Peraturan Allah Lebih Baik
Disember 20, 2011 — sulaiman
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah SWT. (Maidah: 50)
Keadilan Undang-undang Islam
Bagi orang Islam, undang-undang, peraturan dan hukuman yang didatangkan oleh Allah SWT adalah lebih baik dan lebih adil, kerana Allah SWT adalah pencipta manusia. Allah SWT tahu asal-usul manusia, tahu segala keperluan zahir dan batin manusia. Begitu juga dengan peraturan dalam beribadat, misalnya cara Islam mengatur pergerakan dalam sembahyang, ia juga mempunyai kebaikan bagi kesihatan.
Hukuman Allah SWT seperti memotong tangan ke atas seorang pencuri itu adalah adil. Keadilan ini dilakukan setelah meneliti barang curi tersebut. Ia tidak dijatuhkan hukuman ke atas pencurian barang yang berada di tepi jalan, tidak dikenakan hukuman ke atas pencurian barang majikan yang tidak membayar gaji. Hukuman potong tangan juga tidak dikenakan kepada orang lapar yang mencuri. Orang lapar, fikiran mereka ketika itu sudah tidak seimbang dan mereka hilang pertimbangan. Hukuman potong tangan itu hanya dikenakan ke atas pencurian barang yang disimpan rapi dan terkunci dan apabila sabit kesalahan.
Undang-undang Barat Menggunakan Struktur Undang-Undang Islam
Undang-undang barat dan mahkamah sivil sebenarnya berasal dari undang-undang Islam, cuma ia telah diubahsuai oleh Napoleon setelah mereka menguasai Mesir. Walaubagaimanapun struktur undang-undang Islam masih digunakan seperti setiap dakwaan mesti didatangkan dengan bukti dan saksi:
Baqarah [282]…dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,….
Undang-undang Barat masih menggunakan struktur bukti dan saksi dalam pendakwaan, cuma ia telah menggantikan hukuman Islam dengan hukuman yang lain, misalnya hukuman potong tangan digantikan dengan bayar denda atau masuk penjara. Ini menunjukkan bahawa struktur undang-undang dari Agama Islam itu adalah lebih baik.
Beyond Reasonable Doubt
Dalam hukum dan undang-undang Islam: “Lebih baik melepaskan orang yang bersalah (sekiranya tidak cukup bukti) daripada menghukum orang yang tidak jelas kesalahannya”. Lebih baik tidak dihukum orang itu bersalah sekiranya tidak cukup bukti. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith “hukum hudud gugur dengan sebab keraguan“.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej