Yang masih menuduh dan sering membuat posting dengan kata kata lucah seperti Aljuburi dan bagai bagai kata kata nista....
Membuat tuduhan seolah olah kamu tu malaikat yg sedang menulis dosa pahala orang lain...
Adakah kamu mengetahui dengan yakin atau hanya dengan syak wasangka sahaja ?
Kalau kamu tersangat yakin ... dan sanggup berdepan dengan mereka yg kamu tuduh di akhirat nanti... sila kan.... bukan ada masalah pun... tapi kamu yg akan menghadapi masalah sebenarnya !!!
Kamu belum pun mati ... belum pun kiamat ...Adakah Tuhan telah memberi surat amalan mereka itu kepada kamu agar kamu melihat....?
Padahal nanti... bila dan ketika Allah memberi surat amalan kamu untuk kamu nilai sendiri...
...... kamu akan terbeliak, terkejut dan tak akan teringat pun surat amalan orang lain kerana tersangat bimbang dan takut akan amalan amalan kamu dan bakal azab yg akan kamu terima......
Oleh itu berbimbang bimbanglah dengan taqdir dan suratan diri sendiri ... sebelum ianya betul betul terjadi tika ruh mu di halqum ....
Wallahu A'lam...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej