Kata kata FB Status
Tahalluf Siyasi.. Dahulu Lain Sekarang Lain ?
kena faham apa maksud yg nak disampaikan tuan guru.... tahalluf yg dibenarkan dengan tahalluf yg tak dibenarkan...
UMNO bertahalluf bersama MCA untuk tegakkan sekular... untuk bersama perjuangkan pelembagaan kuffar dan tidak mendakwah mereka
Manakala PAS bertahalluf tidak menggadaikan maruah Alquran sebagai perlembagaan.... perlembagaan PAS ialah Alquran, Hadis, ijmak dan qias... dan ia masih tidak berubah... dan dlm perhimpunan serta ceraman pemimpin PAS dlm grup bukan Islam... tuan tuan guru dan ustaz masih terus berdakwah menerangkan kelebihan hukum Allah... mereka memulakan ceramah dengan solawat dan bacaan Alquran... UMNO ada macam tu tak ???
kita bagi tamsil begini... khinzir memang haram makan... tapi bila keadaan tertentu ... seperti tiada pilihan atau tiada makanan... makan ia harus .. tetapi tak boleh sampai kenyang.... ITU PERLU DIFAHAMI BETUL BETUL....
Sejak lebih 50 tahun ada tak pemimpin UMNO memberi penerangan hukum hukum Islam kepada bukan Islam ? berbanding PAS yg baru saja bertahalluf... maka org bukan Islam telah ramai yg faham dan setuju dengan hukum Islam..... ADA BEZA KAN ????!!!!
***************************************
Tadi ada sahabat dari UMNO cakap ... Walaupun rakyat dah meluat dengan BN... tapi BN berjaya memamurkan Negara.... Oleh itu rakyat seharusnya memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah....
Dia memaki hamun pembangkang kerana nak jatuhkan BN dan menyokong PR.
Malang sungguh negara ada rakyat yg berfikiran macam ini....
Terlalu sayang kepada Parti... bukan sayang kepada negara...!
Terlalu sayang kepada Parti... bukan sayang kepada negara...!
Parti tu hanya satu organisasi yg diberi amanah untuk memerintah... kalau dah parti tu dah tak relevant.... dah mula reput... kenapa masih lagi diberi kepercayaan ?
Bukan kah perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dan demokrasi ?
Kalau dah tak boleh nak pilih parti mana yg sesuai... kenapa kita adakan pilihanraya ?
Secerdik mana sekalipun pemimpin.... kalau rakyat di-didik macam ini.... negara itu tak akan maju ke depan ?
Kalau sekiranya pembangkang dapat memerintah pula selepas ini dengan cara pemikiran dan doktrin doktrin yg karut marut dan khurafat politik ini gaya.... ia tak akan dapat mengubah apa apa !?
Naiknya pembangkang jadi pemerintah, tapi pemikiran rakyat tak berubah.... suasana hiruk pikok politik tak akan kesudahan.....
Kalau puak pembangkang juga akan membawa pemikiran sebegini... dan menganggap hanya pembangkang saja yg layak memerintah selama lamanya..... kecelaruan ini akan berpanjangan...!
Didik dahulu rakyat bagaimana nak berpolitik, kenapa mereka mengundi, untuk apa demokrasi.... rakyat kena tahu menggunakan kuasa undi mereka sebaik baiknya..... barulah situasa yg telah dan sedang berlaku sekarang akan berubah ke arah lebih baik....
Bagi saya, saya tak akan terlalu taksub dengan mana mana parti.
Konsep DULU, KINI DAN SELAMA SELAMANYA ... adalah konsep yg salah dan tak patut kita buat ia sebagai doktrin.... samada di pehak pemerintah atau di pehak pembangkang.....
Konsep DULU, KINI DAN SELAMA SELAMANYA ... adalah konsep yg salah dan tak patut kita buat ia sebagai doktrin.... samada di pehak pemerintah atau di pehak pembangkang.....
Sebagai rakyat yg punyai pendidikan dan akal fikiran, seharusnya mereka tahu hal hal kenegaraan, hal hal politik... hal hal pemimpin dan kepimpinan.
JANGAN JADIKAN PEMERINTAH & KERAJAAN ITU SEBAGAI TUHAN YANG TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI !!!!
Dalam Sejarah, tidak ada sebuah kerajaan yg kekal lama dan terus menerus adil dalam pemerintahan mereka... tidak ada.....!
-***************************************
Konsep 1malaysia terkeluar dari Islam ?
Konsep Alquran dan Assunnah tak boleh pakai ke.......
Menteri Agama, Ulama Ulama dan mufti mufti dok buat apa ?
Agenda ini memang lama cuba dilaungkan cuma berbeza slogan, bangsa malaysia contohnya.
Menteri Agama, Ulama Ulama dan mufti mufti dok buat apa ?
Agenda ini memang lama cuba dilaungkan cuma berbeza slogan, bangsa malaysia contohnya.
Setiap kali ombak melanda, setiap kali juga pantai berubah. Sekarang org politik mengambil kaedah ini.
Dulu wawasan 2020, lepas itu Islam Hadari, terkini 1Malaysia.... wasatiah.... Lepas ini apa pula ?
1Malaysia ?
Apa makna 1Malaysia kalau masalah perkauman semakin menebal dan api ini terus menerus menjadi semakin panas ?
Apa makna 1Malaysia kalau masalah perkauman semakin menebal dan api ini terus menerus menjadi semakin panas ?
Ada di kalangan pemimpin yg cuba nak satukan bangsa yg ada di Malaysia dengan pelbagai cara.
Kerajaan perumahan sedikit masa dulu mencampur dan mensosialkan penduduk dengan mencampur pelbagai bangsa dalam satu perumahan. Rumah org Melayu dengan rumah org cina bercampur dan berjiran.
Adakah ini akan menyelesaikan masalah perpaduan ? Apakah cara lain selain dari cara Islam yg boleh memadukan bangsa ?
Para pemimpin tak pernah pun mencari "ubat" yang dianjurkan dalam alquran untuk menyelesaikan masalah rakyat selama ini. Mereka hanya memikirkan secara logic aqal sendiri atau meminta pandangan dari kalangan yang sama sekular dengan mereka.
Akhir sekali semua jalan yg dicari buntu dan tidak dapat menyelesaikan masalah. Sebenarnya rakyat tidak bermasalah pun dari segi perpaduan khususnya masalah kaum. Cuma kerajaan yang sebenar benarnya menghadapi masalah. Masalah itu ialah hilangnya kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan memerintah.
Semua kaum sudah hilang hormat dan kepercayaan terhadap kerajaan memerintah. ?
Bagi umat Islam, mereka hilang kepercayaan kerana Kerajaan tidak perihatin terhadap Islam, maruah Islam dan keadilan. ?
Bagi bukan Islam, keadilan adalah hal yang utama yg menyebabkan mereka hilang kepercayaan. Hal hal rasuah, korupsi, penyelewengan dan tidak bertanggungjawab atas amanah adalah faktor utamanya.
Secara amnya faktor keadilan merupakan faktor asas yg menyebabkan rakyat muak dan loya terhadap kerajaan sekarang. Tidak adil sekiranya kerajaan masih menyanjung perasuah, tidak adil kalau kerajaan masih melayan mereka yg menyeleweng, korup dan tidak amanah.
Para pandangan saya, 1Malaysia yang diwujudkan ialah untuk menyatukan rakyat dan jalan untuk menarik semula rakyat menyokong UMNO dan BN.
Tidak mustahil kalau satu hari nanti rakyat akan cuba disatukan dengan "menyatukan aqidah". Mungkin rakyat akan disuap dengan makanan yg sama untuk semua kaum, aqidah yg sama untuk semua kaum, janji rakyat bersatu menyokong mereka.
Sekumpulan Org yg suka membuat maksiat mempunyai minat dan ransangan yg sama. Sekumpulan org yg sama sama ke kelab kelab malam mempunyai perangai yg hampir sama. Sekumpulan org yg kaki mabuk mempunyai sikap dan perangai yg hampir sama antara mereka.
Oleh itu untuk menyatukan manusia (menurut cara sekular) adalah menyatukan mereka di bawah satu bumbung maksiat, sama sama makan makanan haram di atas satu meja, menggalakkan hiburan yg berlawanan dengan syari'at Allah.....
INGAT ! CITA CITA FREEMASON AKAN BERJAYA DILAKSANAKAN DI BUMI MALAYSIA INI SATU HARI NANTI SEKIRANYA RAKYAT MENYEPAKATI MENAIKKAN PEMIMPIN DARI JENIS SEKULAR DAN BERFAHAMAN FREEMASON ! ?
Akhirnya ustaz ustaz yg dok anggok tanpa geleng akan turut menjadi sekular dan menjadi lebih jahat daripada syaiton !
Islam hadori ape cerita ?
Sejak diperkenalkan, kita tercari cari maknanya dan hampir semua rakyat malaysia keliru akan tujuan, makna dan halatujunya.
.... akhirnya ia terkubur mengikut tuannya.........
Sejak diperkenalkan, kita tercari cari maknanya dan hampir semua rakyat malaysia keliru akan tujuan, makna dan halatujunya.
.... akhirnya ia terkubur mengikut tuannya.........
Slogan tinggal slogan.... konsep tinggal konsep.....cakap tak serupa bikin.... akhirnya duit rakyat habis dibuang, membazir untuk membangunkan dan melaksanakan konsep konsep tersebut
Pada pendapat saya, konsep wawasan 2020 sudah sangat bagus dan seharusnya diperjuangkan demi kelangsungan konsep itu. Apa guna menaikkan nama diri dengan slogan slogan yang langsung tidak praktikal yang akan mati bersama samanya ?
Saya memohon maaf sekiranya artikel ini membuat sesiapa yang berkenaan berasa marah dan tidak senang. Saya hanya menyuarakan pendapat...
****************************
KEDAH SAMBUT BAIK VISA PERCUMA
Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik tindakan Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian visa percuma kepada para pelancong khususnya dari China untuk datang ke Malaysia yang bakal dilaksanakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada pertengahan bulan Febuari ini.
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid menyifatkan pengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika menyampaikan perutusan semasa perkembangan ekonomi negara di Putrajaya semalam telah membuka peluang kepada negeri Kedah meningkat ekonomi dari segi pelancongan memandangkan banyak tempat-tempat pelancongan terdapat di sini.
Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri Kedah akan membuat penilaian semula terhadap jumlah kedatangan pelancong khususnya di Pulau Langkawi berikutan tindakan kerajaan memberikan visa percuma kepada para pelancong.
Beliau melihat tindakan tersebut akan menarik minat lebih ramai pelancong untuk datang ke Pulau Langkawi memandangkan desitinasi tersebut mempunyai pelbagai tarikan seperti pantai dan merupakan kawasan bebas cukai.
"Kita berkemungkinan akan mengubah sasaran bilangan pelancong ke China tahun ini. Persaingan menarik pelancong China ketika ini amat sengit, dan langkah ini akan meningkatkan daya saing kita," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd Rawi, kerajaan negeri pernah mengeluarkan cadangan tersebut kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini dan ia telah diterima oleh Kerajaan Persekutuan semalam.
"Kita amat berterima kasih kerana cadangan kami diterima," katanya sambil menambah, tahun lepas di antara 80,000 hingga 100,000 pelancong China berkunjung ke pulau peranginan Langkawi," kata Mohd Rawi lagi. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor
******************
ya, berada di dalam wad icu, mendengar alunan Al Quran yang dibaca oleh setiap ahli keluarga terdekat, namun semenjak pagi tadi, subuh.. beliau mencelikkan mata untuk mengambil wuduk dan solat subuh, demikian juga saat asar sebentar tadi.. ia tetap mencelikkan mata untuk menjaga solatnya.. ia tetap merasa hamba!!.. disaat berlegar berita palsu terhadap hayatnya..
*******************
Kenapa Ramai Alim Ulamak Menyokong Perjuangan PAS?
Pernah terfikir kenapa ramai para alim ulamak, ustaz, ustazah dan ilmuan agama turut bersama menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat?
Kenapa mereka semua tak pilih UMNO/BN? Apa salah BN? Teruk sangatkan BN sehinggakan ramai alim ulamak tidak mahu menyebelahi mereka? Mesti ada sebab bukan?
Antara ustaz-ustaz terkenal yang menzahirkan pandangan dan kecenderungan politik mereka ke arah PAS atau Pakatan Rakyat ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Ust Hasrizal, Ust Haslin Bollywood dan ramai lagi. Tidak kurang juga Dr Maza yang dikatakan bersikap neutral tetapi lebih banyak mengkritik UMNO/BN walaupun dalam bahasa tersirat dan sindiran.
Itu belum disenaraikan lagi ulama-ulama senior dalam perjuangan Islam. Antaranya yang sudah pergi meninggalkan kita seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, TG Yusuf Rawa, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan As-Syahid Ibrahim Libya. Tuan Guru Pondok yang terkenal dan diakui kewarakan mereka turut bersama PAS seperti TG Hj Salleh Musa di Sik, TG Hashim Pasir Tumboh. Tidak lupa juga yang sememangnya memimpin perjuangan PAS seperti TG Hj Hadi Awang, TG Nik Aziz, dan Ustaz Haron Din. Kesemua mereka itu disanjung kerana tingginya ilmu dan kewarakan mereka.
Malangnya, para alim ulamak tersebut dihentam semahunya oleh khadam Umno/BN seolah-olah para ulamak tersebut orang jahil yang tidak tahu isi Al Quran dan Hadis Rasulullah, tidak mampu berkhutbah dan menjadi imam solat jumaat. Tak bersetuju tak mengapa, tapi jangan dimaki dan dicerca. Kelak terkena racunnya hidup merana hati gelita.
Pesan Imam Ibnu Asakir yang dinaqalkan oelh Imam Nawawi Rahimahumallah "Ketahuilah daging ulama itu beracun. Allah akan menyingkap aib dan keburukan orang yang mengaibkan ulama. Barangsiapa yang melepaskan ucapannya terhadap para ulama dengan mencelanya, maka Allah akan timpakan sebelum kematiannya dengan mati hatinya.
1. Kenapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan parti sekular seperti PKR dan DAP di bawah payung Pakatan Rakyat? Kenapa PAS tidak mahu bersama dengan BN buat kali kedua setelah pernah disingkirkan dari BN suatu ketika dulu? Apa yang teruk sangat BN berbanding DAP? DAP tolak negara Islam sebab mereka kafir. Umno yang katanya Islam, kenapa taknak laksanakan negara Islam? Dalam soal ini, siapa lebih teruk? Kafir yang tolak Islam atau orang Islam sendiri yang tolak Islam?
2. Ulamak atau tok guru pondok umno menjatuhkan hukum haram mengundi PAS kerana bersekongkol dengan DAP tapi pada masa yang sama menyatakan wajib undi BN yang turut menolak hukum Islam? Fahamkah anda apa itu Tahaluf Siyasi? Eh, Bukankah dalam BN juga ada non-muslim MCA dan MIC?
3. Alim ulamak PAS tak betul dan sesat? Jadi, adakah alim ulamak umno yang bisu tidak mampu menegur pemimpin mereka malah menuduh ulamak muktabar dunia, Yusuf al-Qardhawi sebagai khawarij itu lebih bagus?
4 Alim ulamak berjubah berserban tidak boleh memimpin negara? Adakah yang berkot bertali leher, bersongkok tinggi, mempunyai isteri seksi sahaja layak memimpin negara? Anda silap. Bukankah Rasulullah SAW yang berjubah dan berserban juga seorang pemimpin negara dan pemimpin seluruh umat Islam?
5. Jangan taksub dengan ulamak PAS? Jadi, taksub pada pemimpin korup tidak mengapa? Yang tidak mampu mendidik anak isteri patuh syariat Allah? Bukankah ulamak itu pewaris Nabi? Tak boleh kah kita ikut pandangan dan perjuangan mereka? Pada siapa lagi yang mahu kita rujuk? Pemimpin yang tidak tahu apa itu najis mughallazah?
Aku menyokong PAS bukan kerana namanya PAS. Aku sokong Pakatan Rakyat bukan sebab namanya lebih dekat dengan Rakyat. Aku tolak Umno/BN bukan sebab namanya Umno/BN.
Ini soal apa yang diperjuangkan parti itu. Ini soal siapa yang bersama menyokong perjuangan parti tersebut.
Jika majoriti golongan alim ulamak tersebut menyokong UMNO/BN, aku pasti akan turut sokong BN. Masalahnya, TAK! Sebab tu aku pilih PAS dan Pakatan Rakyat. Sebab aku nak ikut perjuangan ulamak!
Jika PAS parti ajaran sesat, ulamak yang menyokong PAS juga sesat. Jadi, bagitau aku apa yang islamiknya dengan Umno dan pemimpinnya?
****************
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej