Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, January 18, 2015

KEWAJIBAN MEMPERBETULKAN KESILAPAN PEMIMPIN ??!??

Neil Armsteen added 3 new photos.
KEWAJIBAN MEMPERBETULKAN KESILAPAN PEMIMPIN
Fahamilah ucapan Abu Bakar al-Siddiq apabila menjadi khalifah:-
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.
Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya.
Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Umat islam hanya taat pada raja dan pemerintah yang taat pada Allah dan RasulNya.
p/s: seruan Daulat Tuanku telah diganti dengan seruan Allahu Akbar di Istana Kelantan.
Duli ''Yang Maha Mulia'' ??
Petikan dari khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW..."Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh."..
Kesimpulan
Raja dan Sultan ni dulu ada jasa.. Sbb Raja masuk Islam lah rakyat semua masuk Islam.. tp bila British (Freemason) masuk, mereka rosakkan Raja2 dgn menerapkan budaya barat dlm istana..kemudian dorang kawinkan Raja2 dgn perempuan orang puteh..tu yg makin lama akhlak dan pembawakan mereka kebaratan sehingga skrg..
Setiap Istana ada pawang,dukun dan alat2 Istiadat..dan alatan2 tu kena di limau,diasap dan diberi makan..smpai skrg unsur khurafat ni x di buang.. banyak kes pesakit yg terkena gangguan dari keris dan persalinan dari Istana..memang benda2 ni lah yg menggelapkan hati ramai org melayu..hampir 80% org Melayu menghadapi masalah saka,akuan dll jenis pendamping..
Perlu diingat bahawa walaupun kesultanan Melayu pada masa itu sgt teguh pada agamanya tetapi masih mengamalkan adat2 dan budaya Hindu seperti adat perkahwinan dan mandi bunga ataupun mandi laut untuk membuang 'benda' yang sebenarnya masih lagi wujud hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej