Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, January 21, 2015

JANGAN JADIKAN PEMERINTAH ITU SEBAGAI TUHAN YANG TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI !

Tadi ada sahabat dari UMNO cakap ... Walaupun rakyat dah meluat dengan BN... tapi BN berjaya memamurkan Negara.... Oleh itu rakyat seharusnya memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah....

Dia memaki hamun pembangkang kerana nak jatuhkan BN dan menyokong PR.

Malang sungguh negara ada rakyat yg berfikiran macam ini....
Terlalu sayang kepada Parti... bukan sayang kepada negara...!

Parti tu hanya satu organisasi yg diberi amanah untuk memerintah... kalau dah parti tu dah tak relevant.... dah mula reput... kenapa masih lagi diberi kepercayaan ?

Bukan kah perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dan demokrasi ?

Kalau dah tak boleh nak pilih parti mana yg sesuai... kenapa kita adakan pilihanraya ?

Perlembagaan yg secantik mana sekalipun ... kalau rakyat di-didik macam ini.... negara itu tak akan maju ke depan ?

Kalau sekiranya pembangkang dapat memerintah pula selepas ini dengan cara pemikiran dan doktrin doktrin yg karut marut dan khurafat politik ini gaya.... ia tak akan dapat mengubah apa apa !?

Naiknya pembangkang jadi pemerintah, tapi pemikiran rakyat tak berubah.... suasana hiruk pikok politik tak akan kesudahan.....

Kalau puak pembangkang juga akan membawa pemikiran sebegini... dan menganggap hanya pembangkang saja yg layak memerintah selama lamanya..... kecelaruan ini akan berpanjangan...!

Didik dahulu rakyat bagaimana nak berpolitik, kenapa mereka mengundi, untuk apa demokrasi.... rakyat kena tahu menggunakan kuasa undi mereka sebaik baiknya..... barulah situasa yg telah dan sedang berlaku sekarang akan berubah ke arah lebih baik....

Bagi saya, saya tak akan terlalu taksub dengan mana mana parti.
Konsep DULU, KINI DAN SELAMA SELAMANYA ... adalah konsep yg salah dan tak  patut kita buat ia sebagai doktrin.... samada di pehak pemerintah atau di pehak pembangkang.....

Sebagai rakyat yg punyai pendidikan dan akal fikiran,  seharusnya mereka tahu hal hal kenegaraan, hal hal politik... hal  hal pemimpin dan kepimpinan.

JANGAN JADIKAN PEMERINTAH & KERAJAAN ITU SEBAGAI TUHAN YANG TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI !!!!

Dalam Sejarah, tidak ada sebuah kerajaan yg kekal lama dan terus menerus adil dalam pemerintahan mereka... tidak ada.....!



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej