Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, May 19, 2016

BABI, GILA dan SYAITAN

BABI, GILA dan SYAITAN
28 Februari 2015

Semalam dalam usrah, ada kawan sebutkan Multaqa Ulama diserang berbagai pihak. Di satu tempat di Terengganu, 'geng' ini sebut 3 benda keluar dari mulut ulama dalam multaqa tersebut; BABI, GILA dan SYAITAN. Mereka kata, ini ke perangai Ulama?

Saya kata, BABI, GILA DAN SYAITAN, ketiga-tiga itu disebut dalam Al-Quran. Ketiganya juga Nabi pernah sebut.

Justeru, perangai Ulama adalah perangai Al-Quran, bak kata Siti Aisyah bila ditanya tentang perangai Nabi, kata Aisyah; Khuluquhul Quran (Perangai baginda adalah Al-Quran)

Orang kita cepat ambil berita tak masak. Kadang-kadang baca tajuk saja dah percaya. Mudah sangat kena tipu. Dia tak tahu ulama sebutkan itu tidak dituju direct kepada sesiapa. Cuma ingatan kepada orang yang buat masalah. Siapa berkeras nak buat juga, nasiblah. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Siapa telan air ketum dialah yang terasa khayalnya.

Al-Quran dan Sunnah juga guna method sama. Nabi pernah gelarkan kumpulan manusia seperti beruk dan babi. Quran sifatkan ada orang lebih bangang dari binatang. Quran sebut juga ada syaitan kalangan manusia, malah menyatakan munafik itu syaitan!

Apa nak tuduh Nabi dan Quran tidak berhikmah dalam dakwah kah? Inilah masalah kalau rasa warak lebih dari Nabi, kalau rasa betul lebih dari Allah dan rasa budiman lebih dari apa yang Islam ajar.

Hikmah bukan bermaksud kena berlembut, tapi meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Ada waktu kena tegur perlahan. Ada yang kena perli baru faham. Ada orang jenis kena tegur keras baru sedar. Ada juga sampai kena tegur dengan kaki baru insaf. Itulah hikmah.

Kalau orang jelas-jelas cuba nak rogol keluarga kita depan mata kita, kita pula pergi gosok-gosok bahunya dan berbisik sahaja minta jangan buat, itu bukan hikmah namanya. Itu lemah!

Akhlak ini sifatnya relative. Sombong, sabar, tahan marah, sangka baik, semua ada hadnya. Kalau nak tahu, belajar. Kaji dulu Quran, Sunnah, Sirah sebaiknya. Jangan suka sangat buat kesimpulan pakai akal sendiri saja.

Tuhan kita Allah, bukan otak.

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej