian mereka dari menjadi ahli PAS.  Jika mereka ingin menjadi ahli PAS semula, mereka boleh bertaubat dan kembali kepada Mazhab Sunnah Wal Jamaah dan memohon semula untuk menjadi ahli PAS.
Di dalam PAS terdapat sebilangan kecil ahli PAS yang hanya sokong pemimpin politik Iran dan sikap tegas pemimpin Iran terhadap kuasa Barat khususnya Amerika, tetapi mereka tidak anuti fahaman atau doktrin Syiah. Jika ada berlaku sebaliknya, mereka akan dipecat dari PAS. Sebelum ini PAS pernah memecat ahlinya yang menganut fahaman Syiah.
Apa yang menjadi masalah dan mengelirukan rakyat Malaysia  ialah kerajaan Kedah telah mengeluarkan saranan bagi menyekat penularan fahaman Syiah di Kedah, tetapi Mufti Perak membuat kenyataan bukan semua Syiah itu sesat. Jadi yang mana satu yang orang Islam di Malaysia nak ikut?  Sekali lagi ia menunjukkan tidak ada ketegasan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional dalam hal ini. Nampaknya PAS lebih tegas dalam bab fahaman Syiah sehingga meletakkan syarat keahlian PAS mestilah dari mazhab Sunnah Wal Jamaah.
fatwa antisyiahkedah-um19jul2013
mufti perak
Mengapa BN UMNO berbolak balik hati mereka untuk menyekat fahaman Syiah di Malaysia? Apakah BN-UMNO lebih baik dari Syiah?  Apa beza Syiah dan UMNO?
Syiah hina sahabat nabi. Pemimpin UMNO hina janggut Nabi.
Syiah ada Rukun Iman yang lain daripada Rukun Iman yang enam dalam Mazhab Sunnah Wal Jamaag. UMNO tolak satu daripada Rukun Iman, iaitu UMNO menolak Percaya kpd Kitab-Kitab apabila UMNO tolak hudud, iaitu salah satu daripada isi kitab.
Syiah tidak tolak atau hina hudud. UMNO tolak dan hina hudud.
Syiah anjur pesta siksa rtubuh badan sendiri pada 10 Muharram bagi merasai kesakitan yang ditanggung oleh Syaidina Al dan Syaidina Hussini; UMNO anjur dan promosi K-Pop dan menari separuh bogel lucah di Hari Belia.
Adakah Syiah lebih teruk daripada UMNO atau UMNO lebih teruk daripada Syiah?
syiah umno
Bacalah coretan Dr Azman Ibrahim yang pernah belajar di Iraq, dan bergaul dengan orang Sunni dan Syiah di Iraq lebih dari 6 tahun. Tetapi beliau tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah, amalan Syiah, dan doktrin Syiah yang merosakkan aqidah dan ibadah umat Islam.
syiah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej